Wan Mohamad Nazarie b. Wan Mahmood

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Hormat

KP Wan Mohamad Nazarie
Fail:Wan nazarie.jpg
Komisioner Penjara Malaysia
Memegang jawatan
1 Mac 2009
Didahului olehDatuk Sri Zulkifli b. Omar
Digantikan olehpenyandang
Butiran peribadi
Lahir6 Ogos 1959
Kota Bharu, Kelantan
PasanganDatin Norsina Panot

Dato' Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood (Tulisan Jawi: وان نزاري) , anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, dilahirkan pada tanggal 6 Ogos 1959.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dato' Wan Mohamad Nazarie mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kota Bharu (SMKB), Kelantan. Kemudian beliau melanjutkan pendidikan tinggi dan memperoleh Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1979. Kemudian beliau meneruskan pengajian peringkat universiti dalam jurusan ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1984.

Karier[sunting | sunting sumber]

Guru[sunting | sunting sumber]

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1984, beliau menjadi guru sementara di Institut Pendidikan Kota Bharu selama setahun. Beliau mengajar di dalam bidang ekonomi kepada pelajar-pelajar SPM dan STPM.

Penjara[sunting | sunting sumber]

Karier beliau di Jabatan Penjara Malaysia bermula pada tanggal 1 Ogos 1985 dan ditempatkan di Penjara Taiping. Tiga tahun kemudian, beliau ditukarkan ke Bahagian Pembangunan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Pada 2 Februari 1991, beliau telah dinaikkan pangkat ke Penguasa Penjara di tugaskan di Penjara Pudu. Pada 16 Jun 1993, beliau telah dilantik menjadi Pengarah Penjara Penor, Kuantan sehinggalah pada 1 Februari 1997, dimana telah ditukarkan ke Maktab Penjara Malaysia apabila dinaikkan pangkat ke Penguasa Kanan Penjara.

Beliau bertugas di Maktab Penjara Malaysia sehinggalah pada penghujung Jun 2000, dimana pada 1 Julai 2000 telah dinaikkan pangkat ke Pengarah Penjara dan bertugas sebagai Pengarah Penjara Sungai Buloh.

Sekali lagi, beliau berpatah balik dan bertugas di Ibu Pejabat Penjara Malaysia mulai 16 Mac 2002, sebagai Pengarah Sumber Manusia. Pada 20 Mac 2004, karier beliau meningkat cemerlang apabila dilantik ke jawatan Pengarah Keselamatan dengan pangkat Pengarah Kanan Penjara.

Mulai 1 Mei 2007, beliau telah dilantik menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) dengan pangkat Komisioner Penjara, sehinggalah sekarang. Pada 1 Jun 2009, beliau telah dilantik menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengara Penjara (Operasi) menggantikan Dato Sri Zulkifli b. Omar yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Penjara Malaysia dengan jawatan Komisioner Jeneral Penjara.

Antara sumbangan terbesar beliau dalam Jabatan Penjara Malaysia adalah menubuhkan TERUP TINDAKAN CEPAT (TTC) yang merupakan anggota elit dalam Jabatan Penjara Malaysia.

ANUGERAH Perkhidmatan cemerlang beliau dalam Jabatan Penjara Malaysia beliau telah di anugerahkan Darjah Negeri Sembilan pada tahun 2011 dan Darjah Indera Mahkota Pahang pada tahun 2015.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi)
2009 – kini
Penyandang Kemudian
Datuk Wira Zulkifli b. Omar penyandang


Penyandang Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan)
2007 – 2009
Penyandang Kemudian
diwujudkan pada tahun 2007 Dato' Hassan Sakimon


Penyandang Terdahulu Pengerusi KOPEN
1997 – 2007
Penyandang Kemudian
Datuk Mustafa b. Osman Mohamed Roslan