Wan Sharifuddin bin Wan Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wan Shah
Kulit album UNIC keluaran 2002.
Latar belakang
Nama lahirWan Sharifuddin bin Wan Hassan
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNasyid / R&B
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2002-2004
Syarikat rakaman
Rare Beats Records
Pengkarya berkait
Kumpulan UNIC

Wan Sharifuddin bin Wan Hassan yang dikenali sebagai Wan Shah, dilahirkan pada (1984-05-28) 28 Mei 1984 (umur 39) dan berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Beliau merupakan bekas anggota kumpulan UNIC (2002-2004) yang merupakan pengasas kumpulan penyanyi Malaysia nasyid UNIC yang terawal merancang dan menubuhkan kumpulan nasyid remaja yang menyampaikan lagu-lagu berirama nasyid. Sebelum beliau mengundur diri dari kumpulan UNIC pada tahun 2004, beliau juga telah memegang watak pengawas sekolah bersama Fitri Haris dalam telemovie See You Di IPT pada tahun 2004 sebagai kemunculan terakhirnya bersama UNIC.

Beliau menjadi pengurus A&R D'Mind Music Entertainment ketika bersama UNIC dan selepas meninggalkan kumpulan itu. Antara projek ketika berliau bersama syarikat D'Mind Music Entertainment adalah seperti penubuhan kumpulan nasyid baru Devotees, projek Telemovie See You Di IPT UNIC kerjasama bersama Hijjaz Records.

Beliau pernah bersama menjayakan sebuah program Cahaya Kasih kerjasama Group Inspirasi Unik dan sebuah sekolah PPDK Nusajaya pada tahun 2010 dengan sebuah lagu bertajuk Cahaya Kasih ciptaan sepenuhnya oleh Wan Shah sendiri, tujuan program ini adalah untuk mengutip dana bagi membantu golongan kurang upaya dengan mengadakan sebuah pementasan teater yang bertajuk Primadona (Perahu Mimpi) yang berlangsung di UTM Skudai, UiTM Segamat, dan Dewan MaTiC Jalan Ampang yang mana Zamri Pangat sebagai Pengarah untuk pementasan Teater tersebut, selain itu perlakon yang terlibat untuk menjayakan pementasan itu adalah seperti Bell Ngasri , Anne Ngasri, Maulana Af, Linda Jamine dan Que Haidar.

Beliau juga pernah mencipta sebuah lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan kanak-kanak Soleh-in sempena Tilawah Alquran peringkat kebangsaan (MTQ) pada tahun 2012 yang bertajuk "Tangguh Solat".

Kini Wan Shah masih aktif didalam industri muzik sebagai tulang belakang beberapa projek mega dan aktif mencipta lagu untuk iklan,produk,komersial, untuk artis dan lain-lain.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]