Wiki Loves Monuments

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wiki Loves Monuments
LUSITANA WLM 2011 d.svg
Logo rasmi Wiki Loves Monuments
Participating Countries WLM since 2010.svg
Semua negara yang turut serta sekurang-kurangnya satu pertandingan Wiki Loves Monuments pada 2010-2017
GenreFotografi
Mula1 September [1]
Akhir30 September [2]
LokasiSeluruh dunia
Tahun aktif7
Ditubuhkan2010
Terkini2018
PesertaJurugambar
Dianjurkan olehAhli komuniti Wikipedia
Laman sesawang
WikiLovesMonuments.org

Wiki Loves Monuments (WLM) ialah pertandingan fotografi antarabangsa tahunan yang diadakan pada bulan September, yang dianjurkan di seluruh dunia oleh ahli komuniti Wikipedia dengan bantuan afiliasi Wikimedia setempat di seluruh dunia. Peserta mengambil gambar monumen bersejarah tempatan dan tapak warisan di rantau mereka, dan memuat naiknya ke Wikimedia Commons. Tujuan acara adalah untuk menyerlahkan tapak warisan negara-negara peserta dengan matlamat untuk menggalakkan orang ramai untuk menangkap gambar-gambar monumen ini, dan meletakkannya di bawah lesen bebas yang kemudiannya boleh digunakan semula bukan sahaja di Wikipedia tetapi di mana-mana oleh semua orang.

Pertandingan Wiki Loves Monuments pertama kali diadakan pada tahun 2010 di Belanda sebagai projek perintis. Pada tahun berikutnya ia merebak ke negara-negara lain di Eropah dan mengikut Buku Rekod Guinness, edisi 2011 Wiki Loves Monuments memecahkan rekod dunia untuk pertandingan fotografi terbesar.[3] Pada tahun 2012, pertandingan itu telah dilanjutkan di luar Eropah, dengan sejumlah 35 negara peserta. Semasa Wiki Loves Monuments 2012, lebih daripada 350,000 gambar monumen bersejarah telah dimuat naik oleh lebih daripada 15,000 peserta. Pada tahun 2013, pertandingan Wiki Loves Monuments diadakan di enam benua termasuk Antartika dan mempunyai penyertaan rasmi dari lebih daripada lima puluh negara di seluruh dunia. Edisi WLM 2016 disokong oleh UNESCO dan menyaksikan 10,700 peserta dari 43 buah negara yang menyerahkan 277,000 gambar.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ tarikh permulaan lazim
  2. ^ tarikh tamat lazim
  3. ^ Guinness World Records, Largest photography competition, 2012.
  4. ^ Choudhry, Saqib Qayyum (11 October 2016). "Wiki Loves Monuments: Top 10 pictures from Pakistan". Dawn. Dicapai 13 October 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]