Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Senator
Tan Sri Dato Sri Dr. Haji

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

PSM, PJN; DGSM (Melaka); PNBS (Sarawak); JSM; JBS, PBS (Sarawak)
Yang di-Pertua Dewan Negara
Memegang jawatan
19 Jun 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanNur Jazlan Mohamed
Didahului olehRais Yatim
Ahli Dewan Negara
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Memegang jawatan
19 Jun 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-undang)
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Mas Ermieyati Samsudin
Didahului oleh Takiyuddin Hassan
Kawasan pilihan rayaSantubong
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Santubong, Sarawak
Dalam jawatan
2004 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Rohani Abdul Karim
Digantikan olehNancy Shukri
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Timbalan Mas Ermieyati Samsudin
Didahului oleh Mohd Redzuan Md Yusof
Digantikan oleh Noh Omar
Kawasan pilihan rayaSantubong
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Dalam jawatan
28 Julai 2015 – 10 Mei 2018
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Sultan Muhammad V
Perdana Menteri Najib Razak
Timbalan Hamim Samuri
Didahului oleh G. Palanivel
Digantikan oleh Yeo Bee Yin
Alam Sekitar
Xavier Jayakumar A/L Arulanandam
Sumber Asli
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 28 Julai 2015
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Ahmad Zahid Hamidi
Didahului oleh Abu Seman Yusop
Lee Chee Leong
Digantikan oleh Nur Jazlan Mohamed
Masir Anak Kujat
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batang Lupar, Sarawak
Dalam jawatan
1990–2004
Didahului oleh Daniel Tajem Miri
Digantikan oleh Rohani Abdul Karim
Butiran peribadi
LahirWan Junaidi bin Tuanku Jaafar
(1945-02-01) 1 Februari 1945 (umur 78)
Kuching, Sarawak, Pentadbiran Tentera British (Borneo)
Parti politik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional Barisan Nasional (BN) (sehingga-2018)
Gabungan Parti Sarawak (GPS) (2018-Kini)
Perikatan Nasional (PN) (2020-Kini)
PasanganPuan Sri Datin Sri Feona Norjanah Sim Abdullah (k. 1972; m. 2022)
Puan Sri Datin Sri Fauziah Sanusi (k. 2022)
Anak-anak3
Alma materUniversity of Southern California
PekerjaanAhli politik, peguam
Nilai bersihRM2.5 ke 5 juta
Laman web rasmiwjunaidi.blogspot.com

YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (lahir 1 Februari 1945) merupakan Yang di-Pertua Dewan Negara Ke-19[1] dan Senator Dewan Negara Malaysia. Beliau merupakan ahli GPS-PBB.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi ketua platun Pasukan Polis Hutan berpangkat inspektor. Beliau bertempur dengan komunis antara tahun 1969-1973. Seterusnya sebagai peguam.

Persatuan bukan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri Sarawak. Beliau mencadangkan polis dan Kementerian Dalam Negeri menarik balik penggunaan senjata jenis sub mesingan ini di tempat awam seperti di jalan raya, bandar dan lapangan terbang kerana ia menggerunkan dan menakutkan. Malaysia bukanlah berada dalam suasana perang. Beliau mencadangkan polis menggunakan pistol dan revolver sahaja berikutan dua insiden tembak membabitkan polis dan remaja di Seremban dan Shah Alam.[2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Semasa beliau menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, beliau berpendapat bahawa kadar kes rogol berkanun tinggi di kalangan orang Melayu kepada orang Melayu menjadi "lebih sensitif terhadap budaya" tentang belia mereka, dan dengan itu melaporkan lebih banyak kes daripada "orang bukan Melayu mungkin lebih menerima tentang rogol berkanun".[3]

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Evolusi parlimen dan evolusi speker parlimen Malaysia ; DBP, 2010.
  2. Falsafah moral ilmu berpengakap  ; DBP, 2007.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Batang Lupar, Sarawak[4]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan
1990 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 5,795 54% W. Habib Mahmud (PERMAS) 3,130 29%
1995 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) Tidak bertanding
1999 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 7,903 72% Syid Assimie Ismail (STAR) 2,689 25%
Parlimen Malaysia: Santubong, Sarawak[4]
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan
2004 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 12,590 85% Idris Bohari (BEBAS) 2,030 14%
2008 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 15,800 79% Rahamat Idil Latip (PKR) 3,855 19%
2013 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 24,655 85% Zulrusdi Mohamad Hol (PKR) 3,719 13%
2018 Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-BN) 26,379 85% Mohd Fidzuan Zaidi (AMANAH) 6,894 13%

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Santubong , negeri Sarawak. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15800.

Calon lawan ialah Rahamat Idil Bin Latip dari PKR mendapat 3,855 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 64.73% manakala Undi rosak sebanyak 248.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wan Junaidi dipilih Speaker Dewan Negara baharu, Nur Jazlan Timbalan Speaker".
  2. ^ Wan Junaidi: Tarik balik penggunaan sub mesingan
  3. ^ Syed Jaymal Zahiid (18 March 2014). "Non-Malays more accepting of child rape, says deputy home minister". The Malay Mail. Dicapai pada 19 March 2014.
  4. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 5 April 2010. Percentage figures based on total turnout (including votes for third parties and independent candidates).
  5. ^ "Wan Junaidi leads honours list in conjunction with Melaka Yang Dipertua's 79th birthday". Nurul Fhatihah Zakinan. New Straits Times. 12 October 2017. Dicapai pada 25 September 2018.
  6. ^ "Adenan a Datuk Patinggi". Peter Sibon, Lien Cheng. Borneo Post. 13 September 2014. Dicapai pada 25 September 2018.

,