Pelabuhan Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Westport)
Jump to navigation Jump to search
Pemandangan pelabuhan barat, dengan laman kontena di sebelah kiri dan dermaga di sebelah kanan

Pelabuhan Barat adalah satu daripada tiga pelabuhan di Selangor yang membentuk Pelabuhan Klang, Malaysia. Dua lagi pelabuhan ialah Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Selatan. Terletak di Pulau Indah, Klang, ia dibuka pada tahun 1995 dan dikendalikan oleh Westports Malaysia Sdn Bhd (sebelumnya dikenali sebagai Kelang Multi Terminal Sdn Bhd ). Pada tahun 2008, pegangan pasarannya di pelabuhan Klang ialah sebanyak 65 peratus dengan rekod pertumbuhan sebanyak 16% dan jumlah pengendalian sebanyak 5 juta TEU.[1]

Terminal Star Cruise[sunting | sunting sumber]

Terminal Star Cruises ketika senja hari

Satu daripada tarikan terkenal di sini ialah kapal-kapal persiaran Star Cruise dan MV Doulos. Kapal-kapal persiaran yang berlabuh di sini beberapa kali dalam setahun akan membenarkan kemasukan percuma ketika pertunjukan. Kapal yang berlabuh pada tahun 2006 adalah SuperStar Virgo.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pemandangan pelabuhan barat dari atas sebuah kapal

Luas kawasan Pelabuhan Barat ialah 1350 ekar, dengan panjangnya bakal mencapai 11 km apabila dibangunkan sepenuhnya. Ia memiliki lima laman kontena yang jumlah keluasannya ialah 280 ekar. Antara kemudahan lain yang ada ialah stesen muatan kontena (Container Freight Station) seluas 200 ribu kaki persegi, laman pembahagian (Distripark) 1 dan 2 seluas 700 ribu kaki persegi, gudang pukal biasa seluas 230 ribu kaki persegi dan gudang pukal kering seluas 120 ribu kaki persegi.[2]

Operasi Kontena

Terminal Prasarana dan Perkakasan
Himpitan - 14 himpitan
- 3200 Meter
Kapasiti terminal - 1350 ekar
- 7.2 juta TEU setiap tahun
- CT 1 - 40 ekar
- CT 2 - 60 ekar
- CT 3 - 60 ekar
- CT 4 - 60 ekar
- CT 5 - 60 ekar
Perkakasan - 32 kren dermaga
- 92 kren lapangan (RTG)
- 973 penggerak utama (Prime Mover) dan treler
- 15 penindan (stacker)
- 1236 titik kontena reefer
Ciri-ciri tambahan - 16 meter dalam himpitan
- Kemampuan mengendalikan kapal kontena generasi ke-6

- Piawai pelabuhan pantas:
1. 35 gerakan sejam untuk setiap kren dermaga
2. 100 gerakan sejam untuk setiap kapal-kapal utama
3. 50 gerakan sejam untuk setiap kapal-kapal kecil

Operasi Konvensional

Terminal Prasarana dan Perkakasan
Terminal Pukal Cecair - 4 jeti utama
- 1 jeti mengisi bahan api
- 1365 meter panjang himpitan
- mengendalikan 90 jenis kargo yang berbeza
Terminal Pukal Kering (1&2) - 4 himpitan
- 1 jeti semen
- 935 meter panjang himpitan
- 2 pemunggah cekau (grab unloader)
- 1 pemunggah bersambung (continuos ship unloader)
- 1 pemunggah cekau jenis T-Rex4
- 10,000 meter tali pengangkut
- mengendalikan gula, bijirin, sanga, baja dan simen
Terminal Pukal Cerai - 5 himpitan
- 1000 meter panjang himpitan
- mengendalikan keluli dan kargo pukal cerai
Kemudahan lain - pusat transit kenderaan
- kemudahan mengisi bahan api
- perkhidmatan marin - memalim dan bot tunda

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jerrel Yun, Singapore (2009-02-03). "Malaysia ports may buck downturn". The Edge. Dicapai 2009-07-17. 
  2. ^ "Infrastructure 2009". Westports Malaysia. 2009-02-03. Dicapai 2009-07-17. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]