Waktu di China
Waktu Piawai China atau Waktu Beijing ialah zon waktu yang digunakan di Republik Rakyat China (RRC). Perbezaan waktunya adalah 8 jam lebih cepat berbanding UTC.
Beberapa wilayah di Asia juga menggunakan zon waktu yang sama (UTC+8), namun menggunakan nama yang berbeza, seperti Waktu Piawai Malaysia, Waktu Piawai Filipina, Waktu Piawai Singapura dan Waktu Indonesia Tengah (WITA).
Republik Rakyat China menggunakan waktu musim panas pada tahun 1986 hingga 1991, namun saat ini tidak.
Zon waktu lain di RRC
[sunting | sunting sumber]Meski satu-satunya zon waktu rasmi di Republik Rakyat China adalah Waktu Beijing, Kongres Rakyat Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur, disebabkan letak geografinya yang berada di hujung paling barat RRC, menetapkan Waktu Ürümqi (UTC+6), iaitu 2 jam lebih lambat dari Beijing. Walaupun waktu ini tidak dikenal secara rasmi, waktu ini digunakan oleh sebahagian besar penduduk setempat.