Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Yang Berhormat Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal AP | |
---|---|
![]() | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Machang, Kelantan | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Ahmad Jazlan Yaakub |
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda | |
Memegang jawatan 16 Ogos 2020 | |
Didahului oleh | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Timbalan Menteri Perpaduan Negara | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | Yang Berhormat Datuk Halimah Mohamed Sadique |
Didahului oleh | Yang Berhormat Senator Dato' Sri Ti Lian Ker |
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | Yang Berhormat Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican |
Didahului oleh | Yang Berhormat Tuan Steven Sim |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Senator Dato' Sri Ti Lian Ker |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 5 November 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Butiran peribadi | |
Lahir | Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal 8 Mei 1987 Malaysia |
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() |
Pasangan | Dr. Siti Nuhara Riduan |
Bapa | Prof Dr. Wan Kamal Wan Napi |
Hubungan | Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal (adik) Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal (adik) |
Alma mater | Universiti Teknologi Petronas King's College London |
Pekerjaan | Ahli politik |
Nilai bersih | Kurang RM1 juta[1] |
Laman web rasmi | Laman sesawang rasmi |
Yang Berhormat Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (lahir 8 Mei 1987) merupakan ahli Dewan Rakyat Malaysia yang mewakili kawasan Parlimen Machang di Kelantan sejak November 2022. Beliau juga merupakan Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia bermula 30 Ogos 2021 hingga 10 Oktober 2022. Beliau sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Sri Reezal Merican di bawah Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.[2]. Beliau terlebih dahulu dilantik sebagai Senator atau Ahli Dewan Negara Malaysia untuk melayakkan beliau menjadi Timbalan Menteri.[3] Beliau berundur daripada jawatan ini apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan beliau dan seluruh Jemaah Menteri pada 16 Ogos 2021. Beliau juga adalah ketua sulung Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) iaitu sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diangkat melalui pemilihan pada pemilihan parti yang pertama pada tahun 2020.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Beliau membersar dan memulakan persekolahan di kawasan Taman Melawati, Gombak sebelum masuk ke Sekolah Menengah Sains Selangor, sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) aliran sains di Cheras sehingga tamat persekolahan. Beliau kemudiannya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Wan Ahmad Fayhsal menukar pengkhususan ke bidang kemanusiaan dan sains sosial dengan mengambil kursus-kursus dalam pengajian Islam, terutamanya dalam bidang teologi dan metafizik, falsafah, etika dan sejarah di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (ISTAC-IIUM) dan Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains dan Tamadun Raja Zarith Sofiah (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Di sini jugalah beliau mendalami gagasan Islamisasi ilmu oleh ahli falsafah Islam Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas, di samping mendalami bahasa Arab dan Perancis.
Beliau meneruskan minat dalam bidang sains sosial dengan melengkapkan kursus dalam talian London School of Economics dalam bidang Perniagaan, Hubungan Antarabangsa dan Economi Politik, dan kemudiannya mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Geopolitik (Keselamatan Wilayah) daripada King's College London pada 23 January 2019. Tesis untuk ijazah sarjana beliau bertajuk "The Encircling Dragon: Deciphering China's Geo-economic Expansionism in Peninsular Malaysia". Sewaktu di London juga beliau belajar sedikit bahasa Rusia dan Jerman.
Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]
Selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, beliau bertugas di syarikat carigali minyak terkemuka Malaysia, PETRONAS sebagai Eksekutif Perniagaan dan Perancangan Strategik di Bahagian Teknologi & Kejuruteraan.
Bermula 1 April 2010, beliau telah dilantik sebagai Eksekutif Kanan bagi Unit Peraju Agenda Bumiputera (TERAJU) serta merupakan antara individu yang bertanggungjawab untuk menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Beliau juga pernah menjadi pembantu pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sebelum menjadi Zamil Penyelidik di Putra Business School, Universiti Putra Malaysia. Beliau aktif menulis tentang pelbagai bidang termasuk perniagaan dan geopolitik dalam beberapa penerbitan seperti New Straits Times, The Star, Global Research, Asia Times and The Edge.
Politik[sunting | sunting sumber]
Susulan kemenangan Pakatan Harapan pada piliharaya umum Malaysia ke-14 yang menyaksikan kepulangan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ke-7, beliau ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bermula akhir 2018 sehingga awal 2020.[4]
Sewaktu berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menang bertanding sebagai Ketua Bahagian untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di kerusi Parlimen Titiwangsa. Pada 16 Ogos 2020, beliau secara rasmi menang sebagai Ketua ARMADA Nasional (ketua sayap pemuda) yang pertama kali menyandang jawatan melalui pemilihan parti sejak penubuhan BERSATU[5]. Beliau juga dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda II Perikatan Nasional sejak penubuhan gabungan tersebut pada pertengahan tahun 2020.
Setelah 15 ahli parlimen UMNO mengumumkan telah menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pentadbiran beliau telah hilang majoriti di Parlimen. Setelah percubaan untuk membentuk pemerintahan minoriti ditolak oleh parti-parti pembangkang, Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos 2021 mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri. Wan Ahmad Fayhsal bersama-sama seluruh anggota Pentadbiran secara automatik turut meletakkan jawatan.
Beliau meneruskan khidmat di bawah Pentadbiran Ismail Sabri sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara sehingga pembubaran Parlimen Malaysia Ke-14 pada 10 Oktober 2022 bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 dibuat pada 19 November 2022.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ Istiadat angkat sumpah menteri Kabinet bermula
- ^ Menteri, timbalan menteri angkat sumpah Senator
- ^ Lebih rela hilang semua jawatan - Syed Saddiq
- ^ "Wan Ahmad Fayshal Ketua Armada baharu". 16 Ogos 2020. Dicapai pada 16 Ogos 2020.