Wan Jauhari Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wan Jauhari Ismail (lahir 23 Mei 1969) merupakan mantan Timbalan Presiden dan peneraju Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (ProWaris).

Anak kelahiran Raub, Pahang, ini merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik, dan mendapat pendidikan awalnya di SRJK (C) Chung Ching di tempat asalnya. Beliau kemudian berpindah ke Kuantan dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Mengengah St. Thomas. Setelah tamat Sijil Peperiksaan Malaysia, beliau diterima masuk ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 1989 hingga 1990. Kemudian beliau diterima masuk ke tahun satu Univeristi Islam Antarabangsa di Seksyen 17, Petaling Jaya dalam jurusan Sains Politik, pengkhususan dalam kajian Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi. Beliau tamat pengajian dan mendapat ijazah sarjana muda Kepujian kelas dua atas. Pada tahun 1995, beliau ditaja oleh Yayasan Pahang untuk melanjutkan pelajaran keperingkat Sarjana dalam bidang ICT Teknologi Maklumat. Beliau kemudian berangkat ke London untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang Sarjana Teknologi Maklumat (IT) pengkhususan dalam bidang Reka Bentuk Rangkaian.

Semasa di Universiti beliau bergiat cergas dalam pelbagai persatuan, terlibat dalam Majlis Perwakilan Pelajar dan menjadi Pengarah untuk beberapa program and seminar anjuran pihak univerisiti.

Sewaktu di London, beliau terlibat menganjurkan program-program seminar, dan beliau juga menjadi pembentang kertas kerja dalam seminar-seminar tersebut. Memandangkan beliau berbakat dalam penulisan, beliau dilantik menjadi Editor untuk buletin Rampaisari, lidah rasmi Kelab UMNO London, ketika itu.

Diwaktu lapang beliau gemar membaca dan menulis. Beliau juga gemar melukis lukisan abstrak dari Oil Pastel. Hasil lukisan beliau tidak dijual, ia di pamerkan dirumah beliau dan dirumah keluarga. Antara kegemaran lain ialah mengumpul buku-buku; antara tajuk yang diminati beliau ialah falsafah Islam dan falsafah Greek, beliau juga mengumpul puluhan judul-judul kitab dari beberapa filasuf dan pemikir Islam, antara filasuf Islam yang dikagumi beliau ialah Imam Al Ghazali. Antara guru beliau yang terkenal ialah His Excellency Prof. Ahmet Davutoglu, yang telah berjaya membuka minda beliau untuk mempelajari bidang Sains Politik dan Falsafah Islam, dan beliau menjadi salah seorang dari lima murid Prof. Ahmet yang cemerlang. Prof. Dr Ahmet Davutoglu adalah Menteri Luar Turki. Disamping itu beliau juga merupakan seorang yang minat melukis (Oil Pastel), hasil lukisan beliau diberi nama koleksi GREENBULL sempena nama salah satu lukisan beliau.

Beliau kini menetap di Shah Alam, Selangor bersama isterinya Nik Tasha Bte Nik Kamaruddin.

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • MBA Sarjana Pengajian Pernigaan - Calon di Universiti Terbuka Malaysia
  • MSc(IT) Sarjana Sains (IT) dalam Reka Bentuk Rangkaian (Network Design) (London)
  • BHSc(Hons) Pol Sci Sarjana Muda dalam Sains Kemanusian (Hons.) Kelas dua atas Sains Politik pengkhususan dalam hubungan antarabangsa dan diplomasi Universiti Islam Antarabangsa (IIUM)
  • SRP/SPM - Sekolah Menengah St. Thomas Jalan Gambut Kuantan Pahang

Profesional[sunting | sunting sumber]

  • ISACA (Information Systems Audit and Control Association) - Ahli
  • PMI (Project Management Institute) - Ahli
  • CEIISE (Chartered Engineering Institution for Informations System Engineers) - Bekas Ahli
  • CEPIS Chartered Information System Practioner (EU) - Bekas Ahli
  • PPM (Project Planning and Management) Universiti Terbuka Malaysia - Sijil
  • ITIL (The Information Technology Infrastructure Library) - Sijil
  • British Computer Society - Bekas Ahli
  • Aircraft Fuelling System (AFS) - Certified System Operator

Program dan seminar[sunting | sunting sumber]

  • 1987 - Seminar perpaduan - anjuran MAYC Pahang - wakil Daerah Kuantan
  • 1998 - Seminar Ketuanan Melayu - anjuran PBMUM (Univeristi Malaya) - Wakil UIA
  • 1990 - Seminar Politik Antarabangsa, Peranan Islam - anjuran Kelab Sains Politik UIA - Setiausaha
  • 1991 - Seminar Pendidikan Islam, Peranan Pelajar - anjuran UKM - Wakil UIA
  • 1993 - Seminar Peperangan dan kedamaian - anjuran UIA - Pengarah
  • 1995 - Seminar Pendidikan Bangsa Melayu (London) anjuran Kelab UMNO London - Pembentang
  • 1996 - Seminar Masa Depan, Melayu dan Malaysia - anjuran Kelab UMNO London - Pembentang
  • 2002 - Seminar Maruah Bangsa - anjuran Alumni Kelab UMNO - AJK penganjur
  • 2003 - Seminar Memartabatkan Bangsa, isu Pulau Batu Putih - anjuran Alumni Kelab UMNO - AJK penganjur
  • 2005 - Seminar Agenda Melayu - anjuran Alumni Kelab UMNO - AJK penganjur
  • 2005 - Seminar ‘Unemployment - By Choice or by chance?’ - UiTM, Pembentang kertas kerja.
  • 2006 - Seminar Pembentukan Jatidiri Menjadi Usahawan Jaya ICT - UniKL, Pembentang kertas kerja.

Selain dari itu beliau banyak menyertai seminar-seminar anjuran Alumni Kelab UMNO, BTN dan UMNO peringkat Bahagian dan juga peringkat Kebangsaan.

Persatuan[sunting | sunting sumber]

NGO[sunting | sunting sumber]

Sukan & Rekreasi[sunting | sunting sumber]

  • Bowling
  • White Water Rafting
  • Softball
  • Soccer
  • Golf
  • Basketball
  • Camping
  • Jungle Tracking
  • Mountain Tracking
  • 4 x 4 Tracking
  • Canoeing
  • Fishing

Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Selain fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, beliau juga boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin dan Arab.

Projek[sunting | sunting sumber]

Projek HSBB IPCORE Telekom Malaysia Bhd[sunting | sunting sumber]

  • Solusi Migrasi Perkhidmatan IPVPN rundingan, reka dan bina.

Projek Lembaga Hasil dalam Negeri[sunting | sunting sumber]

  • Solusi eStamping rundingan, reka dan bina.

Projek Gerbang Selatan Bersepadu CIQ[sunting | sunting sumber]

  • Solusi bangunan pintar, rundingan, reka dan bina.

Projek MSC[sunting | sunting sumber]

Susur galur[sunting | sunting sumber]

Adapun nasab keturunan beliau adalah seperti berikut:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]