Wanita UMNO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wanita UMNO atau 'Pergerakan Wanita UMNO' adalah sayap parti UMNO di Malaysia yang memperjuangkan nasib wanita Melayu dan Bumiputera di Malaysia khususnya di Semenanjung Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kaum Ibu UMNO telah ditubuhkan pada 1947. Semua ini adalah kelangsungan daripada pertemuan tiga tokoh wanita, Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman (Persatuan Melayu Seberang Perai) dan Saleha Ali (Persatuan Melayu Selangor) mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.Putih Mariah menjadi pemimpin Jabatan Kaum Ibu UMNO yang pertama.

Pada perhimpunan agung wakil wanita di Butterworth 25 Ogos 1949, wakil-wakil dari bahagian UMNO menubuhkan Ahli Perempuan UMNO (APU) dan Putih Mariah sebagai ketuanya.Nasionalis Tan Sri Zainun Sulaiman atau Ibu Zain yang memimpin APU pada 1950 hingga 1953 berjaya melipatgandakan usaha untuk menambah keahlian serta cawangan.

Ibu Zain berhadapan masalah kesihatan pada 1954, teraju kepimpinan diamanahkan kepada Khatijah Sidek. Pada 1956, Khatijah diberhentikan kerana memihak kepada PAS dan diganti oleh Tan Sri Fatimah Hashim.Nama APU ditukar menjadi Pergerakan Kaum Ibu UMNO. Fatimah telah dipilih menjadi ketua pergerakan ini pada perhimpunan agung UMNO 1957 hingga 1972, selama 12 tahun.

Tan Sri Aishah Ghani memimpin Wanita UMNO mulai 1972 hingga 1984. Aishah adalah wanita pertama yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua menjadi Menteri. Selain menjalankan tugas sebagai ketua Wanita UMNO, Aishah diingati sebagai Menteri Kebajikan yang paling berjaya.

Aishah diganti oleh Datuk Rafidah Aziz seorang tokoh akademik dalam bidang ekonomi menjadi ketua pada 1984- 1996.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]