Wau jala budi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wau jala budi.

Wau Jala Budi merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di negeri Kedah. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia.

Wau Jala Budi dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai daun budi manakala perkataan jala pula wujud dari kerangka ekor Wau Jala Budi. Pada kebiasaannya, wau jala budi akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, Wau Jala Budi dikatakan akan mengeluarkan bunyi berdengung yang agak sederhana garau yang terbit dari busur yang terdapat di bahagian kepala.

Wau Jala Budi ini juga dikatakan memiliki persamaan dengan 'layang-layang Chula' yang berasal dari negara Thailand.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]