Wartortle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wartortle
Siri Siri Pokémon
Permainan pertama Pokemon Red and Blue
Nombor: 008 Jenis: Air Berevolusi daripada: Squirtle (Lv.16) Berevolusi menjadi: Blastoise (Lv.36)

Wartortle (Jepun: カメール, Hepburn: Kamēru, Kameil) ialah spesies Pokémon Penyu. Ia berevolusi daripada Squirtle pada tahap 16 dan berevolusi menjadi Blastoise pada tahap 36.

Ia memiliki penampilan yang lebih mengancam; selain peningkatan tinggi dan berat, ia kini memiliki kulit yang lebih gelap, memiliki mata yang lebih kejam, dan memiliki dua taring luaran kecil. Rangkanya mungkin memiliki parut pertempuran, dari pertempuran yang Pokémon ini sanggup hadapi.[1] Wartortle juga memiliki sepasang telinga berkulit, dan ekornya menjadi putih, berambu, dan terlalu panjang untuk masuk sepenuhnya dalam kerangkanya;[2] unjuran ini banyak membantu Pokémon ini berenang, bertindak sebagai pendayung dan/atau ridip.[3] Ekornya juga merupakan bahan koleksi bernilai tinggi, yang menyebabkan orang memburu Pokémon ini, mengurangkan bilangannya. Sebab pemburuan haram ini kemungkinannya kerana ekor Wartortle adalah simbol lanjut usia dalam dunia Pokémon, dikatakan membenarkan makhluk ini hidup selama ribuan tahun.[4]

Dalam animasi Pokémon, kemunculan pertama Wartortle adalah apabila seekor yang liar berjumpa Ash Ketchum dan rakan-rakannya di Pulau Cinnabar, meminta bantuan bagi puak Squirtle, Wartortle, dan Blastoise pemimpin, kesemuanya secara misteri dijangkiti mengantuk.[5] Lebih banyak Wartortle muncul sebagai Pokémon ahli bomba, dan Squirtle Ash, yang dilantik sebagai bomba kehormat di bandarnya, membentuk saingan dengan ketuanya. Akhirnya, seorang rakan pengembara Ash, May menerima Squirtlenya sendiri dari Profesor Oak dalam The Right Place and the Right Mime. Squirtle May amat muda dan pemalu, sehinggalah berubah sebelum Staging a Heroes Welcome . Dalam manga "Pokémon Adventures", Green memiliki Wartortle, yang berubah dari Squirtle yang dia curi dari Profesor Oak. Sama seperti Green, ia juga memiliki perwatakan bermuslihat. Sejak itu ia telah berubah menjadi Blastoise.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pokédex: warna ekornya menjadi semakin gelap dengan peningkatan usia Wartortle. Calar pada rangka luarnya adalah bukti ketahanan Pokémon sebagai pejuang. Game Freak (2003-03-17). Pokémon Ruby and Sapphire (Game Boy Advance). Nintendo.
  2. ^ Pokédex: Apabila terperangkap, Pokémon ini akan memasukkan kepalanya, tetapi ekornya masih menjulur keluar sedikit. Game Freak (1999-10-19). Pokémon Yellow (Game Boy). Nintendo.
  3. ^ Pokédex: Ia mengawal telinga berumbainya dan ekornya dengan bijak bagi mengekalkan keseimbangan ketika berenang. Game Freak (2000-10-15). Pokémon Silver (Game Boy). Nintendo.
  4. ^ Pokédex: It is said to live 10,000 years. Game Freak (2007-04-22). Pokémon Diamond (Nintendo DS). Nintendo.
  5. ^ Atsuhiro Tomioka (writer) (September 20, 1999). "Beach Blank-Out Blastoise". Pokémon. Musim Indigo League. Episod 58. Various.