Wakaf Tuan Farrer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wakaf Tuan Farrer
Wakaf Tuan Farrer setelah 2 kali dibina semula.
Lokasi Pasir Puteh, Kelantan
Dibina pada 1917-1919 (anggaran)
Fungsi Wakaf / tempat rehat


Wakaf Tuan Farrer merupakan sebuah monumen bersejarah yang terdapat di Pasir Puteh, Kelantan. Monumen ini terletak di bulatan Jalan Nara, Pasir Puteh berdekatan dengan Masjid Ibrahimi iaitu masjid besar bagi bandar Pasir Puteh. Wakaf atau dalam Bahasa Inggeris Rest Pavilion adalah merupakan sebuah tempat yang dibina oleh penduduk tempatan bagi pengembara untuk berhenti rehat.

Wakaf Tuan Farrer dipercayai dibina sekitar tahun 1917 - 1919 dan dinamakan sempena pemangku Penasihat British di Kelantan pada ketika itu iaitu Roland John Farrer.

Pembinaan semula[sunting | sunting sumber]

Pada 2007, satu kemalangan telah berlaku di Wakaf Tuan Farrer lalu meranapkan keseluruhan struktur wakaf ini. Pihak MDPP dan agensi-agensi kerajaan telah membina semula wakaf ini bagi mengekalkan nilai sejarah tempat ini.[1]

Pada tahun 2010, wakaf ini dibina semula dengan berdasarkan rupa dan rekabentuk yang asal. Wakaf ini dibina menggunakan konkrit, berbeza dengan struktur asal yang dibina berasaskan kayu. Struktur asal seperti kayu alang dan kasa jantan masih dibina menggunakan bahan asal.[1]

Imej[sunting | sunting sumber]

Wakaf Tuan Farrer pada 2008

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Rekreasi. Diterbitkan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh.