Wan Shamsuddin Mohd Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Dr Wan Shamsuddin bin Mohd Yusof (18 September 1932[1] – 19 Disember 2020[2]) ialah Tokoh Sejarawan Negara dan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK).[3]

Beliau menerima Anugerah Felo Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) 2011 kali ke-6 pada 25 Februari 2012. Anugerah itu diberikan kerana sumbangan dan khidmat beliau dalam memelihara dan memulihara Sejarah Melayu dan Sejarah Malaysia amnya.[perlu rujukan]

Wan Shamsuddin ialah seorang pengiat sejarah yang terkenal di Kedah serta aktif dalam perjuangan warisan dalam bidang sastera dan budaya hampir setengah abad. Beliau juga mengetuai ekspedisi kaji selidik sejarah dan membongkar tinggalan sejarah di Kedah serta menemui penemuan penting negara sebagai pengesahan keturunan legenda rakyat Kedah, Puteri Mahsuri, di Kampung Kemala, Phuket, Thailand pada 1988 setelah Wan Aishah, generasi ketujuh Mahsuri, ditemui di sana.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Wan Shamsuddin bin Mohd Yusof dilahirkan pada 18 September 1932 di rumah ibunya di Jalan Tupai, Taiping, Perak namun berpindah ke Sik, Kedah ketika darjah tiga setelah ibunya meninggal dunia. Beliau tinggal bersama bapa saudaranya di situ. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Sik dan antara rakan sekelasnya ialah Shahnon Ahmad iaitu Sasterawan Negara Malaysia.[1]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada hari Sabtu 19 Disember 2020, Wan Shamsuddin meninggal dunia pada pukul 6.15 petang setelah seminggu dimasukkan ke dalam Pusat Perubatan Kedah (KMC). Kematian beliau dipercayai akibat sakit tua.[5] Pada keesokan harinya, jenazah beliau dibawa ke Masjid Al Ghuffran, Akar Peluru untuk disembahyangi lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Jalan Pegawai.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mohd. Rafie Azimi (23 Mei 2018). "Ikon sejarawan terbilang Kedah". Utusan Malaysia. Gambar oleh Fariz Rusadio. Dicapai pada 14 Februari 2019 – melalui Utusan Online.
  2. ^ "Tokoh sejarawan Kedah meninggal dunia". Bernama. 19 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2020. Dicapai pada 19 Disember 2020.
  3. ^ Bernama (18 Oktober 2015). "Istana terbiar 100 tahun milik Tunku Kudin bukan Raja Bersiong - Persatuan Sejarah". Astro Awani. Dicapai pada 14 Februari 2019.
  4. ^ Tiga Tokoh Sejarawan Negara Terima Anugerah felo PSM 2011[pautan mati kekal]
  5. ^ Nurul Hidayah Hamid (19 Disember 2020). "Tokoh sejarawan Kedah meninggal dunia". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2020. Dicapai pada 20 Disember 2020.
  6. ^ Zuliaty Zulkiffli (20 Disember 2020). "Tokoh sejarawan, Dr Wan Shamsuddin selamat dikebumikan". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Januari 2021. Dicapai pada 29 Januari 2021.