Wang Qishan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wang Qishan (王岐山; lahir 19 Julai 1948) ialah seorang ahli politik dan Naib Presiden Republik Rakyat China yang terkini.[1] Beliau merupakan salah satu tokoh terkemuka dalam pengurusan hal ehwal luar negara China bersama-sama Xi Jinping dan Li Keqiang. Beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin, badan anti-rasuah Partai Komunis China serta ahli Jawatankuasa Tetap Politburo iaitu badan pemutus tertinggi China.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Wang Qishan dilahirkan di Qingdao, Shandong, namun nenek moyangnya berasal dari Tianzhen, Shanxi. Setelah beliau lulus sekolah menengah, beliau dihantar ke luar bandar melakukan kerja-kerja buruh bersama petani di sebuah komun di Yan'an. Pada tahun 1973, Wang dimasukkan ke Universiti Barat Laut Xi'an di mana beliau mempelajari sejarah dan lulus pada tahun 1976. Beliau kemudiannya bekerja di Akademi Sains Sosial China, membuat pengkajian mengenai sejarah kerajaan-kerajaan lama Cina akhir (selepas 1800-an) dan zaman Republik awal (1912-1949). Beliau dimasukkan ke dalam Sektertariat Pusat pada tahun 1982.[2]

Pada 1989, Wang menjadi Naib Gabenor Bank Pembinaan China.; beliau dinaikkan pangkat sebagai Gabenor bank tersebut antara tahun-tahun 1994 dan1997. Pada masa ini, beliau berkerjasama syarikat pelaburan bank Morgan Stanley mendirikan bank pelaburan pertama di negara China iaitu China International Capita Corp serta menjawat sebagai pengerusi eksekutifnya yang pertama.

Wang mengambil alih jawatan datuk bandar Beijing daripada Meng Xuenong berikutan wabak SARS yang melanda kota tersebut pada musim bunga tahun 2003. Beliau mengambil pendekatan terbuka dalam mpenyebaran maklumat umum mengeani serangan SARS sehingga menggesa agar suatu siaran harian dijalankan memberitakan perkembangan serangan wabak ini.[3]

Pada tahun 2007, beliau menganggotai Jawatankuasa Pusat dan Politburo Parti Komunis China ke-17; pada tahun berikut pula, beliau dilantik sebagai Naib Perdana Menteri Majlis Negara China yang turut mengurus hak kewangan dan perdagangan. Pada tahun 2009, Presiden Hu Jintao melantiknya sebagai wakil khas mengerusi untuk Cabang Ekonomi Dialog Ekonomi dan Strategik AS-China bagi pihak Cina.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "NPC 2018: Wang Qishan, Xi Jinping's trusted 'firefighter' lieutenant becomes China's vice-president". The Straits Times. 2018-03-17. Mr Wang cast his ballot on Saturday immediately after Mr Han Zheng, the seventh-ranked and most junior Standing Committee member, drawing enthusiastic applause from the other delegates.
  2. ^ 解读王岐山从知青到国务院副总理之路 原载《21世纪经济报道》 作者孙雷
  3. ^ "王岐山任副总理 金融实战经验受瞩目". March 18, 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]