Wau kucing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wau kucing.

Wau Kucing merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia.

Wau Kucing dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai seekor kucing yang sedang duduk dari sudut belakang, bermula dari bahagian kepala, badan dan seterusnya ekor kucing. Pada kebiasaannya, wau Kucing akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, Busur wau Kucing dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring seperti kucing. Ia dipercayai berfungsi untuk menakutkan roh jahat dan meramalkan keadaan cuaca pada keesokan harinya. Motif ukiran sobek yang digunakan pada wau ini ialah motif bunga dan tumbuh-tumbuhan dan cara hiasannya adalah sama seperti wau bulan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]