Wang Leehom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wang Leehom
Leehom di Festival Filem Harbin 2011 dengan anugerah Pengarah Baru Terbaik
Nama Cina王力宏
PinyinWáng Lìhóng (Mandarin)
JyutpingWong4 Lik6 Wang4 (Kantonis)
Nama lahirAlexander[1] Leehom Wang
KeturunanYiwu, Zhejiang, China[2]
AsalTaiwan
Lahir (1976-05-17) 17 Mei 1976 (umur 47)
Rochester, New York, A.S.
Pekerjaan
  • Penyanyi-penulis lagu
  • pemuzik
  • pengarah
  • pelakon
  • penerbit rakaman
  • penggubah muzik
  • komposer
Jenis muzik
Alat muzik
Jenis suaraTenor
Syarikat rakaman
Tahun aktif1995–kini
MempengaruhiStevie Wonder, Prince, Alicia Keys, Outkast, Missy Elliott, R. Kelly, The Neptunes[3]
Laman web rasmiwww.wangleehom.com
Anugerah

Wang Leehom (lahir 17 Mei 1976), kadangkala disebut sebagai Leehom Wang, ialah seorang penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman, pelakon dan pengarah Cina-Amerika, yang kini menetap di Taiwan. Beliau pada awalnya dilatih di Eastman School of Music, Williams College dan Berklee College of Music, gaya muziknya dikenali kerana mengetengahkan unsur-unsur Cina (seperti opera Beijing, gaya-gaya tradisional etnik minoriti, orkestra klasik Tionghoa) dengan hip-hop dan R&B. Wang telah aktif sejak 1995 dan menyumbang dalam 25 album. Bwliau juga merupakan pemenang empat kali Golden Melody Awards Taiwan, "Grammy" dari muzik Taiwan. Konsertnya di Sarang Burung Beijing pada 14 April 2012 merupakan konsert pop solo pertamanya yang diadakan di stadium itu.[4]

Selain muzik, Wang juga berlakon dalam beberapa filem, termasuk Lust, Caution karya Ang Lee dan filem Jackie Chan Little Big Soldier. Beliau merupakan aktivis alam sekitar, dan albumnya Change Me ditujukan untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar kepada masyrakat China. Wang ialah salah seorang pembawa bendera pertama di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 Beijing, dan muncul dalam acara penutupan Olimpik di Beijing. Beliau kembali menjadi pembawa bendera di Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London, menjadikannya satu-satunya orang dari dunia pop Mandarin yang mengambil bahagian dalam acara tersebut sebanyak dua kali.[5][6] Beliau merupakan duta besar jangka panjang untuk World Vision Taiwan[7] dan dilantik menjadi duta besar peringatan ke-15 World Vision Malaysia (dari Oktober 2011 sehingga September 2012).[8]

Beliau disenarai sebagai salah seorang dari "100 Asia Amerika Paling Menginspirasi Sepanjang Zaman" menurut Goldsea.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wang Leehom's IMDb bio
  2. ^ "义乌老乡"王力宏接力奥运火炬 [Yiwu native Wang Leehom receives Olympic torch] (dalam bahasa Cina). Yahoo! China. March 24, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-05. Dicapai pada December 6, 2008.
  3. ^ "Wang Lee Hom TalkAsia Transcript". CNN. June 16, 2006. Dicapai pada July 30, 2008.
  4. ^ http://www.china.org.cn/video/2012-04/16/content_25154926.htm
  5. ^ http://my.entertainment.yahoo.com/news/leehom-carries-torch-olympics-040200056.html
  6. ^ "Salinan arsip". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-19. Dicapai pada 2016-10-03.
  7. ^ http://www.chinapost.com.tw/taiwan/int'l--community/2009/06/07/211236/Wang-Leehom.htm
  8. ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-12. Dicapai pada 2021-05-30.
  9. ^ "Pop Star Leehom Wang". Goldsea. Dicapai pada December 6, 2008.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Leehom Templat:Forbes China Celebrity 100