What's a Nice Girl Like You Doing in a Place Like This?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
What's a Nice Girl Like You Doing in a Place Like This?
PengarahMartin Scorsese
PenulisMartin Scorsese
SinematografiJames Newman
Disunting olehRobert Hunsicker
Tarikh tayangan
  • 1963 (1963)
Masa tayangan
9 minit
NegaraAmerika Syarikat

What's a Nice Girl Like You Doing in a Place Like This? ialah filem pendek komedi hitam putih 1963 yang dibuat oleh Martin Scorsese ketika belajar di Tisch School of the Arts, Universiti New York. Filem ini menceritakan seorang penulis yang taksub dengan sebuah gambar di dindingnya. Filem ini dirakamkan dalam format filem 16 mm. What's a Nice Girl Like You Doing in a Place Like This? difilemkan dalam tempoh seminggu.

Martin mengatakan bahawa filem ini tidak mendalam sama sekali dan menggambarkan filem ini sebagai kisah paranoia sebenar. Beliau mengarahkan filem ini selepas menonton filwm komedi-drama arahan Federico Fellini 1963 untuk pertama kalinya. Filem ini mulanya dijadikan sebuah filem seram, kemudian digantikan menjadi filem komedi. Filem ini dibintangi oleh Zeph Michaelis, Mimi Stark, Sarah Braveman, Fred Sica, dan Robert Uricola. Filem ini menerima ulasan positif dari para pengkritik. Filem ini ditayangkan semula pada Mei 2020 dalam format resolusi 4K.

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini bermula dengan Algernon, yang juga dipanggil dengan nama Harry oleh kawan-kawannya, berpindah ke pangsapuei baru. Algernon yang bekerja sebagai penulis, melihat gambar perahu di tasik. Meskipun beliau tidak menyukainya, beliau membelinya kerana ia merupakan orang yang peka. Kawan-kawannya mengatakan kepadanya bahawa gambar itu tidak terlalu sukar untuk dilihat. Setelah beberapa hari, Algernon mendapati dirinya terpaku pada gambar serta merasa sulit untuk menulis dan makan. Algernon percaya bahwa ketaksubannya terhadap gambar ialah hasil dari kepekaan yang kuat dan khayalannya yang jelas. Tiba-tiba, dia tidur kerana ketaksuban ini.

Algernon mengadakan pesta, ketika bertemu seorang gadis yang mengalihkan perhatiannya dari gambar. Algernon melihat gadis itu sangat menarik dan membuat perasaan ketaksubannya hilang. Algernon akhirnya mampu makan, menulis, dan tidur seperti sediakala. Algernon kemudian memutuskan untuk menikahi gadis itu dan mereka berbulan madu di Pameran Dunia New York 1964, yang sedang diadakan. Setelah melalui bulan madu, mereka menjalani kehidupan perkahwinan yang normal. Algernon mula menulis buku pengakuan dan gadis itu melukis gambar. Namun, setelah berbicara dengan psikoanalis perihal ketaksubannya dengan gambar, Algernon menjadi taksub dengan gambar lain dan menggambarkan lautan. Ketaksubannya dengan gambar baru membuatnya merasa terjebak di dalamnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Kredit diadaptasi dari British Film Institute.[1]

  • Zeph Michaelis sebagai Algernon
  • Mimi Stark sebagai isteri
  • Sarah Braveman sebagai penganalisis
  • Fred Sica sebagai kawan
  • Robert Uricola sebagai penyanyi
  • Martin Scorsese sebagai lelaki dalam gambar

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Martin Scorsese (gambar pada 2006) mengarahkan dan menulis skrip filem ini sebagai sebahagian dari program musim panas.

Pada tahun 1963, Martin Scorsese mengarahkan dan menulis skrip filem pendek pertamanya What's a Nice Girl Like You Doing in a Place Like This? sebagai sebahagian dari program musim panas Universiti New York. Filem ini diilhamkan dari cerita pendek karya Algernon Blackwood, filem pendek animasi arahan Mel Brooks tahun 1963 The Critic, dan perfileman Gelombang Baru Perancis-Itali.[2] Filem ini ditulis sepenuhnya oleh Martin dan meskipun pada awalnya dimaksudkan sebagai filem seram, namun kemudian bertukar haluan menjadi sebuah filem komedi. Filem ini melibatkan Richard H. Coll sebagai pemuzik, James Newman sebagai ahli sinematografi, dan Robert Hunsicker sebagai penyunting.[3] Filem ini menampilkan animasi dan montaj.[4]

Martin mengarahkan filem ini setelah menonton filem komedi-drama surealis arahan Federico Fellini (1963) untuk pertama kalinya.[4][5] Filem ini dirakamkan dengan menggunakan filem 16 mm dan dirakamkan dalam tempoh seminggu.[5][6] Martin berkata mengenai filem yang dianggapnya sebagai kisah paranoia sebenar ini: "Filem kecil saya memiliki semua ejekan dan kesenangan hanya dengan menempatkan gambar dalam gerak perlahan, gerak cepat, keterampilan, dan melakukan antarasunting dengan bayang (matte) yang dilakukan François Truffaut dalam Jules and Jim (1962). Filem ini tidak memiliki kedalaman sama sekali, namun sangat menyenangkan. Filem ini membuat saya mendapatkan biasiswa, jadi bapa saya menggunakan biasiswa itu untuk membiayai pelajaran pada tahun berikutnya."[5][7] Filem ini berdurasi selama sembilan minit,[8] namun ketika ditayangkan semula pada Mei 2020, filem ini berdurasi 10 minit 2 saat.[9][10] Filem ini telah ditayangkan dalam pemulihan digital 4K.[10]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Peter Sciretta dari /Film mengatakan bahawa filem ini menunjukkan kepintaran awal dari gaya visual dan pilihan suntingan Martin.[5] Annette Wernblad menulis, "seperti banyak filem lain karya Martin, filem ini bukan lawak kosong, namun pada saat yang sama amat mengganggu."[2] Seorang penulis untuk Little White Lies menulis, "Filem ini berbicara mengenai Martin pertama kali terjun ke dalam pembikinan filem yang berfokus pada, protagonisnya yang tidak bersalah."[11] Peter Galvin dari Special Broadcasting Service menulis, "Kesemua jalan cerita doli pantas oleh Martin, penyuntingan asosiatif, dan bakatnya dalam pergerakan koreografi dengan muzik dieksplorasi."[12]

Ben Nyce menganalisis penggunaan perilaku menyakiti diri sendiri dalam filem ini, yang akan diuji dalam karya Martin berikutnya.[13] Vincent LoBrutto merasa bahawa tajuk filem ini ialah klise.[4] Scott Meslow dari Mental Floss menyifatkan filem ini sebagai serba pantas.[14] Aaron Baker menyifatkan filwm ini sebagai karya hibrid yang menggabungkan unsur-unsur hiburan popular seperti Hollywood dan vaudeville dengan kepekaan ceria Gelombang Baru."[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What's a Nice Girl like You Doing in a Place like This? (1963)". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  2. ^ a b Wernblad 2014, m/s. 78–79.
  3. ^ Scorsese & Brunette 1999, m/s. 34.
  4. ^ a b c LoBrutto 2007, m/s. 58.
  5. ^ a b c d Sciretta, Peter (18 Oktober 2008). "Big Directors Small Films: Martin Scorsese's What's a Nice Girl Like You Doing in a Place Like This". /Film. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  6. ^ "Martin Scorsese's Very First Films: Three Imaginative Short Works". Open Culture. 12 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2019. Dicapai pada 27 April 2020.
  7. ^ Schickel 2011, m/s. 65.
  8. ^ Ribera 2017, m/s. 10.
  9. ^ "What's A Nice Girl Like You Doing in a Place Like This? [additional Material]". British Board of Film Classification. 31 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  10. ^ a b Latchem, John (15 Februari 2020). "Criterion May 2020 Slate Includes 'The Great Escape'". Media Play News. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2020. Dicapai pada 27 April 2020.
  11. ^ Stolworthy, Jacob; Thrift, Matt; Woodward, Adam (9 Januari 2017). "The films of Martin Scorsese – ranked". Little White Lies. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  12. ^ Galvin, Peter (1 Januari 2009). "Martin Scorsese's Short Films Review". SBS Movies. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  13. ^ Nyce 2004, m/s. 1.
  14. ^ Meslow, Scott (21 Januari 2013). "12 Early Short Films By Famous Hollywood Directors". Mental Floss. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Januari 2020. Dicapai pada 27 April 2020.
  15. ^ Baker 2014, m/s. 18.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]