Whakaari/White Island

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Whakaari/White Island
Whakaari (bahasa Māori)
White Island (bahasa Inggeris)
White Island 2013.jpg
Whakaari/White Island
Titik tertinggi
Ketinggian321 m (1,053 ka)
Tonjolan321 m (1,053 ka)
Koordinat37°31′12″S 177°10′57″E / 37.52000°S 177.18250°E / -37.52000; 177.18250Koordinat: 37°31′12″S 177°10′57″E / 37.52000°S 177.18250°E / -37.52000; 177.18250
Geografi
Location of Whakaari/White Island
LokasiBay of Plenty, (luar) Pulau Utara, New Zealand
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Lengkok/Lingkaran
gunung berapi
Taupo Volcanic Zone
Letusan terakhir9 December 2019

Whakaari [fa-ka-a-ri; wha-ka-a-ri]/White Island ("Pulau Putih") ialah sebuah gunung berapi strato andesit terletak 48 km (30 mi) jauh dari pesisiran timur teteluk Bay of Plenty di Pulau Utara New Zealand. Gunung berapi ini gunung berapi paling aktif di negara tersebut di mana ada terkajinya berlaku kegiatan volkanik ini selama 150,000 tahun[1] sampai pernah diperhatikan seawal ketibaan James Cook di kawasan gunung tersebut pada tahun 1769.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pulau ini berbentuk bujur tidak kamil dengan panjang sejauh 3 km dan lebar sejauh 2 km merangkumi keluasan sebanyak 325 hektar (800 ekar).[2]. Ia terletak 48 km jauh dari teteluk Bay of Plenty di Pulau Utara arah utara dari Opotiki dan timur laut utara Whakatāne.

Ia mempunyai kawah aktif terletak di arah tengara pusat pulau, kawah tersebut turut mempunyai suatu tasik yang berasid. Bahagian selatan ia terletaknya Mount Gisborne iaitu puncak tertinggi pulau ini dengan ketinggian 321 m.[3] Ada beberapa lagi puncak lain yang menonjol iaitu:[3]

  • Mount Percival, berketinggian 283 m di sebelah utara sisi kawah,
  • Mount Ngatoro berketinggian 310 m di sebelah barat laut.

Pulau ini bermuka bumi berbatu dengan banyak tebing yang muncul serata pesisiran ia. Ada seberapa koloni burung gannet yang wujud sekitar pulau ini di hujung selatan ia Otaketake [o-ta-ké-ta-ké] dan tebing Te Hokowhitu [té ho-ko-fi-tu] di sebelah barat pulau.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "White Island". GeoNet. Dicapai pada 30 December 2012.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan readersnatural tidak disediakan
  3. ^ a b c "Whakaari/White Island," topomap.co.nz. Retrieved 16 December 2019.