Whitney Houston

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Whitney Houston
Whitney Houston membuat persembahan di Good Morning America di Central Park pada 1 September 2009.
Latar belakang
Nama lahir Whitney Elizabeth Houston
Kelahiran 9 Ogos 1963(1963-08-09)
Newark, New Jersey, A.S.
Kematian 11 Februari 2012 (umur 48)
Beverly Hills, California, A.S.
Genre Pop, soul, R&B, tarian, gospel
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, peragawati, penerbit filem,[1] penerbit rakaman,[2] penulis lagu
Instrumen Vokal, piano
Tahun aktif 1977–2012
Label Arista, RCA
Kegiatan berkait Cissy Houston, Dionne Warwick, Aretha Franklin, Jermaine Jackson, Mariah Carey, Enrique Iglesias, Bobby Brown
Laman web Tapak sesawang rasmi

Whitney Elizabeth Houston (9 Ogos 1963 – 11 Februari 2012) ialah seorang penyanyi, pelakon, penerbit dan peragawati berbangsa Amerika Syarikat. Houston merupakan seniwati yang paling banyak meraih anugerah sepanjang zaman, menurut Guinness World Records.[3] Antara 415 anugerah yang dimenanginya setakat tahun 2010 ialah 2 Anugerah Emmy, 6 Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik Amerika. Houston juga merupakan salah seorang seniman muzik yang paling laris jualannya di seluruh dunia, setelah menjual lebih 170 juta album, single dan video ke serata dunia.[4][5] Dengan mendapat ilham daripada penyanyi-penyanyi soul yang tersohor dalam keluarganya, termasuk ibunya Cissy Houston, sepupu-sepupu Dionne Warwick dan Dee Dee Warwick, dan walinya Aretha Franklin, Houston mula menyanyi bersama koir gospel kanak-kanak di New Jersey pada umur 11 tahun.[6] Setelah mula membuat persembahan bersama ibunya di kelab-kelab malam sekitar Bandaraya New York, bakatnya ditemui oleh ketua label Arista Records, Clive Davis. Houston mengeluarkan tujuh album studio dan tiga album runut bunyi filem, kesemuanya meraih sijil berlian, berbilang platinum, platinum atau emas.

Houston merupakan satu-satunya seniman yang berjaya menempatkan lagu-lagunya di tangga teratas carta Billboard Hot 100 secara tujuh kali berturut-turut ("Saving All My Love for You", "How Will I Know", "Greatest Love of All", "I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me)", "Didn't We Almost Have It All", "So Emotional" dan "Where Do Broken Hearts Go"). Album pertama beliau pada tahun 1985, Whitney Houston, menjadi album debut yang paling laris dijual oleh seorang artis wanita ketika ia diterbitkan. Album ini dipilih sebagai album terbaik oleh majalah Rolling Stone pada tahun 1986, dan menduduki tangga 254 dalam senarai 500 Album Terhebat Sepanjang Zaman oleh majalah yang sama.[7] Album studio keduanya, Whitney (1987), menjadi album pertama oleh seorang artis wanita untuk muncul di tangga pertama dalam carta album Billboard 200.[7] Daya tarikan Houston yang merentasi pelbagai lapisan masyarakat serta keterserlahan beliau di saluran muzik video MTV, mulai dengan video untu "How Will I Know",[8] mempengaruhi ramai seniwati berketurunan Afrika-Amerika untuk mengikuti jejak langkahnya.[9][10]


Houston mula-mula menceburi bidang lakonan sebagai bintang filem cetera The Bodyguard (1992). Runut bunyi asli filem tersebut memenangi anugerah Album Terbaik Grammy pada tahun 1994. Single terajunya, "I Will Always Love You", menjadi single yang paling laris dijual oleh artis wanita sepanjang sejarah muzik. Dengan album ini, Houston menjadi seniman pertama (baik solo mahupun berkumpulan, lelaki mahupun wanita) yang menjual lebih sejuta salinan sesebuah album dalam tempoh seminggu sahaja.[7] Houston terus membintangi filem-filem serta menyumbang kepada runut-runut bunyinya, termasuk Waiting to Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996). Runut bunyi The Preacher's Wife menjadi album gospel yang paling laris dijual dalam sejarah.[11] Tiga tahun selepas keluarnya album studio keempatnya, My Love Is Your Love (1998), Houston memperbaharui kontrak rakamannya bersama Arista Records.[11] Beliau mengeluarkan album studio kelima, Just Whitney pada tahun 2002, dan album bertema Krismas, One Wish: The Holiday Album pada tahun 2003. Pada tahun 2009, Houston mengeluarkan album studio ketujuhnya, I Look to You.

Pada 11 Februari 2012, Houston ditemui mati Beverly Hilton Hotel, di Beverly Hills, California.[12]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan dan Anugerah
1992 The Bodyguard Rachel Marron
(Peranan utama)
Dicalonkan – 1993 MTV Movie Award untuk Best Female Performance[13]
Dicalonkan – 1993 MTV Movie Award untuk Best Breakthrough Performance[14]
Dicalonkan – 1993 MTV Movie Award untuk Best On-Screen Duo bersama Kevin Costner[15]
Dicalonkan – Anugerah Raspberi Emas 1992 untuk Pelakon Terburuk[16]
1995 Waiting to Exhale Savannah Jackson
(Peranan utama)
Dicalonkan – 1996 NAACP Image Award for Outstanding Actress in a Motion Picture[17]
1996 The Preacher's Wife Julia Biggs
(Peranan utama)
Menang – 1997 NAACP Image Award for Outstanding Actress in a Motion Picture[18]
Dicalonkan – 1997 Blockbuster Entertainment Award for Favorite Female Actress(Comedy/Romance)[19]
Dicalonkan – 1997 Kids' Choice Award Favorite Movie Actress[20]
2012 Sparkle Emma
(Peranan utama)
Televisyen
Tahun Tajuk Rangkaian Peranan Catatan
1984 Gimme a Break! NBC Rita "Katie's College" (Musim 3, Episod 20)[21]
1985 Silver Spoons NBC Dirinya sendiri "Head Over Heels" (Musim 4, Episod 1, Tarikh siaran: 15 September 1985)[21]
Beliau mempersembahkan versi edit "Saving All My Love for You," dengan mengubah sedikit seni kata demi memuaskan pihak penapisan.
1997 Rodgers & Hammerstein's Cinderella ABC Fairy Godmother Dibuat untuk televisyen sebagai kebangkitan semula Wonderful World of Disney di rangkaian ABC milik Disney.[22]
2002 Boston Public Fox Dirinya sendiri Beliau mempersembahkan "Try it On My Own" dari album Just Whitney.
Penerbitan
Tahun Tajuk Pengarah Catatan dan Anugerah
1997 Rodgers & Hammerstein's Cinderella Robert Iscove Penerbit eksekutif[23]
Dicalonkan – Anugerah Emmy 1998 untuk Rancangan Istimewa Aneka Ragam, Muzik atau Komedi Cemerlang[24]
Dicalonkan – 1998 NAACP Image Award untuk Filem Televisyen/Minisiri Cemerlang[25]
2001 The Princess Diaries Garry Marshall Penerbit[26][27]
Menang – 2002 Young Artist Award untuk Filem Cetera Keluarga Terbaik – Komedi[28]
Dicalonkan –2002 Broadcast Film Critics Association Award untuk Filem Keluarga Terbaik (Lakonan Hidup)[29]
Dicalonkan – 2002 Anugerah Phoenix Film Critics Society untuk Filem Keluarga Terbaik[30]
Dicalonkan – 2002 Teen Choice Award untuk Film – Choice Movie, Comedy[31]
2003 The Cheetah Girls Oz Scott Penerbit[32]
2004 The Princess Diaries 2: Royal Engagement Garry Marshall Penerbit[33]
2006 The Cheetah Girls 2: When in Spain Kenny Ortega Penerbit eksekutif bersama[34]

Jelajah[sunting | sunting sumber]

Jelajah dunia
Jelajah serantau
Konsert televisyen


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Whitney Houston". Filmbug. 1 Jan 2000. Dicapai pada 2 Jan 2012. 
  2. "WHITNEY – The Producer". Whitney-Info.Com. Dicapai pada 2 Jan 2012. 
  3. "Whitney Houston biography". whitneyhouston.com. 19 Ogos 2009. Dicapai pada 22 Nov 2010. 
  4. Dobuzinskis, Alex (15 Se 2009). "Whitney Houston, as of 2009, said she was "drug-free"". Reuters. Dicapai pada 13 Jan 2010.  Check date values in: |date= (bantuan)
  5. "Whitney Houston Biography". whitneyhouston.com. Dicapai pada 12 Jan 2010. 
  6. "Whitney Houston Sings Her Way to Stardom with Hit Album, Road Tour". Jet (Johnson Publishing Company) 68 (24): 59. 26 Ogos 1985. ISSN 0021-5996. Dicapai pada 7 Feb 2011. 
  7. 7.0 7.1 7.2 Huey, Steve (2006). "Whitney Houston biography". Allmusic.com. Dicapai pada 13 April 2009. 
  8. "The 1986 MTV Video Music Awards The Winners!". Billboard (Nielsen Business Media, Inc.) 98 (41). October 11, 1986. ISSN 0006-2510. Dicapai pada 7 Feb 2011.  Check date values in: |date= (bantuan)
  9. Corliss, Richard (13 Julai 1987). "The Prom Queen of Soul". Time Inc. Dicapai pada 17 Mac 2007.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  10. "A History of Soul Music". 18 Oktober 2007. VH1.
  11. 11.0 11.1 "Whitney Houston Biography". Rolling Stone. Dicapai pada 17 Mac 2011.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  12. "Whitney Houston, 48, found dead in Beverly Hills". Los Angeles Times. February 11, 2012. Dicapai pada February 11, 2012.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  13. "MTV Movie Awards: Best Female Performance". swaptree.com. 13 Julai 1993. Dicapai pada 11 Januari 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  14. "MTV Movie Awards: Best Breakthrough Performance". swaptree.com. July 13, 1993. Dicapai pada January 11, 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  15. "MTV Movie Awards: Best On-Screen Duo". swaptree.com. July 13, 1993. Dicapai pada January 11, 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  16. 1992 RAZZIE Nominees & "Winners" Razzie Awards. Retrieved February 21, 2010.
  17. "Whitney Houston: Blurbs". tv.com. Dicapai pada January 11, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  18. EBONY's 50th Anniversary Show, Denzel Washington Among NAACP Image Award Winners (p60). Jet. March 3, 1997. Dicapai pada January 8, 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  19. Fitzpatrick, Eileen (February 1, 1997). 1996 Blockbuster Entertainment Awards Nominees Announced. Billboard. Dicapai pada June 15, 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  20. "1997 Kids' Choice Awards". imdb.com. Dicapai pada January 13, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  21. 21.0 21.1 "Whitney Houston Film Appearances". filmreference.com. Dicapai pada 26 September 2009. 
  22. Stewart, Bhob. "Rodgers & Hammerstein's Cinderella Description". Allmovie. Dicapai pada January 11, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  23. "Rodgers & Hammerstein's Cinderella Production Credits". Allmovie. Dicapai pada January 11, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  24. "1998 Emmy Awards: nominees for Outstanding Variety, Music Or Comedy Special". emmys.com. September 13, 1998. Dicapai pada October 16, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  25. The 29th NAACP Image Awards Official Ballot. The Crisis. December 1997 – January 1998. Dicapai pada June 30, 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  26. Williams, Karl. "The Princess Diaries Plot Synopsis". Allmovie. Dicapai pada January 11, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  27. "The Princess Diaries Production Credits". Allmovie. Dicapai pada January 11, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  28. "2002 Young Artist Awards Winners & Nominees". Internet Movie Database. April 7, 2002. Dicapai pada October 16, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  29. "2002 Broadcast Film Critics Association Awards Winners & Nominees". Internet Movie Database. January 11, 2002. Dicapai pada October 16, 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  30. "2002 Phoenix Film Critics Society Awards Winners & Nominees". Internet Movie Database. January 29, 2002. Dicapai pada October 16, 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  31. "2002 Teen Choice Awards Winners & Nominees". Internet Movie Database. August 4, 2002. Dicapai pada October 16, 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  32. "The Cheetah Girls Production Credits". Allmovie. Dicapai pada January 11, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  33. "The Princess Diaries 2: Royal Engagement Production Credits". Allmovie. Dicapai pada January 11, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  34. "The Cheetah Girls 2: When in Spain Production Credits". Allmovie. Dicapai pada January 11, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]