Wanita Milik Kaiden
| Wanita Milik Kaiden | |
|---|---|
| Genre | |
Berdasarkan daripada | Wanita Milik Kaiden karya Nuriffa |
| Ditulis oleh | Siti Jasmina Ibrahim |
| Pengarah | Jamal Khan |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Lebih Baik" - Shiha Zikir |
| Lagu penutup | "Lebih Baik" - Shiha Zikir |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 25 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Cinema Stage Production Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 (Akasia) iQIYI |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 26 Disember 2024 – 29 Januari 2025 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Dhia Kasyrani |
| Diikuti oleh | Jadikan Aku Bidadari |
Wanita Milik Kaiden ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 terbitan Cinema Stage Production Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Jamal Khan. Ia dibintangi oleh Iedil Dzuhrie Alaudin dan Emma Maembong. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 26 Disember 2024 hingga 29 Januari 2025 menggantikan Dhia Kasyrani.
Drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman iQIYI.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah pertemuan yang tak diduga antara Haila (Emma Maembong) dan Erman (Shahz Jaszle), yang menjadi titik permulaan hubungan antara mereka. Namun, di sebalik pertemuan itu, Erman menyembunyikan satu rahsia besar bahawa dia sebenarnya telah bertunang dengan seorang gadis pilihan ibunya, Sarah (Rasya Dean). Demi memikat hati Haila, Erman merahsiakan status pertunangannya. Dalam masa yang sama, Kaiden (Iedil Dzuhrie Alaudin), sahabat baik Erman sejak zaman universiti, secara tidak diduga mempunyai sejarah hubungan dengan Haila. Mereka pernah menjadi rakan baik sewaktu di kampung, namun satu peristiwa hitam dalam keluarga Haila memaksa Kaiden untuk menjauhkan diri daripadanya.
Kehadiran Haila dalam hidup Erman membawa perubahan besar, namun sikap Erman yang gemar mempermainkan perasaan wanita mula mencetuskan keraguan dalam hati Kaiden. Lebih merumitkan keadaan, Sarah yang hamil mendesak Erman bertanggungjawab ke atas dirinya, sementara ibu kepada Erman, Puan Kamariah (Liza Abdullah) berusaha menyatukan mereka demi membalas jasa keluarga Sarah yang banyak membantunya menyelesaikan masalah kewangan. Haila, seorang gadis yatim piatu, pula merasakan kasih sayang dan perhatian Erman adalah anugerah yang tidak pernah dimilikinya, tanpa mengetahui konflik di sebalik hubungan mereka.
Dalam konflik ini, Kaiden menghadapi dilema kerana dia sebenarnya menaruh hati terhadap Haila sejak zaman sekolah. Situasi menjadi semakin tegang apabila Kaiden mengetahui rancangan perkahwinan Haila dan Erman. Sebagai seorang lelaki yang tahu sisi gelap Erman, Kaiden berdepan cabaran besar, sama ada untuk melindungi Haila daripada menjadi mangsa atau menerima takdir cintanya yang tidak kesampaian. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Kaiden? Mampukah beliau menghentikan niat jahat Erman dan merealisasikan hasratnya yang terpendam sejak sekian lama?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Kaiden
- Emma Maembong sebagai Haila
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Shahz Jaszle sebagai Erman
- Dayang Areeda sebagai Katrina
- Maria Farida sebagai Pn Sri Atillia
- Kael Lean sebagai Akmal
- Wafariena Roslan sebagai Dilla
- Liza Abdullah sebagai Pn Kamariah
- Zaidi Omar sebagai Madi
- Rasya Dean sebagai Sarah
- Muhammad Harminder sebagai Alex
- Rezza Shah sebagai Eidlan
- Aprena Manrose sebagai Liana
- Idzham Ismail sebagai Raz
- Izzy Reef sebagai Kaiden (Flashback)
- Adrina Kamaruddin sebagai Haila (Flashback)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| TV3: Slot Akasia, Isnin-Jumaat, 7:00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Wanita Milik Kaiden | Berikutnya |
| Dhia Kasyrani | Jadikan Aku Bidadari | |