What If...? (siri televisyen)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
What If...?
Genre
Berdasarkan daripada
What If...? oleh
Marvel Comics
PenciptaA.C. Bradley
PengarahBryan Andrews
Dibintangi oleh
Jeffrey Wright
PenggubahLaura Karpman
Negara asal Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim1
Bilangan episod1
Penerbitan
Penerbit eksekutif
PenerbitCarrie Wassenaar
Penyunting
  • Graham Fisher
  • Joel Fisher
Tempoh siaran33 minit
Syarikat penerbitan
Marvel Studios
Syarikat pengedaran
Disney Platform Distribution
Penyiaran
Saluran asalDisney+/Disney+ Hotstar
Siaran asal– kini (kini)
Kronologi
Rancangan berkaitan
Siri televisyen Marvel Cinematic Universe
Pautan luar
Tapak sesawang penerbitan Marvel Studios

What If...? ialah sebuah seri antologi animasi yang dibuat oleh A.C. Bradley bagi siaran Disney+ (Disney+ Hotstar di sesetengah negara) berdasarkan siri Marvel Comics dengan nama sama. Siri ini merupakan siri televisyen keempat Marvel Cinematic Universe (MCU) yang diterbitkan oleh Marvel Studios, dan menjadi siri animasi pertama daripada studio tersebut. What If...? mengeksplorasi garis waktu alternatif dengan menunjukkan apa yang akan terjadi jika kejadian-kejadian penting daripada filem-filem MCU memiliki hasil yang berbeza. Bradley ditugaskan sebagai penulis utama dengan penceritaan oleh Bryan Andrews.

Siri ini dibintangi oleh Jeffrey Wright sebagai Watcher, yang menjadi penglipur lara siri ini, bersama sejumlah pelakon MCU yang mengulangi peranan mereka. Pada September 2018, Marvel Studios mengembangkan sejumlah diri bagi Disney+, dengan Bradley dan Andrews berganding pada akhir 2018. Siri ini secara rasmi diumumkan pada April 2019. Ketua pengembangan visual Marvel Studios, Ryan Meinerding, membantu memajukan gaya animasi siri ini yang menggunakan teknik cell shading, yang dirancang untuk mencerminkan filem-filem MCU dan mengambil inspirasi dari ilustrator klasik Amerika. Animasi musim pertama dibuat oleh Squeeze, Flying Bark Productions, dan Blue Spirit, dengan Stephan Franck sebagai ketua animasi.

Musim pertama What If...? yang terdiri dari sembilan episod, disiarkan buat julung kalinya pada 11 Ogos 2021 dan berakhir pada 6 Oktober. Siri ini merupakan bagian dari Fasa Empat MCU. Sekarang, musim kedua sedang dalam pengembangan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]