Wee Ka Siong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Dr.
Wee Ka Siong
魏家祥

DGSM, DMSM (Mel), PhD, PEng
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Ayer Hitam, Johor
Memegang jawatan
2004
Didahului olehHon Choon Kim
Majoriti303 (PRU-14)
Presiden MCA
Memegang jawatan
4 November 2018
Didahului olehLiow Tiong Lai
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Perdana MenteriNajib Razak
Timbalan Menteri Pelajaran I
Dalam jawatan
10 April 2009 – 14 Mei 2013
MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Razali Ismail
Digantikan olehBarisan Nasional.png Pbslogo.JPG Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pelajaran II
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Noh Omar
Digantikan olehBarisan Nasional.png Malaysian Indian Congress Flag.svg P. Kamalanathan
Ketua Pemuda MCA
Dalam jawatan
13 Oktober 2008 – 2015
Didahului olehLiow Tiong Lai (2002-2005)
Digantikan olehChong Sin Woon
Setiausaha Agong Pemuda MCA
Dalam jawatan
20 Ogos 2005 – 18 Oktober 2009
Didahului olehLiow Tiong Lai (2002-2005)
Digantikan olehChai Kim Sen
Butiran peribadi
Lahir (1968-10-20) 20 Oktober 1968 (umur 50)
Jasin, Melaka, Malaya
Parti politikBarisan Nasional.png Flag of the Malaysian Chinese Association.svg BN-MCA
PasanganDatin Seri Lim Hai Ean 林海燕
Anak-anak2
KediamanJohor Bahru, Johor
Pendidikan
  • B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992)
  • M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996)
  • Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002)
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Nanyang
PekerjaanAhli Parlimen
Laman sesawanghttp://kasiong.blogspot.com


YB Datuk Seri Ir[1] Dr. Wee Ka Siong (lahir 20 Oktober 1968) merupakan Presiden parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Ahli Parlimen Ayer Hitam dari Barisan Nasional-MCA.Beliau juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa dibawah pentadbiran Najib Razak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992),
  • M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996),
  • Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002)

Politik MCA[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Oktober 2008, beliau menang tanpa bertanding atas kerusi Ketua Pemuda MCA. Maka dengan ini, beliau akan menjadi salah seorang anggota tetap pemuda barisan nasional.

Selain daripada itu, beliau juga dilantik oleh Presiden MCA, Ong Tee Keat sebagai Pengerusi MCA negeri Melaka pada 11 November 2008. Maka dengan itu, Beliau mempunyai 3 jawatan yang penting dalam Karier politik beiau iaitu Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru, Ketua Pemuda MCA kebangsaan dan Pengerusi MCA Negeri Melaka.

Beliau juga merupakan Ketua Biro Pendidikan MCA Kebangsaan.

Presiden MCA

Beliau telah memenangi kerusi Presiden MCA pada Pemilihan MCA 2018-2021 pada 4 November 2018 dengan mendapat undian sebanyak 447 menewaskan bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu yang mendapat 182 undi dan Ngoo Teck Keong, tidak mendapat sebarang undi.[2]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

YB Datuk Dr Wee Ka Siong merupakan Ahli Parlimen MCA yang menang paling banyak majoriti pada Pilihan Raya Malaysia ke-12 (2008). Beliau menewaskan Haji Hussin Sujak dari PAS sebanyak 13,909 undi. Beliau menjadi Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor bagi Penggal kedua selepas menang pada pilihan raya yang ke-11 pada tahun 2004. Pada 2004, beliau menewas Mohd Zamri bin Mat Taksis denggan majoriti 15,763.

Selepas dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, beliau terus bergerak ke sekolah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk menangani masalah yang dialami oleh semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini termasuklah peruntukan sekolah, masalah yang dialami oleh guru-guru dan pelajar, dan hal-hal yang berkaitan.

Jawatan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran I menggantikan Allahyarham Razali Ismail yang ketika itu diterajui oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[3]

Selepas rombakan Kabinet 2015, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Penganugerahan[sunting | sunting sumber]

YB Datuk Dr Wee Ka Siong adalah antara 77 penerima anugerah bagi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) iaitu anugerah keempat tertinggi membawa gelaran Datuk.

Beliau adalah antara 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 11 Oktober 2008.

Beliau telah menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 9 Oktober 2015.[4]

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Februari 2010, Wee Kah Siong memfailkan saman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menghalang Tan Sri Robert Phang dan Star Publications (M)Berhad daripada terus menyiarkan kenyataan yang dianggap berbaur fitnah dengan mengaitkan beliau dengan skandal PKFZ.[5] Phang merupakan anggota jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penerbit akhbar harian The Star . Artikel pada 25 Dis 2009 dan 12 Jan 2010 menggambarkan Wee mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.Peguam Ben Chan mewakili Wee Kah Seong, Gobind Singh Deo dan Ang Hean Leng mewakili Robert Phang, manakala Yee Mei Ken dan Chai Siew Wan mewakili Star Publications.[6]

Permohonan tersebut ditolak dengan alasan kegagalan menyatakan sebarang keadaan khas dalam permohonan tersebut bagi mahkamah membenarkan perintah tersebut.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]