Pergi ke kandungan

Wikipedia:Bulan Asia Wikipedia/2025

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan penyertaanAcara dalam talian
Masa mula dan tamat05:00, 10 November 2025 – 23:59, 30 November 2025
Zon waktu: +00:00
Bilangan peserta4 peserta
Bulan Asia Wikipedia 2025

Bulan Asia Wikipedia ialah sebuah marasunting dalam talian yang bertujuan untuk meningkatkan persefahaman dalam kalangan komuniti Wikipedia Asia. Diadakan sehingga akhir November 2025, tujuan Bulan Asia di Wikipedia Bahasa Melayu adalah untuk menambah baik bilangan dan kualiti rencana mengenai negara-negara Asia selain negara asal penyunting.

Sebagai sebuah lambang persahabatan antara komuniti Wikipedia Asia, setiap peserta yang mencipta sekurang-kurangnya 4 rencana yang menepati ciri-ciri akan menerima sebuah Pingat yang direka khas daripada Kumpulan Pengguna Bulan Asia Wikimedia.

Unjuran ortografik benua Asia
Unjuran ortografik benua Asia

Peraturan

Secara ringkas: Rencana baru, berkaitan Asia (rakyat, tempat, budaya dan lain-lain), bermutu baik, minimum 3,000 bait dan 300 patah perkataan, dihasilkan pada bulan November 2022 dan bukannya rencana senarai.
Secara terperinci:

  • Rencana yang anda cipta mestilah dihantar dari 1 November 2025 0:00 sehingga 30 November 2025 23:59 (UTC).
  • Suntingan anda mestilah sekurang-kurangnya 3,000 bait.
  • Rencana mesti menepati ciri-ciri layak.
  • Rencana mestilah mempunyai liputan rujukan berwibawa; kenyataan yang meragukan dan bertengkarah mestilah boleh disahkan melalui senarai penukilan dalam rencana.
  • Rencana mestilah bukan terjemahan mesin bulat-bulat, dan mestilah mempunyai gaya bahasa yang betul.
  • Tidak mempunyai sebarang isu (tiada teg) pada rencana
  • Rencana yang bermaklumat
  • Rencana dibuat mengenai negara atau rantau Asia selain negara sendiri. Penyunting dari Malaysia tidak boleh membuat rencana mengenai Malaysia, penyunting dari Indonesia tidak boleh membuat rencana mengenai Indonesia.

Catatan:

  • Juri dari Wikipedia Bahasa Melayu akan mengenal pasti sama ada sesuatu rencana diterima atau sebaliknya.

Daftar

Daftarlah di sini dan hantarkan rencana anda. Anda boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang bulan November.

Penganjur