Wau burung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh wau burung, wau kenyalang.

Wau burung merupakan jenis layang-layang yang popular di Malaysia. Ia merupakan kumpulan jenis wau yang mempunyai bentuk burung, dan terdapat dalam pelbagai jenis.

Antara jenis wau yang mempunyai bentuk burung adalah seperti berikut:-

Pada kebiasaannya, wau burung akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, Busur wau akan mengeluarkan bunyi yang nyaring. Sesetengah wau yang berdengung turut dimainkan pada waktu malam kerana ia dapat menghasilkan bunyi yang baik.

Kebanyakan jenis wau burung dihiasi dengan motif tumbuhan menjalar bagi bentuk tradisi, atau gambar burung yang menjadi nama jenis wau tersebut bagi jenis bentuk baru.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]