Wan Chai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wan Chai
Kelahiran
Mohd Azwan Azlan

WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, selebriti TikTok
Tahun aktif2021–kini

Wan Chai atau nama sebenarnya Mohd Azwan Azlan ialah personaliti media sosial Malaysia, selebriti TikTok dan pelakon yang berasal dari negeri Sabah. Dia yang merupakan rakan baik kepada seorang lagi selebriti TikTok iaitu Ryan Bakery, pernah muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan sitkom Sepahtu Reunion Live yang ditayangkan di Astro Warna.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Wan Chai aktif menghasilkan video-video lawak pendek dan review produk di platform TikTok sejak tahun 2021. Dengan peningkatan popularitinya, dia telah mendapat beberapa tawaran projek lakonan, terutamanya dalam telemovie terbitan Astro.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Geng Jin - Supertele Astro First

- Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 My Name is Lola Wan Chai TV3 Pelakon undangan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Debunk Sofi Astro Citra Watak utama
2022 Dendam Hantu Latah Mustajab Astro Warna Watak utama
2023 Debunk Beraya Sofi Astro Citra Watak utama

Rancangan Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Sepahtu Reunion Live Artis jemputan Astro Warna 4 Ogos 2022 (Hanya Kejujuran)
2023 Spontan Balik Raya Artis jemputan Astro Warna 25–27 April 2023

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nur Idayu (30 July 2022). ""Inilah dikatakan sahabat sejati…" Wan Chai Menαngis Ketika Perasmian Kedai Ryan Bakery, Buat Ramai Sebαk". Berita Awani. Dicapai pada 14 February 2023.
  2. ^ Nur Idayu (8 August 2022). ""Gerαm pulak tengok dua ketul ni…" Gelagat Ryan Bakery & Wan Chai Sebelum & Selepas Sepahtu Reunion Buat Ramai 'Gerαm'". Berita Awani. Dicapai pada 14 February 2023.
  3. ^ Ain Mahthir (5 January 2023). "Popular Di Tiktok, Wan Chai Berlakon Telefilem Digelar Sarip Dol Moden". Syor.com. Dicapai pada 14 February 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]