Wau kangkang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wau Kangkang.

Wau Kangkang merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Kedah dan Kelantan, Malaysia. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia. Wau puyuh merupakan merupakan wau rasmi bagi negeri Kedah.[1]

Wau kangkang menyerupai bentuk wau jala budi tetapi memiliki corak ekor yang mencapah.

Cara bermain[sunting | sunting sumber]

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Menghasilkan wau[sunting | sunting sumber]

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbangkan kepak sehingga melukis corak pada kertas di rangka wau tersebut mengambil masa yang lama untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan diwarnakan dengan corak-corak yang menarik oleh pelukis.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busur diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau.

Perincian wau[sunting | sunting sumber]

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Teknik pembuatan wau tradisional[sunting | sunting sumber]

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau tradisional ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]