Whippet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Whippet
Seekor whippet brindle dan putih
Nama lainWhippet Inggeris
Snap dog
Negara asalEngland
Trait
Berat 15–30 lb (6.8–13.6 kg)
Tinggi Jantan Amerika Utara: 18.5–22.5 in (47–57 cm)
Antarabangsa: 18.5–20 in (47–51 cm)
Betina Amerika Utara: 17.5–21.5 in (44–55 cm)
Antarabangsa: 17.5–18.5 in (44–47 cm)
Bulu Halus, padat, pendek
Warna Hitam pejal, biru, brindle, perang kekuning-kuningan, merah, sabel, sawo matang, atau putih; putih dengan pelbagai tanda warna
Saiz perinduk 1–10 ekor anak anjing seperinduk, dengan purata 6.1 ekor anak anjing[1]
Jangka hayat 12–14 tahun[2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Whippet (Sebutan bahasa Melayu: [wiˈpɛt]; bahasa Inggeris: whippet), whippet Inggeris (bahasa Inggeris: English whippet), atau snap dog ialah satu baka anjing bersaiz sederhana. Ia satu baka anjing pemburu penglihatan yang berasal dari England, diturunkan daripada greyhound. Whippet kini masih menyerupai greyhound lebih kecil. Ditunjukkan dalam Kumpulan Hound, whippet jika dibandingkan mempunyai sedikit masalah kesihatan melainkan aritmia. Whippet juga menyertai sukan anjing seperti penjejakan umpan, ketangkasan, dan flyball.

Whippet pada asalnya merupakan greyhound yang dianggap tidak sesuai untuk pemburuan kerana saiznya. Ia dipulangkan kepada pembiak baka petaninya selepas teruk dicacatkan supaya tidak boleh digunakan untuk berburu dan melanggar undang-undang hutan. Anjing cacat ini dibiakbakakan bersama-sama dan digunakan untuk menangkap tikus, dan memburu arnab. Apabila undang-undang hutan dimansuhkan, "greyhound kecil" ini menjadi popular dalam sukan perlumbaan anjing. Ini telah membawa kepada whippet digambarkan sebagai "kuda lumba orang miskin".[3] Ia masih kerap digunakan sebagai anjing lumba kini, kerana ia mempunyai laju lumba tertinggi daripada baka seberatnya: 35 mph (56 km/j) dan juga menandingi greyhound untuk kelajuan tertinggi. Whippet walau bagaimanapun merupakan anjing pemecut terpantas di dunia.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Borge, K. S.; Tønnessen, R.; Nødtvedt, A.; Indrebø, A. (2011). "Litter size at birth in purebred dogs—A retrospective study of 224 breeds". Theriogenology. 75 (5): 911–919. doi:10.1016/j.theriogenology.2010.10.034. PMID 21196028. |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ Cassidy, Kelly (2007). "Breed Longevity Data". Dog Longevity. Dicapai pada 27 Januari 2013.
  3. ^ Coile, Caroline (1998). Whippets: A complete pet owner's manual. Hauppauge, New York: Barron's. m/s. 8. ISBN 0-7641-0312-1. OCLC 38016572. Dicapai pada 24 Januari 2013.
  4. ^ http://books.google.co.uk/books?id=BxHKDOZB7GoC&pg=PA51&lpg=PA51&dq=whippet+fastest+accelerating+dog&source=bl&ots=uCYQxk1_4a&sig=XE5rh0WEwtDPq6SpNCEtEvVTYAY&hl=en&sa=X&ei=rWWGU9HLKcHNOPLmgcgJ&ved=0CFEQ6AEwBQ#v=onepage&q=whippet%20fastest%20accelerating%20dog&f=false