Wasabi (komik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wasabi
Kulit novel grafik Wasabi versi bahasa inggeris
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
Majalah: Gempak
FormatBerwarna
Tarikh penerbitan2006
Watak utamaWasabi,Chiro
Pasukan kreatif
KaryaKeith

Wasabi merupakan komik ciptaan pelukis komik Malaysia iaitu Keith yang juga terkenal dengan komik Lawak Kampus.Wasabi disiarkan di majalah Gempak terbitan Kumpulan Art Square.Wasabi mengisahkan tentang Chiro yang baru berpindah dan juga bersekolah di tempat yang baru tetapi dia mendapati sekolah itu mempunyai ramai pelajar yang pelik dan ingin keluar dari sekolah tersebut malangnya Wasabi pelajar paling nakal di sekolah itu menghalangnya.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Wasabi, seorang pelajar yang agak sinikal dan lincah selalu dipinggirkan oleh teman persekolahannya oleh kerana sifatnya yang kurang matang dan juga sikap yang suka memanipulasi orang. Tanpa disangka-sangka, seorang pelajar baru Chiro, tiba di sekolah itu dan dia memulakan tali persahabatan dengan Wasabi - mengajarnya tentang bagaimana mahu berdepan dengan dunia sekolah menengah yang serba mencabar. Tanpa diduga, Wasabi telah mengheret sama Chiro ke arah dunia remaja yang serba kusut dan menujukkan Chiro yang mana betul dan tidak betul.

Watak-Watak[sunting | sunting sumber]

Watak Perwatakan
Wasabi Watak utama dalam siri ini.Sangat nakal dan berfikiran tidak matang.Terlalu obses dengan permainan video.Sering membuli rakan-rakannya walaupun sebenarnya sangat mengambil berat akan rakannya.
Chiro Kawan baik Wasabi.Sangat meminati komik dan bercita-cita menjadi seorang pelukis komik.Sering bergaduh dengan Wasabi kerana sering membulinya dan rakan-rakannya.

Sequel[sunting | sunting sumber]

Keith pelukis komik Wasabi ada memberitahu akan perancangan untuk membuat sequel bagi komik Wasabi tetapi Keith menjelaskan yang beliau tidak mempunyai masa untuk menyiap sepenuhnya sequel Wasabi.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Nama Wasabi diambil daripada sayur di Jepun yang juga di kenali sebagai Wasabi.