Wakin Chau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Emil Wakin Chau
Wakin Chau in concert 2007
Kelahiran (1960-12-22) 22 Disember 1960 (umur 63)
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pelakon
Tahun aktif1985–kini
PasanganConstance Woods (orang Amerika)
Anak-anakAndrew (周厚安), Anya (周厚恩)
AnugerahGolden Melody AwardsBest Male Mandarin Artist
1993

Wakin Chau
Cina Tradisional: 周華健
Cina Ringkas: 周华健
Kerjaya muzik
Juga dikenali sebagai
Emil Chau, Wakin Chau, Zhou Huajian, Chow Wah-Kin
Berasal dariHong Kong
GenreMandopop, Kantopop
InstrumenVokal, gitar, piano
Syarikat rakaman
Rock Records
Pengkarya berkait
Easy Band, Superband
Laman web rasmiWakin.com

Wakin Chau (lahir 22 Disember 1960), lebih dikenali dengan nama panggung Emil Chau pada tahun 1980-an dan 1990-an, adalah penyanyi, penulis lagu dan pelakon Taiwan kelahiran Hong Kong yang terkenal di seluruh Taiwan, Hong Kong, Tanah Besar China, dan beberapa bahagian di Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Indonesia, dan Vietnam). Setakat Ogos 2007, beliau telah mengeluarkan lebih dari 40 album.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Wakin Chau dilahirkan di sebuah kedai beras milik keluarganya di Sai Ying Pun di Hong Kong. Dia merupakan anak keempat daripada tujuh anak. Dia mula belajar gitar ketika berusia sekitar 13 tahun. Pada tahun 1979, dia berangkat ke Taipei untuk jurusan matematik di Universiti Kebangsaan Taiwan. Semasa di kuliah, dia menyanyikan dan memainkan lagu-lagu rakyat di kedai kopi tempatan, belajar menyanyi dalam bahasa Mandarin.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Berharap untuk membangunkan kerjaya sebagai artis rakaman, Chau mencari kenalan dalam industri muzik, tetapi ianya kurang berjaya, akhirnya masuk sebagai penolong penerbit di Rock Records, di mana dia menulis lagu pop untuk artis lain. Dia kemudian didorong oleh Chyi Yu untuk melakukan jingle untuk iklan komersial. Salah satu jingle untuk iklan kereta didengar oleh bosnya di Rock yang mengenali suaranya, seterusnya memberi dia peluang untuk merakam album Mandarin, yang dikeluarkan di Rock Records pada tahun 1987.

Dari tahun 1985, dengan nama Emil Chau, dia telah mengeluarkan lebih dari 40 album dalam bahasa Mandarin, Kantonis dan Inggeris. Album platinumnya, termasuk You Make Me Happy and Sad (讓我歡喜讓我憂), The Flowery Heart (花·心), Music Brings Us Together (有弦相聚), dan Emil & Friends (朋友) telah memenangkan penghargaan di Taiwan, Tanah Besar China, Hong Kong dan Singapura.[yang mana?][perlu rujukan] Chau kembali menggunakan nama Wakin yang diberi pada tahun 1999.

Chau membentuk kumpulan super empat anggota Superband, bersama dengan Jonathan Lee, Chang Chen-yue, dan Lo Ta-yu. Mereka bubar dan meneruskan kerjaya solo mereka pada tahun 2010.

Aktiviti lain[sunting | sunting sumber]

Chau juga pernah muncul di beberapa filem, dan di program TV dan radio di China, Hong Kong, Taiwan, Malaysia, Singapura dan Jepun. Di samping kerjaya nyanyiannya, dia adalah seorang pengusaha restoran dan aktif dalam kegiatan amal antarabangsa, seperti badan amal dialisis di Singapura, konsert "Take a Deep Breath" Januari 2002 di Taipei untuk mengumpulkan wang untuk organisasi penjagaan kesihatan tempatan, Beijing's 4th Grand Charity Drive for Children pada tahun 2005, dan konsert semua bintang Jackie Chan di Las Vegas.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tidak lama sebelum karier muziknya bermula, Chau bertemu calon isterinya, orang Amerika Constance Woods, yang ayahnya berada di Taiwan sebagai sarjana Fulbright. Mereka berkahwin di Taipei pada 16 November 1986, dengan upacara lain empat bulan kemudian di Amerika Syarikat pada 14 Mac 1987. Mereka mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Mandarin[sunting | sunting sumber]

  • 最後圓舞曲 The Last Waltz (Feb 1985)
  • 心的方向 Direction of the Heart (Jul 1987)
  • 我付出我的真愛 我實現我的夢 I Gave My Love I Realized My Dream (Ogos 1988)
  • 期待更多 付出更多 The More You Give the More You Expect (Jan 1989)
  • 最真的夢 The Truest Dream (Nov 1989)
  • 不願一個人 I Don't Want to Be Alone (Dis 1990)
  • 讓我歡喜讓我憂 You Make Me Happy and Sad (Nov 1991)
  • 花·心 The Flowery Heart (Apr 1993)
  • 今夜陽光燦爛 Asia Tour'93 Emil Alive! (Jan 1994)
  • 風雨無阻 Nothing Will Stop Me From Loving You (Jun 1994)
  • 我願意去等 I Am Willing to Go Soon (Feb 1995)
  • 愛相隨 Love Follows Us (Jul 1995)
  • 愛的光 Light of Love (Feb 1996)
  • 小天堂 My Little Paradise (Sep 1996)
  • 朋友 Emil & Friends (Apr 1997)
  • 有故事的人 Story Teller (Ogos 1998)
  • 現在 Now (Nov 1999)
  • 忘憂草 Day Lilies (Okt 2001)
  • 329最完整周華健 All Out (2003)
  • 一起吃苦的幸福 Love Hotel (Jul 2003)
  • 周而復始 Keep Wakin 1987-2002 (Sep 2003)
  • 雨人 Wakin in the Rain (Mac 2006)
  • 花旦 Diva (Mei 2011)
  • 江湖 Jiang Hu (Dis 2013)
  • 賽貂蟬 My Farewell Lady (Mac 2019)
  • 少年 The Younger Me (Dis 2019)
  • 我把人生唱成一首給你的歌 A Song for You (Feb 2020)

Album Kantonis[sunting | sunting sumber]

  • 有弦相聚(真的周华健) Music Brings Us Together (Okt 1994)
  • 弦途有你(真的周华健 II) (Apr 1995)
  • 弦弦全全(真的周华健·完满篇) (Dis 1995)
  • 弦猶在耳 Emil's Live Moments (Jun 1996)
  • 生·生活 Living With Emil Chau (Dis 1996)
  • 世界由你我開始 (Okt 1997)
  • 聽健 (Feb 1998)

Album Inggeris[sunting | sunting sumber]

  • Sad Without You (Sep 1988)
  • Blue Bird (Feb 1991)
  • I Remember (Mei 1992)
  • Songs of Birds (Ogos 1993)
  • Forever Young (Best Collection) (Jun 1996)
  • My Oh My (Feb 2001)
  • My Favorite Songs (Mei 2002)

Filmography[sunting | sunting sumber]

[1] [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wakin Chau". imdb.com. Dicapai pada 17 April 2010.
  2. ^ "Wakin Chau". chinesemov.com. Dicapai pada 17 April 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]