Walter Gargano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Walter Gargano
Walter Gargano - SSC Neapel (2).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhWalter Alejandro Gargano Guevara
Tarikh lahir (1984-07-23) 23 Julai 1984 (umur 34)
Tempat lahirPaysandú, Uruguay
Ketinggian1.68 m (5 ka 6+18 in)
Posisi permainanPemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkiniNapoli
Nombor77
Kerjaya remaja
2001–2003Danubio
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2003–2007Danubio102(3)
2007–Napoli165(4)
2012–2013Internazionale (loan)28(0)
2013–2014Parma (pinjaman)22(1)
Pasukan kebangsaan
2006–Uruguay63(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 21 Jun 2013.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 11 Jun 2014

Walter Alejandro Gargano Guevara (lahir 23 Julai 1984) merupakan pemain bola sepak Uruguay yang kini bermain untuk Napoli dan pasukan kebangsaan Uruguay di posisi pemain tengah bertahan.


Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Gargano mula bermain bola sepak pada usia tiga tahun dan menyertai sebuah kelab belia, Centella di Paysandú. Di kelab belia, beliau diletakkan di posisi pemain tengah. Semasa beliau menjadi remaja, beliau ingin mewakili kelab Danubio, di mana beliau kemudian diikat oleh kelab tersebut.

Danubio[sunting | sunting sumber]

Gargano memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab Danubio pada tahun 2003 dan membuat penampilan pertama liga pada usia 19 tahun. Bbeliau menjuarai dua gelaran nasional bersama Danubio iaitu juara Primera División Uruguay sebanyak dua kali pada tahun 2004 dan musim 2006-07. Gargano membuat 102 penampilan dan menjaringkan tiga gol untuk pasukan Danubio.

Napoli[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun 2007, Gargano bersetuju untuk berpindah dari Danubio ke kelab Napoli dengan bayaran 2 juta euro. Beliau kemudian menandatangani kontrak lima tahun. Beliau membuat debut untuk Napoli ketika menang 4-0 ke atas Cesena dan membuat debut Serie A pada 26 Ogos 2007 menentang Cagliari. Pada 20 Oktober 2007, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Napoli pada perlawanan seri 4-4 menentang Roma dan menjaringkan gol sekali lagi pada minggu berikutnya ketika menang 3-1 ke atas Juventus. Pada musim pertamanya, beliau telah membuat 34 penampilan dan menjairngkan dua gol. Pada musim pertamanya juga, beliau telah dua kali dibuang padang ketika menentang Milan pada 13 Januari 2008 dan tiga bulan kemudian, ketika dilayang terus kad merah ketika menentang Parma pada 20 April 2008.

Pada musim berikutnya, Gargano membuat debut Piala UEFA pada perlawanan menentang Benfica pada pusingan pertama dan Napoli menang 3-2. Namun, pada perlawanan kedua Benfica menang 2-0 lalu Napoli tersingkir serta merta. Pada 29 September 2008, Gargano membuat hantaran kepada Germán Denis untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan menentang Bologna. Pada separuh musim kedua, Gargano mengalami kecederaan ketika menjalani latihan pada Mac 2009 dan terpaksa berehat selama dua bulan. Beliau pulih semula pada dua perlawanan terakhir Serie A menentang Catania dan Chievo.

Pada Januari 2010, Gargano memperbaharui kontraknya bersama Napoli sehingga 2015. Beliau membuat perlawanna ke-100nya bersama Napoli dengan kekalahan 3-1 kepada Fiorentina pada 13 Mac 2010. Pada musim berikutnya, Gargano bermain kesemua enam perlawanan Napoli di kempen Liga Europa dan mara ke peringkat kalah mati namun disingkirkan oleh Villarreal.

Pada musim berikutnya, Gargano dikaitkan berpindah dari Napoli selepas ketibaan Gökhan Inler dari Udinese. Selepas Napoli menduduki tempat ketiga liga, pasukannya akhirnya layak ke Liga Juara-Juara. Beliau membuat debut di perlawanan Liga Juara-Juara ketik seri 1-1 bertemu Manchester City dan bermain kesemua tujuh perlawanan termasuk di peringkat kalah mati sebelum disingkirkan oleh Chelsea. Pada 21 Disember 2011, beliau menjiarngka gol pertama pada musim ini dengan membelasah Genoa, 6-1.Pada 9 Mac 2012, beliau menjaringkan gol sekali lagi ketika menang besar 6-3 ke atas Cagliari. Pada penghujung musim, Napoli menjuarai Coppa Italia 2012 selepas mengalahkan Juventus 2-0 dan Gargano tidak bermain selepas dilayangkan kad kuning kedua pada kejohanan ini ketika separuh akhir menentang Siena.

Inter[sunting | sunting sumber]

Gargano menandatangani kelab Internazionale pada 23 Ogos 2012 secara pinjaman dengan bayaran sebanyak 1.25 juta euro. Tiga hari selepas perpindahan, beliau membuat debut pada perlawanan pembukaan musim ketika menang 3-0 ke atas Pescara.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Gargano mewakili Uruguay sejak di Copa América 2007. Beliau juga termasuk dalam skuad Piala Dunia 2010, Piala Dunia 2014, Piala Konfederasi 2013 dan juga Copa América 2011.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 30 Mei 2011 Sinsheim, Jerman  Jerman 1–2 1–2 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Napoli

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Uruguay

Pautan luar[sunting | sunting sumber]