Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Allahyarham Dato' Ar.
Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Pic dato' wan.jpg

Ahli Parlimen Kuala Kangsar

Ahli Parlimen Malaysia
untuk Kuala Kangsar, Perak.
Tempoh jawatan
5 Mei 2013 – 5 Mei 2016
Didahului oleh Tan Sri Rafidah Aziz
Diganti oleh Datin Mastura Dato' Mohd Yazid

ADUN Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Tempoh jawatan
21 Mac 2004 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Ahmad bin Jaffar
Diganti oleh Maslin Sham bin Razman

Lahir (1960-01-16)16 Januari 1960
Kuala Kangsar, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia 5 Mei 2016(2016-05-05) (umur 56)
Betong, Sarawak, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Datin Mastura Dato' Mohd Yazid
Anak 4
Alma mater Kingston University
Agama Sunni Islam

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad (16 Januari 1960 – 5 Mei 2016) ialah bekas ahli politik Malaysia yang telah menjadi Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Kangsar, Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Bukit Chandan, Perak. Beliau adalah seorang ahli United Malays National Organisation (UMNO) dari Barisan Nasional (BN).

Pendidikan Awal[sunting | sunting sumber]

Wan Khair-il Anuar telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar dari tahun 1967 hingga 1972. Semasa pendidikan menengah, beliau telah menuntut di tiga buah sekolah yang berbeza antaranya, Sekolah Menengah Clifford, Sekolah Menengah Anderson di Perak dan Sekolah Sains Sungai Petani di Kedah.

Dengan pencapaian cemerlang semasa pendidikan menengah, Wan Khair-il Anuar telah ditawarkan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di luar negara. beliau telah diterima masuk ke Universiti Kingston di mana beliau telah menamatkan pengajian dan dianugerahkan Sarjana Muda (BA) dalam Seni Bina (Kepujian) dan Sarjana (Master) dalam Seni Bina.

Keputusan Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Perak: N34 Bukit Chandran, Perak[1][2]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Majoriti
2008 Wan Khair-il Anuar (BN) 5,850 55.62% Zulkifli bin Ibrahim (PKR) 4,156 39.51% 1,694
Parlimen Malaysia: P67 Kuala Kangsar, Perak.[3]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Pembangkang Undi Prts Majoriti
2013 Wan Khair-il Anuar (BN) 14218 50.40% Khalil Idham Lim Abdullah (PAS) 13,136 46.44% Kamilia Ibrahim (BEBAS) 447 1.58% 1,082

Kematian[sunting | sunting sumber]

Wan Khair-il Anuar terkorban dalam nahas helikopter AS 350 dekat Sebuyau, Sarawak. Beliau sedang dalam perjalanan bersama beberapa pegawai kerajaan dari Betong ke Kuching pada 5 May 2016 apabila helikopter hilang hubungan. Serpihan telah dijumpai dekat Sungai Batang Lupar hari berikutnya.[4][5] Trajedi tersebut juga mengorbankan Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan ahli parlimen Sungai Besar, Selangor.[6] Jenazah Wan Mohammad Khair-il Anuar telah diterbangkan balik ke Perak dan dikebumikan di Makam DiRaja Al-Ghufran dekat Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.[7]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 14 June 2010.  Percentage figures based on total turnout.
  2. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 25 January 2010.  Includes results from the 2004 election. Percentage figures are calculated based on total turnout.
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 8 May 2016.  Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "Copter crash: Tragedy strikes fear among campaigners". The Star Online. 6 May 2016. Dicapai pada 8 May 2016. 
  5. ^ "MP joked about copter not flying if he ate too much". Free Malaysia Today. 6 May 2016. Dicapai pada 8 May 2016. 
  6. ^ "Condolence messages, tributes pour in for Noriah Kasnon". Free Malaysia Today. 6 May 2016. Dicapai pada 8 May 2016. 
  7. ^ "Tiga jenazah nahas helikopter dikebumikan hari ini". Bernama. Malaysiakini. 8 May 2016. Dicapai pada 9 May 2016.