Wikipedia:Berkemungkinan akan dicabar
Penampilan
Esei ini bukanlah dasar atau/dan garis panduan secara sendirian, ia lebih menjurus kepada penyataan tambahan selain dari praktis dan polisi Wikipedia. Silalah rujuk kepada dasar atau garis panduan yang sesuai dan relevan dengan topik berkaitan, sekira berlakunya ketidaksamaan maksud perihal antara laman ini dan laman-laman lain bersangkutan. |
Dasar kandungan Wikipedia memerlukan petikan sebaris untuk semua petikan langsung, dan bagi apa-apa bahan yang telah dicabar, atau mungkin akan dicabar.
Komuniti menggunakan kamus bahasa Melayu berkenaan berkemungkinan: "mempunyai kemungkinan" atau "ada kemungkinannya".[1] Kebanyakan ayat berkemungkinan akan dicabar, dan kebanyakan ayat tidak berkemungkinan akan dicabar.
- Jika, berdasarkan pengalaman anda, kenyataan yang diberikan mempunyai peluang yang lebih besar daripada 50% daripada dicabar dengan niat yang baik, sama ada dengan penyingkiran, dalam perbincangan di laman perbincangan itu, atau dengan penambahan {{fakta}} atau tag yang sama, maka anda harus membekalkan petikan sebaris untuk bahan itu.
- Jika, berdasarkan pengalaman anda, kenyataan yang diberikan mempunyai peluang kurang daripada 50% daripada dicabar, maka petikan sebaris adalah tidak diperlukan untuk bahan itu.