Wanna One

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Wanna One
171104 워너원.jpg
Wanna One membuat persembahan di Dream Concert 2017
Atas: Min-hyun, Seong-wu, Kuan-lin, Jin-young, Daniel, Ji-sung
Bawah: Jae-hwan, Dae-hwi, Ji-hoon, Woo-jin, Sung-woon (Dari kiri ke Kanan)
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2017 (2017)–2019 (2019)
Syarikat rakaman
Laman sesawang
wannaonego.mwave.me/wannaone
Bekas ahli
  • Yoon Ji-sung
  • Ha Sung-woon
  • Hwang Min-hyun
  • Ong Seong-wu
  • Kim Jae-hwan
  • Kang Daniel
  • Park Ji-hoon
  • Park Woo-jin
  • Bae Jin-young
  • Lee Dae-hwi
  • Lai Kuan-lin

Wanna One (Hangul워너원) adalah kumpulan lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh CJ E&M melalui program realiti pada tahun 2017. Produce 101 Season 2 yang disiarkan menerusi saluran televisyen Mnet.[1] Kumpulan ini terdiri daripada sebelas orang ahli: Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-Hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon. Kumpulan ini memulakan debut pada 7 Ogos 2017 di bawah Swing Entertainment dan CJ E&M. Kontrak mereka berakhir pada 31 Disember 2018, tetapi aktiviti akhir mereka sebagai satu kumpulan telah diadakan pada konsert terakhir mereka iaitu Wanna One Therefore Concert pada 24-27 Januari 2019

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra-debut : Produce 101 season 2[sunting | sunting sumber]

Wanna One dibentuk menerusi pertandingan Produce 101 Season 2 yang disiarkan di Mnet dari 7 April hingga 16 Jun 2017. Dari 101 peserta pelatih yang mewakili pelbagai agensi, 11 orang dipilih oleh penonton melalui undian dan diumumkan menerusi secara langsung di televisyen.[2]

Sebelum muncul di program ini, beberapa ahli telah aktif dalam industri hiburan. Park Ji-hoon adalah seorang pelakon kanak-kanak dan telah muncul dalam Drama Korea seperti Kimchi Cheese Smile dan The King and I .[3] Dia juga pernah muncul dalam beberapa acara realiti bersama Big Bang dan SS501.[4] Pada tahun 2012, Hwang Min-hyun memulakan debut sebagai ahli kumpulan NU'EST. Kim Jae-hwan mula muncul di Korea Got Talent Season 2 tetapi telah tersingkir semasa separuh akhir. Pada tahun 2014, Ha Sung-woon memulakan debut dalam kumpulan Hotshot.

2017: Debut dengan 1X1=1 (To Be One) dan 1-1=0 (Nothing Without You)[sunting | sunting sumber]

Wanna One membuat persembahan di Konsert K-POP Incheon pada 9 September 2017.

Wanna One menandatangani kontrak dengan YMC Entertainment (yang sebelum ini berjaya dimenangi oleh kumpulan musim pertama, I.O.I).[5] Tidak seperti I.O.I, ahli Wanna One tidak dibenarkan menyertai aktiviti lain dengan agensi asal mereka.[6]

Wanna One mengambil bahagian dalam konsert akhir pada 1 dan 2 Julai 2017 di Olympic Hall, Seoul untuk menandakan berakhirnya Produce 101 Season 2 .[7][6] Wanna One secara rasminya debut dalam acara bertajuk Wanna One Premier Show-Con di Gocheok Sky Dome pada 7 Ogos 2017.[5][8] Mereka mengeluarkan album mini pertam mereka 1×1=1 (To Be One) pada 8 Ogos 2017, dengan single "Energetic" yang dihasilkan oleh Hui dari Pentagon dan FlowBlow , dan lirik ditulis oleh Hui dan Wooseok dari Pentagon.[9][10][11] Dua video muzik dikeluarkan untuk debut mereka, untuk "Energetic" dan "Burn It Up".[12]

Pada 13 November, Wanna One mengeluarkan versi semula album mini pertama mereka, 1-1=0 (Nothing Without You, dengan single utama "Beautiful".[13] Dengan gabungan penjualan album pertama dan edisi versi semula, Wanna One menjadi kumpulan Kpop ketiga yang dapat menjual satu juta salinan dari album debut mereka. dan yang pertama sejak Seo Taiji and Boys melakukannya dengan debut mereka eponymous debut pada tahun 1992.[14][15][16]

2018: Golden Age Begins, projek unit dan jelajah dunia[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari, Wanna One memuat naik satu siri gambar teaser bertajuk 2018 Golden Age Begins.[17] Pada 5 Mac, Wanna One mengeluarkan lagu istimewa, "I Promise You (I.P.U.)" bersama-sama dengan video muzik lagu tersebut.[18] Telah diumumkan bahawa pra-tempah untuk album mini kedua mereka, 0+1=1 (I Promise You) telah melebihi 700,000 salinan, memecahkan rekod sebelumnya.[19] Album tersebut dikeluarkan pada 19 Mac, bersama dengan single utama "Boomerang".[20]

Pada bulan April, Wanna One mengumumkan bahawa ahli akan dibahagikan kepada beberapa unit dan bekerjasama dengan artis lain seperti Dynamic Duo, Zico, Nell dan Heize untuk album istimewa mereka yang akan datang.[21] Album itu kemudiannya didedahkan dan diberi nama 1÷x=1 (Undivided), yang dikeluarkan pada 4 Jun bersama dengan single utama "Light".[22][23]

Kumpulan ini juga mengumumkan jelajah dunia pertama mereka, bertajuk "One: The World", yang bermula pada 1 Jun dan akan mengunjungi 13 bandar-bandar yang berbeza di seluruh dunia.[24][25]

Kontrak Wanna One dengan YMC Entertainment berakhir pada 31 Mei. Bermula dari 1 Jun, Wanna One akan diuruskan oleh Swing Entertainment, sebuah agensi baru yang ditubuhkan khusus untuk mereka. Susunan baru ini akan terus mengekalkan perkongsian dengan YMC.[26][27][28]

Pada 30 Oktober 2018, Wanna One telah mengeluarkan teaser video dan juga mendedahkan tajuk album studio pertama mereka 1¹¹=1 (Power of Destiny)'. Album ini dikeluarkan pada 19 November, bersama dengan single utama "Spring Breeze".[29]

2019: Konsert akhir dan dibubarkan[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Disember 2018, Swing Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kontrak kumpulan ini akan berakhir pada tarikh asalnya yang dirancang pada 31 Disember 2018.[30] Swing juga menyatakan bahawa semua agensi telah mencapai persetujuan yang akan membolehkan ahli-ahli untuk menghadiri pertunjukan dan majlis penyampaian akhir sepanjang bulan Januari 2019.[30] Kumpulan ini akan mengadakan aktiviti dengan konsert akhir (bertajuk Therefore 2019).[30] Konsert ini diadakan di Gocheok Sky Dome di Seoul, di mana tempat Kumpulan ini mengadakan showcase debut mereka.

Selepas Pembubaran[sunting | sunting sumber]

Beberapa ahli Wanna One meneruskan aktiviti untuk agensi masing-masing:

  • Ha Sung-woon memulakan debut sebagai penyanyi solo dengan album mink pertamanya, My Moment, pada 28 Februari 2019.[31]
  • Hwang Min-hyun kembali kepada NU'EST setelah pembubaran Wanna One dan bergabung semula dengan promosi kumpulan untuk album mini keenam mereka, Happily Ever After yang dikeluarkan pada 29 April 2019.[32]
  • Ong Seong-wu membintangi drama JTBC At Eighteen, yang berlangsung dari bulan Julai hingga September 2019.[33] Dia memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo pada 25 Mac 2020 dengan album mini pertamanya Gravity.[34]
  • Park Ji-hoon memulakan debut sebagai penyanyi solo dengan album mini pertamanya O'Clock pada 26 Mac 2019[35] dan juga berlakon pada bulan yang sama dalam drama bersejarah JTBC Flower Crew: Joseon Marriage Agency, yang ditayangkan dari bulan September hingga November 2019.[36]
  • Park Woo-jin dan Lee Dae-hwi mengeluarkan single, "Candle," pada bulan Januari 2019.[37] Kedua-duanya Woojin dan Daehwi (bersama rakan pelatih Brand New Lim Young-min dan Kim Dong-hyun) melakukan debut sebagai ahli kumpulan lelaki baru Brand New Music, AB6IX dengan album mini pertama mereka mereka B Complete pada 22 Mei.[38]
  • Bae Jin-young mengeluarkan album single pertamanya, Hard to Say Goodbye pada 26 April 2019.[39] Dia kemudian memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan lelaki baru C9 Entertainment, CIX dengan album mini pertama mereka Hello Chapter 1: Hello, Stranger yang dikeluarkan pada 23 Julai.[40]
  • Lai Kuan-lin berlakon sebagai watak utama drama Cina 'A Little Thing Called First Love, yang ditayangankan dari bulan Oktober hingga November 2019.[41] Dia juga merupakan sebahagian daripada duo, Wooseok x Kuanlin, bersama dengan Wooseok dari Pentagon, dan mengeluarkan album mini pertama mereka 9801 pada 11 Mac 2019. [42] Kuanlin meminta penamatan kontraknya dengan Cube Entertainment pada bulan Julai 2019,[43] tetapi permintaannya ditolak pada bulan November 2019.[44]
  • Kim Jae-hwan menandatangani kontrak dengan Swing Entertainment, label Wanna One, dan memulai debut sebagai penyanyi solo dengan album mini pertamanya Another pada 20 Mei 2019.[45]
  • Kang Daniel pada mulanya menandatangani kontrak dengan LM Entertainment pada Januari 2019,[46] sebelum mengemukakan permohonan untuk menangguhkan kontraknya dengan LM, yang diberikan kepadanya pada 10 Mei.[47][48] Dia menubuhkan agensi sendiri, Konnect Entertainment, untuk aktiviti solonya,[49] dan mengeluarkan album mini pertamanya Color on Me pada 25 Julai.[50]

Ahli[sunting | sunting sumber]

  • Yoon Ji-sung (Hangul윤지성) (MMO Ent. ->LM Ent.) - Ketua[51]
  • Ha Sung-woon (하성운) (Ardor and Able)
  • Hwang Min-hyun (황민현) (Pledis Ent.)
  • Ong Seong-wu (옹성우) (Fantagio)
  • Kim Jae-hwan (김재환) (Pelatih Individu ->Swing Ent.)
  • Kang Daniel (강다니엘) (MMO Ent. ->Konnect Ent.) - Center
  • Park Ji-hoon (박지훈) (Maroo Ent.)
  • Park Woo-jin (박우진) (Brand New Music)
  • Bae Jin-young (배진영) (C9 Ent.)
  • Lee Dae-hwi (이대휘) (Brand New Music)
  • Lai Kuan-lin (라이관린) (Cube Ent.)[52]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • 1¹¹=1 (Power of Destiny) (2018)

Album mini[sunting | sunting sumber]

  • 1X1=1 (To Be One) (2017)
  • 0+1=1 (I Promise You) (2018)

Album istimewa[sunting | sunting sumber]

  • 1÷x=1 (Undivided) (2018)

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen

  • Produce 101 Musim 2 (Mnet, 2017)
  • Wanna One Go (Mnet, 2017)[53][54]
  • Wanna City (SBS Mobidic, 2017)[55][56]
  • Wanna One Go Season 2: Zero Base (Mnet, 2017)[57][58]
  • Wanna One Go in Jeju
  • Wanna One Go Season 3: X-CON (Mnet, 2018)[59]
  • Wanna Travel (Olleh TV, 2018)
  • Wanna Travel Season 2 (Olleh TV, 2018)

Konset dan jelajah[sunting | sunting sumber]

Jelajah utama
  • Wanna One World Tour – One: The World[24]
Konsert
  • Wanna One Final Concert – "Therefore"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'프로듀스 101 시즌2' 워너원, 최종 11인 멤버 확정 명단 공개". MBN Star (dalam bahasa Korea). MBN. June 17, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2018. Dicapai pada June 29, 2017.
  2. ^ "'Produce 101' picks Wanna One performers". Korea JoongAng Daily. June 19, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada March 27, 2019. Dicapai pada August 10, 2017.
  3. ^ Lee, Na-kyung (April 18, 2017). ""박지훈 잘 컸네" '프로듀스101 1위 박지훈, 10년 전 사극서 '거세 연기'로 주목받은 과거 화제". Munhwa News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2018. Dicapai pada June 27, 2017.
  4. ^ "박지훈". PlayDB. Interpark. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2019. Dicapai pada June 17, 2017.
  5. ^ a b "Wanna One stamps name on K-pop history with debut at Gocheok Sky Dome". The Korea Herald. August 8, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2017. Dicapai pada November 1, 2017.
  6. ^ a b Maala, Jon (June 6, 2017). "Produce 101's Wanna One band bags deals, to start official activities". International Business Times. International Business Times, Singapore Edition. Diarkibkan daripada yang asal pada August 30, 2017. Dicapai pada July 6, 2017.
  7. ^ Jung, Jun-hwa (June 21, 2017). "[공식입장] 워너원 측 "8월 7일 데뷔? 전혀 아냐..일정 확정無"". OSEN (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 28, 2017. Dicapai pada June 27, 2017.
  8. ^ "'Produce 101' group Wanna One makes debut". Korea JoongAng Daily. August 8, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2017. Dicapai pada August 10, 2017.
  9. ^ "'Produce 101' band Wanna One drops new debut album details". Yonhap News Agency. July 31, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2017. Dicapai pada August 10, 2017.
  10. ^ "Wanna One debuts with 'To Be One'". Kpop Herald. August 7, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2017. Dicapai pada August 10, 2017.
  11. ^ "'Produce 101' K-pop Boy Band Wanna One Debuts With 'Energetic': Watch". Billboard. August 10, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2017. Dicapai pada November 1, 2017.
  12. ^ "[SBS Star] Wanna One Set to Release Two Music Videos for Its Debut". SBS News. July 13, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada December 13, 2017. Dicapai pada December 13, 2017.
  13. ^ "Wanna One returns with toned down 'Nothing Without You'". Kpop Herald. November 13, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada November 13, 2017. Dicapai pada November 15, 2017.
  14. ^ "Wanna One becomes million seller with debut album". Kpop Herald. October 30, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada October 30, 2017. Dicapai pada November 1, 2017.
  15. ^ Maliangkay, Roald (2014-01-21). "The Korean Popular Culture Reader". Duke University Press (dalam bahasa Inggeris): 296–313. doi:10.1215/9780822377566-018. ISBN 9780822377566. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-07. Dicapai pada 2018-11-13. The band's debut album, 'SeoTaiji and Boys', was released on March 23, 1992. (…) More than 1.5 million copies of the debut album were sold within a month from the date of its release…
  16. ^ "[[:Templat:Bracket]]7위 신중현과 엽전들" [The 100 greatest pop music albums: #7 Shin Jung-hyeon and the Yeopjeons]. Kyunghyang Shinmun. 13 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2020. Dicapai pada 11 September 2017. URL–wikilink conflict (bantuan)
  17. ^ "Wanna One to return with new album in March". Kpop Herald. February 21, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada March 6, 2018. Dicapai pada March 5, 2018.
  18. ^ "Wanna One Releases 'I.P.U' Music Video: Watch". Billboard. March 6, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada March 11, 2018. Dicapai pada March 19, 2018.
  19. ^ "Wanna One's new album logs 700,000 copies in pre-order". Kpop Herald. March 5, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada March 5, 2018. Dicapai pada March 5, 2018.
  20. ^ "Wanna One heralds golden age with '0+1=1' EP". Kpop Herald. March 19, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2018. Dicapai pada March 19, 2018.
  21. ^ "Wanna One's new album to feature ZICO, Heize". Kpop Herald. April 16, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada April 16, 2018. Dicapai pada April 16, 2018.
  22. ^ "Wanna One to release new record in continuation of its arithmetic series". Yonhap News Agency. June 4, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2018. Dicapai pada June 4, 2018.
  23. ^ "Wanna One continues at full throttle". Kpop Herald. June 3, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada November 3, 2020. Dicapai pada June 4, 2018.
  24. ^ a b "Project band Wanna One announces 13-city world tour". Yonhap News Agency. April 2, 2018.
  25. ^ "K-pop band Wanna One embarks on world tour". The Korea Times. June 4, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 14, 2018. Dicapai pada June 4, 2018.
  26. ^ "[종합] "YMC→스윙엔터테인먼트" 워너원 소속사 변경 왜? (전문)". Sports DongA (dalam bahasa Korea). May 31, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada July 22, 2019. Dicapai pada June 1, 2018.
  27. ^ "[공식입장 전문] 워너원, YMC와 오늘(31일) 계약종료…스윙엔터 이적". OSEN (dalam bahasa Korea). May 31, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2019. Dicapai pada June 1, 2018.
  28. ^ "Swing Entertainment Exclusively for Wanna One". Star News. June 1, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada July 22, 2018. Dicapai pada June 6, 2018.
  29. ^ "Wanna One on Twitter". Twitter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-09. Dicapai pada 2018-10-30.
  30. ^ a b c "워너원 측 "12월31일 계약종료, 1월 콘서트로 마무리"(공식입장 전문)" (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-02. Dicapai pada 2018-12-18.
  31. ^ "2019.02.28 - 하성운의 첫 번째 미니 앨범 [My Moment]" (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-02. Dicapai pada 2019-03-03.
  32. ^ "뉴이스트 'Happily Ever After' 전격 컴백…3년만의 완전체 "비주얼 폭발"". www.dt.co.kr (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada February 2, 2021. Dicapai pada February 10, 2020.
  33. ^ "Ong Seong-wu cast in JTBC drama". Korea JoongAng Daily. January 18, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada August 4, 2020. Dicapai pada April 6, 2020.
  34. ^ "옹성우, 첫 번째 미니앨범 'LAYERS' 스케줄러 공개…활동 카운트다운 돌입[공식]". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-06. Dicapai pada 2020-03-09.
  35. ^ "Park Ji-hoon drops first solo album, 'O'Clock'". Kpop Herald. March 26, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada March 27, 2019. Dicapai pada April 6, 2020.
  36. ^ "Park Ji-hoon to appear in JTBC drama". The Korea Times. March 26, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2019. Dicapai pada April 6, 2020.
  37. ^ "워너원 박우진∙이대휘, 자작곡 'Candle' 오늘(29일) 깜짝 발표…"팬 사랑 보답"" (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-28. Dicapai pada 2019-01-19.
  38. ^ "브랜뉴보이즈, AB6IX로 그룹명 확정 "5월 데뷔"(공식입장)" (dalam bahasa Korea). Naver News. Diarkibkan daripada yang asal pada March 30, 2019. Dicapai pada April 14, 2019.
  39. ^ ""우수에 찬 눈빛"…배진영, 솔로 데뷔에 더욱 커지는 기대". X Sports News (dalam bahasa Korea). April 19, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada September 18, 2019. Dicapai pada April 6, 2020.
  40. ^ "'배진영 그룹' CIX, 데뷔 쇼케이스 티켓 오픈 동시에 매진..대기자도 5천명 [공식]". n.news.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2019. Dicapai pada November 26, 2019.
  41. ^ "Wanna One's Lai Kuanlin to make acting debut in China". The Korea Times. 2 January 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2020. Dicapai pada 6 April 2020.
  42. ^ ""이 유닛 칭찬해" 우석X관린 '9801' 트랙리스트 공개". 2019-03-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-31. Dicapai pada 2020-04-06.
  43. ^ "큐브 측 "라이관린, 사유 없이 전속계약 해지 통보..법적 대응할 것" [공식]" [Cube's side, "Lai Guanlin notifies for termination of contract without grounds"]. Naver (dalam bahasa Korea). July 20, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada February 20, 2020. Dicapai pada April 7, 2020.
  44. ^ "라이관린, 가처분 신청 기각…큐브 측 "법원 결정 환영, 계약 유지" [전문]" [Lai Guanlin's request for contract termination dismissed, Cube says, "We welcome the court's decision"]. Naver (dalam bahasa Korea). November 21, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada June 23, 2020. Dicapai pada April 7, 2020.
  45. ^ "워너원 김재환, 스윙엔터테인먼트 손잡고 솔로활동..."전폭 지원"(공식입장)". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). January 9, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada July 6, 2019. Dicapai pada May 12, 2019.
  46. ^ Pop Herald (January 31, 2019). "[강다니엘·윤지성, MMO→LM 엔터로 변경‥"최선 다해 지원할 것"[공식입장]". Diarkibkan daripada yang asal pada February 15, 2019. Dicapai pada January 31, 2019.
  47. ^ The Korea Times (March 21, 2019). "[강다니엘 측 "LM 상대로 전속계약 효력정지 가처분 신청, 팬들에 죄송" [전문]". hankookilbo.com. Diarkibkan daripada yang asal pada April 2, 2019. Dicapai pada March 21, 2019.
  48. ^ Top Star News (May 10, 2019). "[공식입장] 법무법인 율촌, "강다니엘 독자적 연예활동 가능"…법원 강다니엘 손 들어줘". topstarnews.net. Diarkibkan daripada yang asal pada May 11, 2019. Dicapai pada May 10, 2019.
  49. ^ Naver (June 10, 2019). "[강다니엘, 1인기획사 커넥트엔터 설립…솔로 데뷔 준비 돌입 [공식]". Diarkibkan daripada yang asal pada June 26, 2019. Dicapai pada June 10, 2019.
  50. ^ "강다니엘, 솔로 데뷔 앨범 트랙리스트 공개..타이틀곡은 '뭐해'". SBS Entertainment News (dalam bahasa Korea). July 18, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 27, 2019. Dicapai pada July 19, 2019.
  51. ^ "[단독] 워너원, '윤지성 예비리더' 체제 돌입…추후 리더 선발". Osen (dalam bahasa Korea). July 4, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada March 7, 2018. Dicapai pada March 6, 2018.
  52. ^ "Wanna One Official Website". Mwave. CJ DigitalMusic. Diarkibkan daripada yang asal pada August 22, 2017. Dicapai pada July 7, 2017.
  53. ^ Myung, Hyun-suk (July 6, 2017). "워너원, 첫 리얼리티로 돌아온다...8월 첫방송". The Hankook Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada January 9, 2018. Dicapai pada July 6, 2017.
  54. ^ "'Wanna One Go' offers peek into personal life of boy band". Kpop Herald. August 14, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2017. Dicapai pada August 10, 2017.
  55. ^ "SBS 측 "워너원 모바일 예능, 다음주 티저 공개" (공식)". Herald Corporation (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 15, 2017. Dicapai pada September 15, 2017.
  56. ^ "[SBS Star] Wanna One's Variety Show SBS Mobidic 'Wanna City' is Coming Up!". SBS News. September 15, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada December 13, 2017. Dicapai pada December 13, 2017.
  57. ^ "Mnet's Wanna One show to return". Korea JoongAng Daily. October 25, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2018. Dicapai pada January 25, 2018.
  58. ^ "Mnet to air popular reality show 'Wanna One Go' Season 2 next month". Kpop Herald. October 24, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2017. Dicapai pada October 24, 2017.
  59. ^ "Wanna One reality show gets a third season". Korea JoongAng Daily. April 17, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada April 17, 2018. Dicapai pada April 17, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]