Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Senator

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Kamal

Ahli Dewan Negara
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.jpg
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Memegang jawatan
10 Mac 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriYang Berhormat Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican
Didahului olehYang Berhormat Tuan Steven Sim
Ahli Dewan Negara Malaysia
Memegang jawatan
10 Mac 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Ketua ARMADA BERSATU
Memegang jawatan
16 Ogos 2020
Didahului olehSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Butiran peribadi
LahirWan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
(1987-05-08) 8 Mei 1987 (umur 33)
Malaysia
Parti politikBendera BERSATU.svg PPBM (2016-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan Logo.svg PH (2016-2020)
Logo Perikatan Nasional.svg PN (2020-kini)
PasanganDr. Siti Nuhara Riduan
HubunganWan Kuzri Wan Ahmad Kamal (adik)
Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal (abang)
BapaProf Dr. Wan Kamal Wan Napi
Alma materUniversiti Teknologi Petronas
King's College London
PekerjaanAhli politik
GajiRM32,347.65 sebulan[1]
Nilai bersihKurang RM1 juta[1]
Laman sesawangLaman sesawang rasmi

Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (lahir 8 Mei 1987) merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah dilantik pada 10 Mac 2020.[2] Sebelum menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri, beliau telah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara Malaysia untuk melayakkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri.[3]Beliau juga turut dikenali dengan gelaran "Mat Jargon" kerana kerap mengeluarkan kenyataan yang menggunakan perkataan yang sukar difahami lalu menyukarkan proses pemahaman orang ramai [4]

Pendidikan dan kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, beliau bertugas di syarikat carigali minyak terkemuka Malaysia, PETRONAS sebagai Eksekutif Perniagaan dan Perancangan Strategik di Bahagian Teknologi & Kejuruteraan.

Bermula 1 April 2010, beliau telah dilantik sebagai Senior Eksekutif bagi Unit Teraju serta merupakan antara individu yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera di bawah kelolaan Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga pernah menjadi pembantu pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sebelum menjadi Zamil Penyelidik di Putra Business School, Universiti Putra Malaysia.

Politik[sunting | sunting sumber]

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau adalah Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dari 2018-2020 lalu.[5]

Pada 16 Ogos 2020, beliau secara rasmi telahpun diumumkan sebagai Ketua ARMADA Nasional yang pertama dipilih melalui pemilihan parti sejak penubuhan BERSATU [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ Istiadat angkat sumpah menteri Kabinet bermula
  3. ^ Menteri, timbalan menteri angkat sumpah Senator
  4. ^ https://ttkm.com.my/2020/08/16/mat-jargon-menang-ketua-armada/
  5. ^ Lebih rela hilang semua jawatan - Syed Saddiq
  6. ^ "Wan Ahmad Fayshal Ketua Armada baharu". 16 Ogos 2020. Dicapai pada 16 Ogos 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]