War and Destiny

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
War and Destiny
(亂世佳人)
Genre Drama Zaman
Dibintangi Sunny Chan
Ron Ng
Myolie Wu
Leila Tong
Lagu pembukaan "幸而" oleh
Myolie Wu
Negara asal Hong Kong
Bahasa Kantonis
Bilangan episod 27
Penerbitan
Tempoh siaran kira-kira 45 minit
Penyiaran
Saluran asal Television Broadcasts Limited
Siaran asal 12 Mac 200714 April 2007
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

War and Destiny (Chinese: 亂世佳人) ialah drama bersiri TVB Hong Kong yang ceritanya berlatarbelakangkan zaman Perang Dunia II. Selepas drama ini disiapkan pada akhir tahun 2005, TVB menerbitkannya di luar negeri pada 10 Julai 2006 dan kemudian menyiarkannya di Hong Kong pada 12 Mac 2007. Judul bahasa Cinanya adalah sama dengan filem Gone with the Wind yang ditayangkan pada tahun 1939.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1937, Manchuria telahpun diduduki oleh tentera Jepun. Koo Ping On (Myolie Wu) dan Tin Hau Yi (Ron Ng) yang seolah-olah saudara kandungnya membawa ibunya yang sakit ke Nanjing. Mereka sedang mencari Koo Maan Chuen (Lau Dan) yang memiliki syarikat menjual beras yang terbesar di Nanjing, dengan tujuan untuk mendiami di rumahnya, akan tetapi mereka dipisahkan.

Nanjing kemudian jatuh kepada tentera Jepun. On terkejut apabila mendapati bahawa Yi sebenarnya ialah anak lelaki kepada pegawai tentera Jepun, Tsuyoshi Matsuda (Shek Sau). Dia juga mendapati bahawa Yi yang dianggapnya sebagai tunang sebenarnya mencintai Tsang Yuet Fung (Leila Tong), isteri keempat bapanya. Akhirnya, Fung juga jatuh cinta dengan Yi.

Selepas itu, Poon Sai Cheung (Sunny Chan), pembantu kepada pihak Jepun, menyogok On yang telah menjadi tidak keruan. Akhirnya, tanpa disangka, On jatuh cinta dengan lelaki ini yang sangat dibencinya dan dipercayainya merupakan pengkhianat.

Jalan cerita ini berlatarbelakangkan Nanjing semasa Perang Dunia II, dengan watak-wataknya menempuh Pembunuhan Beramai-ramai Nanking yang termasyhur.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Mencintai negara? Mengkhianatinya? Adalah musuh? Kawan?
  • Dalam keadaan huru-hara, adalah susah untuk meneka bagaimana orang sebenarnya berfikir!

Rating[sunting | sunting sumber]

  • Minggu 1: (EPS 01 - 05) - 30 mata (memuncak pada 34 mata)
  • Minggu 2: (EPS 06 - 10) - 30 mata
  • Minggu 3: (EPS 11 - 15) - 30 mata
  • Minggu 4: (EPS 16 - 20) - 28 mata
  • Minggu 5: (EPS 21 - 25) - 32 mata
  • Minggu 6: (EPS 26 - 27) - 31 mata

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Welcome to the House
-10 Mac
Best Selling Secrets
12 Mac-
Sebelum:
Ten Brothers
-9 Mac
2007
War and Destiny
12 Mac-14 April
Selepas:
A Change of Destiny
16 April-
Best Bet
-9 Mac
Life Art
12 Mac-8 April
Heart of Greed
9 April-