Wan Ubaidah Wan Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wan Ubaidah Wan Omar
Ahli Dewan Undangan Kelantan
untuk N5 Kijang
Memegang jawatan
Mac 2008
Didahului oleh Husam Musa
Majoriti (menang tanpa bertanding)
Butiran peribadi
Kerakyatan Malaysia
Parti politik PAS

Yang Berhormat Hajjah Wan Ubaidah Wan Omar adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 28 Julai 1956 dan pernah berkhidmat sebagai pegawai pinjaman di Bank Pertanian Malaysia pada 1979. Wan Ubaidah pemegang Sarjana Pertadbiran Perniagaan dari Universiti Southern Illinois, Amerika Syarikat.Beliau pernah menjadi pensyarah di Institut Teknologi Darul Naim .

Beliau dilantik sebagai sebagai Senator Dewan Negara mewakili kerajaan PAS Kelantan pada 2006.