Wany Hasrita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wany Hasrita
Nama lahirNurshazwany Hasrita binti Hasbullah[1]
Juga dikenali sebagai
Wany Hasrita
Kelahiran (1992-12-24) 24 Disember 1992 (umur 26)
Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Berasal dariBagan Datoh, Perak
GenrePop, Balada, Irama Malaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
FMC Music (2016–2019)
Faithful Music (2019–kini)
Laman sesawang
Instagram @wanyhasrita @wanyhasnizers[2]

Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau nama komersialnya Wany Hasrita (lahir 24 Disember 1992) merupakan penyanyi Malaysia yang popular dengan lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu'. Beliau juga turut menyanyikan lagu ' Rintihan Rindu', lagu tradisional seperti 'Ewah Ewah' ciptaan Arwah Pak Ngah, selain itu lagu duet bersama Tajul 'Disana Cinta Disini Rindu' dan 'Aku Serius'. Wany berasal dari Bagan Datoh, Perak, dan kini menetap di Kuala Lumpur.

Pada 2016, Wany Hasrita telah menandatangani kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah dua tahun menjadi artis di bawah label rakaman itu, beliau berjaya mengeluarkan beberapa buah single hit antaranya Menahan Rindu, Disana Cinta Disini Rindu dan Rintihan Rindu.

Wany Hasrita berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik 32 menerusi dua buah lagu iaitu Menahan Rindu dan Disana Cinta Disini Rindu, namun hanya lagu Menahan Rindu yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 32.

Selain itu, Wany Hasrita turut menyertai program Fantastik 4 Hot FM bersama Ara Johari, Naim Daniel, Haqiem Rusli sebuah program realiti nyanyian ‘on-air’ dan ‘digital’ yang dianjurkan sepenuhnya oleh stesen radio popular, Hot FM (Synchrosound Studio Sdn. Bhd). Namun beliau tidak berjaya menjadi juara keseluruhan.

Wany Hasrita juga mengeluarkan album pertama yang dilancarkan pada 25 April 2018 dengan menggunakan nama Menahan Rindu sebagai judul album. Album ini diisi 6 lagu bergenre irama malaysia dan balada, termasuk Menahan Rindu yang tercalon Anugerah Juara Lagu 32 pada tahun yang sama.

Beliau merupakan artis rakaman FMC Music dan mempunyai kelab peminat rasmi, @wanyhasnizers[3] yang sentiasa menyokong kariernya. Di YouTube, lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu ditonton melebihi 32 juta manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana ditonton melebihi 10 juta.[4]

Kini, Wany Hasrita mempunyai pelbagai lagu berbagai genre iaitu Rintihan Rindu, Ewah-Ewah, Semarak Syawal (ciptaan Allahyarham Pak Ngah), Semaikan Cinta, Aku Serius, Rindu Dalam Benci, Sinar Terindah, dan Menanti Di Aidilfitri. Lagu solo dan duet terbaharu Terlalu Memuja & Belenggu Rindu bersama Dato Jamal Abdillah.

Dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH31 adalah suatu kejayaan besar buat Wany Hasrita atas usaha murni daripada kelab peminatnya tersendiri.

Wany Hasrita sekali lagi berjaya membawa satu buah lagu ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 iaitu Rintihan Rindu. Namun beliau tidak berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 33.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Wany Hasrita beragama Islam dan berbangsa Melayu. Wany dilahirkan pada 24 Disember 1992 di Kuala Lumpur.

Wany merupakan graduan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU Shah Alam) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Perubatan.[5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Tertinggi
ERA
[6]
Gegar
[7]
HOT FM
[8]
Muzik Muzik
[9]
2016 Memori Berkasih versi Korea (bersama Kim Dong Gyun)
Menahan Rindu 1 1 1 1
2017 Disana Cinta Disini Rindu
(bersama Tajul)
4 1 4 4
Lebaran Terindah
Rintihan Rindu[10] 13 1 4 4
Ewah-Ewah 17
2018 Rindu Dalam Benci
(bersama Tajul)
24 8 5
Semarak Syawal
Semaikan Cinta
Aku Serius (bersama Tajul)
2019 Terlalu Memuja 7 3 7 2
Sinar Terindah (bersama Wani Syaz)
Menanti Di Aidilfitri
Belenggu Rindu (bersama Dato' Jamal Abdillah)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Telemovie[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk drama Watak Saluran TV Catatan
2018 Tergantung Rindu Wani Hasrita Watak Utama Astro Citra Drama bersiaran Bulan Ramadhan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Cerita Raya Luar Biasa Wany Hasrita Watak Utama Astro Ria Drama bersiaran Hari Raya Aidilfitri

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian-30 Artis Baharu Wanita Popular[11] Dicalonkan
Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
Anugerah Planet Muzik 2017 Artis Baru Terbaik Wanita

______________________________________

Lagu Paling Popular APM

(Disana Cinta Disini Rindu feat Tajul)

______________________________________

Ikon Media Sosial

Dicalonkan
Separuh Akhir Muzik Muzik 32 Menahan Rindu

Komposer & Lirik : Ibnu & Gouffran

______________________________________

Disana Cinta Disini Rindu feat Tajul

Komposer & Lirik : Patrick Kamis

Layak ke AJL 32


Dicalonkan

Anugerah Top Hot - HOT FM 2017 Penyanyi Wanita Hot 2017

______________________________________

FB Live Hot - Jamming bersama

Khai Bahar & Wany Hasrita

Dicalonkan


Menang

2018 Anugerah Digital Muzik Era 2018 Artis Era Jaa TV Terbaik

______________________________________

Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era (Disana Cinta Disini Rindu feat Tajul)

______________________________________

Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40

(Menahan Rindu)

Menang
Anugerah Juara Lagu 32 Menahan Rindu Dicalonkan
Anugerah MeleTOP Era ke-5
Artis Baharu MeleTOP

______________________________________

Group Meletop/Duo Meletop

Dicalonkan
MYSC Awards Reuneon 2018 MYSC Breakthrough Awards (Female) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian-31 Bintang Paling Popular Menang
Penyanyi Wanita Popular Menang
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Tajul) Dicalonkan
Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 Rintihan Rindu

Komposer & Lirik : Ibnu & Gouffran

Dicalonkan
2019 Anugerah Digital Muzik Era 2019 Temubual Terbaik Carta Era 40 ______________________________________

Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era (Rindu Dalam Benci feat Tajul)

Dicalonkan

Anugerah MeleTOP Era ke-6

Group Meletop/Duo Meletop Dicalonkan
Toyota Gazoo Racing Season 2 Naib Juara Perlumbaan Toyota Vios Challenge 2018/2019 Menang
Anugerah Stail EH 2019 Selebriti Pencapaian Terbaik Dicalonkan
Toyota Gazoo Racing Season 3 Juara Perlumbaan Toyota Vios Challenge 2018/2019 Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Penyanyi Wanita Popular

______________________________________

Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Tajul)

Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]