Wanns Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wanns Ahmad
Kelahiran
Wan Nursalam bin Wan Ahmad

(1991-10-12) 12 Oktober 1991 (umur 31)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2009–kini

Wan Nursalam Wan Ahmad, juga dikenali sebagai Wanns Ahmad (lahir 12 Oktober 1991) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi single "Terus Mencintaimu" pada 2014 dan pernah membintangi telefilem berjudul Khalifahkah Aku di TV3.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Wanns pernah mengacarakan rancangan masakan Aroma Tradisi di TV3 dan merakamkan single pertamanya, "Terus Mencintaimu" pada 2014,[2][3] selain muncul dalam telefilem Khalifahkah Aku yang bersiaran di TV3.[4]

Selain itu, Wanns pernah mencuba nasib dalam ujibakat beberapa program realiti, namun gagal menempatkan diri ke pusingan seterusnya. Beliau juga pernah menjadi artis di bawah Pencil Pictures & Records milik penerbit, Ayu Puteh sebelum mengambil keputusan untuk bergerak sendiri. Wanns juga pernah bekerja sebagai pekerja belakang tabir di sebuah syarikat penerbitan, selain bermula sebagai pelakon tambahan.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Wanns dilahirkan dan dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik.[6] Beliau mempunyai astrafobia sejak kecil iaitu ketakutan terhadap kilat atau petir yang mana beliau akan berhenti memandu atau sekiranya berada di luar bangunan, akan menyorok di bawah meja dan tempat tertutup.[7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tajuk Tahun
"Terus Mencintaimu" 2014

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Bo-Peng Azhar Filem pertama
2021 Kampung Latah Kena Kuarantin Anjang

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Iskandar TV3
2021 Seram Tak Seram TV9
Mr. Bibik Hud TV3
Balai Kampung TV1
2022 Kerana Aku Isteri Bidaan Aznor TV3
Jangan Menangis Cinta Hafiz Astro Ria
Ada Apa Dengan Saka Atu TV9
Honey-Moon Jiman TV3
Anak Beranak Abe Yie Awe
Tiada Maaf Buatmu Black Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Khalifahkah Aku Fatah TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amerul Haswendy Ashari (19 Jun 2019). "Pesan buat ibu, sahabat". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (11 Mei 2015). "Tidak tiru Akim". Berita Harian. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  3. ^ Syanty Octavia Amry (21 September 2015). "Rakam single pertama". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  4. ^ "Hos terlebih ramah, wanita berusia buka hal peribadi". ProjekMM. 2 Januari 2018. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  5. ^ "Wanns Ahmad bukan 'tangkap muat'". Sinar Harian. 21 Januari 2016. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  6. ^ Amri Hassan (4 April 2022). "Wanns Ahmad Ni Sedap Suaranya, MV Terus Mencintaimu Cecah 3 Juta Tontonan - "Segan Saya Nak Ngaku Penyanyi"". Astro Gempak. Dicapai pada 24 Julai 2022.
  7. ^ Amerul Haswendy Ashari (19 April 2019). "Wanns Ahmad hidap Astrafobia sejak kecil". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]