Wiener Schnitzel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wiener Schnitzel

Wiener Schnitzel merupakan salah satu masakan terbaik dan terkenal di Vienna. Selain itu, Wiener Schnitzel merupakan menu kebangsaan Austria.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bentuk makanan "Wiener Schnitzel" mula muncul pada penghujung abad ke-19 yang diketahui dalam sebuah buku masakan pada tahun 1831.[3] Dalam buku masakan popular selatan Jerman oleh Katharina Prato, ia dikenali sebagai eingebröselte Kalbsschnitze.[4]

Mengikut kepada lagenda, fil marsyal Joseph Radetzky von Radetz membawa resipi ini dari Itali ke Vienna pada tahun 1857. Pada tahun 2007, Heinz Dieter Pohl mendapati bahawa cerita ini hanyalah rekaan. Menurut Pohl, hidangan yang dibawa oleh Radetzky ini mula-mula diceritakan dalam sebuah buku gastronomi Itali pada 1969 (Guida gastronomica d'Italia), dan dicetak di Jerman pada 1971 sebagai cerita Italien tafelt, dan ia didakwa bahawa cerita itu bukan berkenaan kisah cotoletta alla milanese. Lagenda Radetzky ini berasakan daripada buku tersebut. Seperti terkandung, Franz Joseph I dari Austria memberikan notis kpada Radetzky tentang keadaan di Lombardy dan menyebut tentang stik daging anak lembu yang lazat dalam nota margin. Selepas Radetzky pulang, Maharaja secara peribadi meminta resipi itu daripadanya.

Pohl menyatakan bahawa the Wiener Schnitzel sebenarnya berasal dari Itali dan makanan itu sebenarnya diimport dalam masakan Austria.[5]

Pohl mengatakan bahawa terdapat hidangan lain dalam masakan Austria sebelum Schnitzel yang dilapisi dengan tepung roti dan digoreng, iaitu Backhendl, yanf dicatatkan dalam sebuah buku masakan pada tahun 1719. Schnitzel mula disebut bermula abad ke-19 sebagai Wiener Schnitzel.[4]

Terdapat dokumen di arkib Milan pada 1148 yang mengatakan "Lumbolos cum panicio" (Latin), diterjemahkan ke bahasa Itali sebagai "Cotoletta alla Milanese",[6] ada kaitan dengan Wiener Schnitzel. Pohl menyebut bahawa makanan Milan itu merupakan asal usul bagi Wiener Schnitzel.

Penyediaan[sunting | sunting sumber]

Hidangan yang disediakan dari potong bentuk rama-rama, kira-kira 4 mm nipis dan memenyek kepingan daging anak lembu. Selepas itu, campurkan dengan tepung, telur disebat dan serbuk roti. Serbuk roti tidak boleh ditekan ke dalam daging supaya daging kekal kering dan boleh "souffled". Akhir sekali, Schnitzel digorengkan dalam bahagian lemak babi sehingga suhu dari 160 to 170 °C sehingga berwarna kuning keemasan. Semasa menggoreng Schnitzel, ia perlu melambung berulang kali. Makanan ini kemudian menjadi warna coklat dan kekuningan dan sedia untuk dihidangkan.[7]

Makanan ini secara tradisionalnya dihidangkan di Austria bersama Kopfsalat, salad kentang, salad timun atau kentang pasli. Kini, ia disediakan bersama nasi, kentang goreng dan kentang panggang. Ia juga disediakan bersama sedikit lemon, untuk memberikan rasa serbuk roti yang lebih

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wiener Schnitzel – Austria's National Food". All Things Austria. 13 December 2010. Dicapai 27 March 2014. 
  2. ^ "Wiener Schnitzel". Hunter Angler Gardener Cook. 21 December 2012. Dicapai 27 March 2014. 
  3. ^ Neudecker, Maria Anna: Allerneuestes allgemeines Kochbuch, Prague 1831.
  4. ^ a b Pohl, Heinz Dieter: Die österreichische Küchensprache. Ein Lexikon der typisch österreichischen kulinarischen Besonderheiten (mit sprachwissenschaftlichen Erläuterungen). Praesens-Verlag, Vienna 2007, ISBN 3-7069-0452-7. (Studia interdisciplinaria Ænipontana 11), p. 154.
  5. ^ Pohl, Heinz Dieter: Zur bairisch-österreichischen Küchensprache (PDF)
  6. ^ "The History of Wiener Schnitzel". kitchenproject.com. Dicapai 27 March 2014. 
  7. ^ "Wiener Schnitzel - Tips for Preparing a Wiener Schnitzel". German Food Guide. Dicapai 27 March 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]