Wan Muhammad Izuddin Wan Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Guru Syeikh Haji

Wan Muhammad Izuddin Wan Ibrahim
Kelahiran1944
Pendidikan
  • Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah
  • Darul Ulum, Deoband, India
Pekerjaan
  • tuan guru pondok

Tuan Guru Syeikh Haji Wan Muhammad Izuddin bin Syeikh Haji Wan Ibrahim (1944–kini) atau lebih dikenali dengan Tuan Guru Wan Izuddin Gajah Mati atau Pak Anjang Izuddin ialah seorang tuan guru pondok di Malaysia. Beliau merupakan mudir Pondok Gajah Mati[1][2] yang terletak di Pendang, Kedah.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Wan Muhammad Izuddin ialah anak ketujuh daripada 11 orang adik beradik. Bapanya bernama Tuan Guru Haji Wan Ibrahim Wan Abdul Kadir atau Pak Cu Him Gajah Mati (1894–1968) merupakan tokoh ulama pondok di Kedah dan merupakan pengasas Podok Gajah Mati. Ibunya, Hajah Zainab binti Haji Ismail, ialah anak kepada Tuan Guru Haji Ismail bin Mustafa atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ismail Che Dol Gajah Mati yang juga merupakan pengasas Pondok Gajah Mati[3].

Datuk di sebelah ayahnya iaitu Haji Wan Abdul Qader bin Wan Mustafa dikenali sebagai Tok Bendang Daya (meninggal dunia 1895) ialah seorang tokoh ulama Patani yang terkenal pada zamannya. Bapa saudara belah ayah beliau iaitu Sheikh Wan Ismail bin Haji Wan Abdul Qader al-Fathani terkenal sebagai Pak Da Eil al-Fatani (meninggal dunia 1965) ini adalah seorang guru yang masyhur mengajar di Masjidil Haram, Mekah[4]. Ipar beliau juga merupakan seorang ulama yang mengasas pondok di Kuala Nerang, iaitu Tuan Guru Dato' Haji Ahmad Mohd Nor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mac 31, 2021). "Kunjungan ziarah ke Pondok Gajah Mati". Harakahdaily. Dicapai pada 13 Disember 2021.
  2. ^ Zulkifli Mohamad al-Bakri (2 Oktober 2021). "Pada petang Jumaat yang mulia ini, saya menerima ziarah mahabbah yang mengejut daripada Tuan Guru Pak Njang Wan Izzuddin…". Neotizen. Dicapai pada 13 Disember 2021.
  3. ^ "Antara Muhaddith Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Yang Masih Hidup Di Malaysia". Blog Radzi Saleh. 5 Disember 2015. Dicapai pada 13 Disember 2021.
  4. ^ "Pak Njang Izuddin Gajah Mati". Pondok Tauhid. 17 Mac 2019. Dicapai pada 13 Disember 2021.