Wau merak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wau Merak.

Wau Merak merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular dikalangan keturunan Bugis di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Layang-Layang Kipas dan dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia. Ia memiliki rekabentuk bercirikan burung Merak dan tidak terikat kepada saiz yang tertentu. Wau merak biasanya mempunyai ekor yang panjang yang membezakannya dengan wau helang. Wau Merak merupakan merupakan wau rasmi bagi negeri Johor.[1]

Pada kebiasaannya, wau Merak akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bunyi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, busur wau Merak dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring seperti Merak. Keistimewaan Wau Merak ialah pada busurnya yang boleh memainkan tujuh jenis irama atau bunyi bunyian. Pada asalnya, ia dimainkan pada waktu malam kerana ia dapat menghasilkan bunyi yang baik. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada Wau Merak pula adalah motif tumbuhan menjalar iaitu lada hitam dan gambir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]