Ameng Spring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wan Aminuddin bin Wan Ismail)
Lompat ke: pandu arah, cari
MP0A 2003 Ameng - Langkah Semakin Jauh.jpg

Wan Aminuddin bin Wan Ismail atau Ameng merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di persada hiburan tanah air. Beliau yang sebelum ini telah bersama Kumpulan Spring sebagai penyanyi utama telah berkecimpung di dalam bidang nyanyian lebih daripada sepuluh tahun. Ameng yang memiliki personaliti menarik serta suara yang cukup lunak menjadikan beliau sering mendapat perhatian daripada para media serta peminat-peminat beliau.

Album solo pertama Ameng ini telah diberi judul "Langkah Semakin Juah", sealiran dengan sebuah lagu yang dimuatkan di dalam album ini. Lagu ini telah dicipta oleh penggubah popular iaitu Zul Mahat , manakala liriknya di tulis oleh Amran Omar. ‘Langkah Semakin Jauh’ turut akan dijadikan sebagai lagu "single" pertama bagi album ini. Penyusunan muzik serta irama yang diketengahkan di dalam lagu ini amat menarik sekali, ia banyak mengandungi elemen-elemen serta gubahan melodi baru yang boleh dinikmati untuk lagu tersebut. Tambahan pula lirik serta vokal Ameng yang tetap utuh serta memiliki intonasi yang menarik menjadikan lagu ‘Langkah Semakin Jauh’ amat menarik sekali.

Konsep album beliau yang sulung ini adalah berkonsepkan pop kontempori. Proses rakaman serta pembikinan album ini telah memakan masa selama enam bulan. Album ini akan mula berada di pasaran pada awal bulan Mei 2003 ini. Album solo Ameng yang sulung ini merupakan titik-tolak kepada pembaharuan irama, lirik serta melodi yang beliau bawa. Ini kerana setelah hampir sedekad beliau menyampaikan lagu-lagu berirama pop yang jiwang, kali ini album solo beliau menampilkan kepelbagaian irama, seperti irama arab, latin , parsi dan banyak lagi. Akan tetapi irama pop asli tidak ditinggalkan , malah kesemua lagu-lagu di dalam album ini telah digubah dengan begitu baik sekali. Terdapat banyak irama serta melodi baru yang boleh dinikmati. Jelas sekali album ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

Di dalam album ini, Ameng turut menyumbangkan sebuah lagu hasil ciptaannya yang berjudul ‘Salam Air Mata’, manakala liriknya ditulis oleh Mama Juwie. Lagu ini amat bermakna bagi Ameng kerana ia merupakan salah satu kisah hidup beliau yang pernah beliau lalui. Penulis-penulis lirik yang terlibat di dalam album ini tidak kurang hebatnya. Antara penyumbang lirik untuk album "Langkah Semakin Jauh" ini ialah Mama Juwie, Hairul Anuar Harun, Amran Omar, S. Amin Sahab, Loloq (Rosli Khamis), Rasdey dan Mat Joe.

Walaupun baru pertama kali Ameng merakamkan album secara solo, namun beliau tidak merasakan kesukaran atau kekok bekerjasama dengan penggubah-penggubah yang terbabit. Ini kerana Ameng yang telah berkecimpung di dalam dunia nyanyian telah biasa bekerjasama dengan mereka sejak bersama kumpulan Spring lagi.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Langkah Semakin Jauh - Ameng (Sony, 2003)
  • KESALANKU - AMENG ( BERSAMA RED PEANUT BAND BANDUNG, 2010 AKHIR )

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

● Ya Habib Umairah ● Langlah Semakin Jauh ● Cinta Pandang Pertama ● Min Aina Ilaa Aina ● Bersanding Di Awan ● Malam Cinta ● Siapalah Aku ● Edan Warna Jingga ● Embun Pagi ● Salam Air Mata

KARIER SOLO AMENG ( SPRING )[sunting | sunting sumber]

- FILEM

  • ISKANDAR Arahan - Azhar Othman ( AWIE )

- Pelakon

  • Ameng ( Spring )
  • Awie


- SINGLE SINGLE SOLO AMENG

  1. LANGKAH SEMAKIN JAUH ( ZUL MAHAT / AMRAN OMAR )
  2. PUISI SANG ARJUNA ( SAARI AMRI )
  3. KASIH YANG TAK PASTI ( Feat Ameng / SPRING & Opie / PANJI ) - ( Petikan Dari Album KUMPULAN PANJI )
  4. YA HABIBI UMAIRAH ( AMRAN OMAR )
  5. SALAM AIR MATA ( AMENG / JUWIE )
  6. KESALAN KU ( M.NASIR )
  7. SUDIKAH JADI KEKASIHKU ( EDDIE HAMID )
  8. SRTANGKAI KEMBANG MELATI ( AMENG & SULIZA SALAM )

Pautan luar[sunting | sunting sumber]