Walt Whitman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Walt Whitman
Walt Whitman, 1887
Info kelahiranWalter Whitman
(1819-05-31)31 Mei 1819
West Hills, New York, Amerika Syarikat
Kematian26 Mac 1892(1892-03-26) (umur 72)
Camden, New Jersey, A.S.

Tandatangan

Walt Whitman [wolt hwit-mĕn] (31 Mei 1819 – 26 Mac 1892) ialah seorang penyajak dan wartawan dari Amerika Syarikat.

Beliau merupakan antara penyajak paling berpengaruh dalam alam kesusasteraan Amerika Syarikat, terutamanya dalam merintis pengunaan ayat bebas (free verse) sehingga diberi jolokan sebagai seorang "bapa [pelopor]".[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Walter Whitman, Jr. lahir pada 31 Mei 1819 di West Hills, Town of Huntington, Long Island. Beliau anak kedua dalam sembilan adik beradik[2] kepada Walter Whitman, Sr. (1789–1855) dan Louisa Van Velsor Whitman (1795–1873) - kedua-dua mereka berkecenderungan kepada ajaran mazhab Quaker. Mereka sekeluarga berpindah ke Brooklyn ketika Walt berusia empat tahun, di mana mereka sering berpindah randah kerana hidup mereka yang serba miskin.[3]

Kerjaya kewartawanan awal[sunting | sunting sumber]

Setelah Walt menghabiskan persekolahan wajibnya pada usia 11 tahun,[4] beliau mencari pekerjaan bagi menyara keluarganya: beliau menjadi orang suruhan dua firma guaman pada awalnya. Beliau kemudiannya menyertai akhbar mingguan Patriot di bawah kelolaan Samuel E. Clements,[5] di mana beliau mempelajari selok-bolek mengenai kerja percetakan[6] serta barangkali juga menulis kolum bacaan ringan dalam akhbar tersebut.[7] Beliau meletakkan jawatan setelah tersebarnya berita bahawa Clements tersebut dan beberapa rakannya cuba menggali semula mayat seorang paderi untuk membuat acuan plaster kepala mayat tersebut.[8][9]

Keluarganya berpindah kembali ke West Hills pada musim bunga berikutnya namun Walt kekal di sana; beliau bekerja untuk sebuah pencetak baharu musim panas tahun sama.[10] Beliau turut mengambil kerja di sebuha kedai milik penyunting sebuah akhbar mingguan lidah Parti Whig, Long-Island Star.[10]

Semasa zaman Perang Saudara[sunting | sunting sumber]

Apabila Perang Saudara Amerika mula meletus, Walt mula menukil sebuah sajak menaikkan semangat para askar Angkatan Tentera Kesatuan yang berjuang di medang perang berjudul "Beat! Beat! Drums!".[11] Adik Walt, George, turut menyertai angkatan ini serta berutus surat yang menggambarkan dengan terperincinya keadaan yang mengerikan di medan perang itu.[12]

Pada bulan Disember 1862, akhbar New-York Tribune menerbitkan senarai askar yang cedera dan terkorban. Walt mula cemas apabila terdapat sebuah nama "First Lieutenant G. W. Whitmore" yang timbul lalu merujuk kepada adiknya.[13] Beliau segera berjalan kaki ke Selatan Amerika Syarikat untuk mencarinya; beliau mendapat George terselamat hanya luka riingan pada belah pipinya.[13] Di situ juga Walt merasa terkesan dengan keadaan banyak askar yang cedera serta kudung atau terpotong tulang empat kerat mereka; beliau berpindah ke ibukota Washington, D.C. pada 28 Disember 1862 dengan niat tidak mahu berganjak ke New York lagi.[14]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

  • Franklin Evans (1842)
  • Life and Adventures of Jack Engle (serialized in 1852)[15]
  • Leaves of Grass (dalam tujuh edisi dari 1855 hingga 1891)
  • Manly Health and Training (1858)[16]
  • Drum-Taps (1865)
  • Democratic Vistas (1871)
  • Memoranda During the War (1876)
  • Specimen Days (1882)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Reynolds314 tidak disediakan
  2. ^ Miller, 17
  3. ^ Loving, 30
  4. ^ Loving, 32
  5. ^ Reynolds, 44
  6. ^ Kaplan, 74
  7. ^ Callow, 30
  8. ^ Callow, 29
  9. ^ Loving, 34
  10. ^ a b Reynolds, 45
  11. ^ Callow, 283
  12. ^ Reynolds, 410
  13. ^ a b Kaplan, 268
  14. ^ Reynolds, 411
  15. ^ Schuessler, Jessica (February 20, 2017). "In a Walt Whitman Novel, Lost for 165 Years, Clues to Leaves of Grass". The New York Times. 
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan wwqr-vol33-iss3 tidak disediakan

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]