Waktu Rehat (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Waktu Rehat
Juga dikenali sebagai As The Bell Rings Malaysia
Genre Drama komedi
Format Sitkom remaja
Dibintangi Nik Adruce (Musim 1 sahaja)
Juzzthin
Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alaudin
Farhanna Qismina
Addy Ashraf
Nurul Elfira Loy
Sharon Alaina Stephen
Cindy Alisha (Musim 1 sahaja)
Amirul Hakim Ahmad
Nasiruddin Nasir
Nicholas Cheng
Ashmen Iskandar Weiss
Syuhaida Abraz
Lagu pembukaan "Waktu Rehat" nyanyian barisan pelakon
Lagu penutup "Waktu Rehat (instrumental)"
Negara asal Malaysia Malaysia
Bahasa Melayu
Bilangan musim 3
Bilangan episod 43 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif Jennifier S. Ng
(Penerbit Eksekutif Disney Channel)
Penerbit Lina Tan
Mona Tan
(Penerbit)
Mary Aw
Jefferey Ong
(Disney Channel)
Penyunting John Hafiz
Pemasangan kamera Kamera tunggal
Tempoh siaran 7 minit setiap episod
Syarikat penerbitan Red Communications Sdn. Bhd
Disney Channel Original Productions
Penyiaran
Saluran asal Disney Channel Asia
TV9 (Malaysia)
TV5 (Filipina)
Format gambar 480i (SDTV)
720p (HDTV)
Siaran asal 31 Ogos 2010 – 21 Julai 2012
Kronologi
Rancangan berkaitan As the Bell Rings
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi
Tapak sesawang penerbitan Red Communications Sdn. Bhd
Disney Channel Original Productions

Waktu Rehat merupakan sebuah siri TV asli Disney Channel Asia yang disiarkan mulai 31 Ogos 2010, sebagai versi Malaysia untuk francais As the Bell Rings yang berasal daripada siri Disney Channel Itali, Quelli dell'intervallo. Rancangan ini berkisarkan sekumpulan pelajar sekolah SM Jalan Mas yang tertumpu di koridor semasa waktu rehat. Episod baru Waktu Rehat disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 12 tengahari (UTC+8) dengan sari kata bahasa Inggeris. Selain di Disney Channel, Waktu Rehat boleh diikuti melalui saluran DisneyChannelAsia di YouTube.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Nik Adruce sebagai Johan Hamzah, kapten sukan sekolah dan kapten pasukan bola sepak sekolah yang sentiasa memakai jaket sukan. Abang kepada adiknya, Julie ini suka menolong kawan-kawannya akan tetapi dia juga sering membuat nakal bersama rakan karibnya, Faiz dan Syed. Dia seorang yang berani akan tetapi dia mempunyai satu kelemahan iaitu dia amat taku kepada lipas. Pada musim ke-2 Johan telah pindah sekolah sukan.
  • Juzzthin sebagai Syed,[1] merupakan kaki usik yang suka mengusik kawan-kawannya di sekolah, Dia amat meminati Amirah sehinggakan setiap hari dia akan memuji kecantikan Amirah. Dia merupakan kawan baik kepada Johan ,Suresh, dan juga Faiz, Dia juga seorang rapper
  • Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alaudin sebagai Luna[2], pelajar yang paling bersungguh-sungguh dalam menolong orang, bak cogan katanya 'Jangan kalah kepada masalah'. Kawan karibnya ialah Amirah.
  • Farhanna Qismina sebagai Juliana "Julie" Hamzah [2], seorang pustakawan yang sentiasa memakai pakaian seragam pustakawan dan juga seorang pelajar yang cemerlang, dan juga seorang ahli majlis pelajar yang gemar membaca (terutamanya cereka remaja dan asmara), dia juga sering mengidamkan teman yang seakan-akan Nick Jonas. Dia juga merupakan adik kepada Johan.
  • Addy Ashraf sebagai Faiz yang terkenal sebagai shuffler terhandal di sekolah dan sering memakai berjaket merah. Dia disanjung kerana "boleh mendapatkan apa sahaja yang dikehendaki oleh kawan-kawannya". Kawan karibnya ialah Syed dan Johan. Ungkapan pemikatnya ialah "Waktu untuk ghaib" ketika dia ingin menjauhkan diri daripada masalah ataupun tangkapan Wai Chong.
  • Nurul Elfira Loy sebagai Amirah Aminuddin[1], pelajar perempuan yang paling terkenal di sekolah sehingga menerima 20 pucuk surat peminat sehari, di samping menjadi ketua pasukan sorak mulai musim 2. Kawan karibnya ialah Luna. Dialah sasaran cinta Syed yang bermatian-matian cuba menawan hatinya.
  • Sharon Alaina Stephen sebagai Kieran [2], si gadis tomboy yang gemar taekwondo dan mengambil alih jawatan kapten sukan selepas pemergian Johan. Dia tidak suka berpakaian keperempuanan, sebaliknya mengutamakan tracksuit atau dobok (pakaian taekwondo) dengan cekak rambut. Kawan karibnya ialah Mindy. Dia selalu berpasangan dengan Johan dalam aktiviti sukan. Ungkapan pemikatnya ialah saikk!/hee-ya! ketika berlatih taekwondo.
  • Cindy Alisha sebagai Mindy [2], ketua pengarang buletin sekolah yang selalu bercermin mata dan berekor dua dua, dan sentiasa membawa kamera dan alat rakaman serta digeruni sebagai paparazzi sekolah. Kawan karibnya ialah Kieran. Dia meninggalkan sekolah pada Musim 2.
  • Amirul Hakim sebagai Anding, si "profesor" yang selalu bercermin mata dan memakai baju panas. Selaku presiden kelab astronomi, dialah yang paling pintar dalam tingkatannya dan mungkin juga lebih pintar daripada pelajar-pelajar yang lebih tinggi tingkatannya. Dia senang diusik oleh Syed. Dia amat berminat dengan Luna dan kawan karibnya ialah Wai Chong.
  • Nasiruddin Nasir sebagai Suresh [2], seorang penggemar masakan (kecuali roti canai) yang mampu mengecam sebarang makanan dengan sekali suapan. Dialah satu-satunya pelajar lelaki dalam kelas ekonomi rumah tangga.
  • Nicholas Cheng sebagai Wai Chong, ketua pengawas SM Jalan Mas yang memakai cermin mata dan blazer. Dia sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan tidak mudah membiarkan sesiapa melanggarnya. Kawan karibnya ialah Anding. Dia juga menganggotai majlis pelajar dan merupakan presiden kelab Anti-Dating. Ungkapan pemikatnya ialah "Jangan lari!" yang diujar ketika berlakunya pelanggaran peraturan.
  • Ashmen Iskandar Weiss sebagai Adam[3] (musim 2), seorang pemuzik berwajah menawan yang suka bermain gitar. Dia berpindah ke SM Jalan Mas mulai musim ke-2. Beliau dikurniakan dengan rupa yang baik dan keperibadian yang menarik, namun berasa agak tidak selamat tentang dirinya.[4][5]
  • Syuhaida Abraz sebagai Rosie (Musim 3)Merupakan seorang pelajar baru S.M. Jalan Mas dalam Musim 3.Gadis bergelembung yang yakin inI Ingin menjadi angkasawan wanita pertama negara. Jenaka berjangkitnya menambah satu dimensi baru untuk siri ini. Dia meminati bidang astronomi, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Mej Dr Faiz Khaleed. Rosie mendapati Syed 'adorable' dan menaruh hati padanya. Rosie tidak berasa malu tentang hal ini namun hal ini juga telah menjadikan Syed malu.

Watak sampingan dan tetamu[sunting | sunting sumber]

  • Pengetua SM Jalan Mas yang tidak kelihatan wajahnya tetapi kadang-kadang kedengaran suaranya.
  • Ahmad Ezzrin Loy sebagai Nik, seorang watak latar yang diperkenalkan sebagai teman lelaki Julie dalam episod "Abang Oh Abang".
  • Alam (juara So You Think You Can Dance 2007 dan Showdown 2010), seorang pakar shuffle yang mengajar Anding dalam "Juara Shuffle".
  • Pak Syukor, seekor roh ghaib yang dipercayai merupakan penaung sekolah. Tampil dalam "Pertolongan Pak Syukor".
  • Tengku Iezahdiyana Nurhanie sebagai Lina, sepupu Luna, seorang ahli Pandu Puteri yang seiras rupanya dengan Luna. Muncul dalam "Luna Baik Luna Nakal".
  • Atan bin Awang, seorang pelajar baru di SM Jalan Mas yang pernah dibuang sekolah berkali-kali atas alasan menjadi kaki buli. Walaupun badannya sasa tetapi suaranya semput. Muncul dalam "Kaki Buli".
  • Juliana Evans sebagai Azza, seorang pelajar baru yang muncul dalam episod "Gosip" dan kononnya sepupu Juliana Evans.
  • Dafi sebagai Azahari, seorang pelajar baru yang muncul dalam episod "Gosip".
  • Sara Ali sebagai G, seorang pelajar SM Bukit Gangsa yang pernah diminati oleh Faiz. Muncul dalam episod "Cinta Pertama".
  • Mohd Azlan Iskandar, jaguh skuasy Malaysia yang muncul dalam episod "Juara".

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

Mini Episod[sunting | sunting sumber]

Cabaran Waktu Rehat[sunting | sunting sumber]

Tajuk Cabaran Pengadil
"Cabaran Shuffle" Faiz
"Durian makan cabaran" Kieran
"Thumb gusti cabaran" Mindy
"Cake cabaran menghias" Anding
"Pantun cabaran" Luna
"Cabaran Make-up" Amirah
"Cabaran rap" Syed
"Cabaran Impersonations" Wai Chong

Waktu Rehat Misteri Fail[sunting | sunting sumber]

Tajuk Misteri Pesalah Misteri
"Di mana Julie" Roh Julie Telah hilang
"Sodium Hilang" Luna Anding kehilangan Sodiumnya
"Maut Durian" Amirah Kieran makan durian
"Zombi Gurauan" Adam Tandas telah ada Zombie
"Tali Gitar" Wai Chong Tali Guitar Adam diputuskan
"Misai" Julie Kieran tumbuh misai
"Epal hancur" Amirah Epal hancur Suresh menjadi pedas
"Sandwich Hilang" Faiz Wai Chong kehilangan Sandwich

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah perangkaan ranking (berasaskan purata jumlah penonton seepisod) Waktu Rehat di Disney Channel Asia:

Musim Slot Tayangan perdana Akhir musim Tahun Penonton
(juta)
1 Sabtu dan Ahad, 12tgh (MAL/PHIL) 31 Ogos 2010 25 Disember 2010 2010 2.08 [6]
2 12 Mac 2011 2011

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]