Wikipedia:Calon gambar pilihan/2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Minggu 1

Calon 1

Kolej Corpus Christi di Universiti Cambridge
Kolej Corpus Christi ialah sebuah kolej konstituen bagi Universiti Cambridge di England. Merupakan kolej keenam tertua di Cambridge, ia adalah satu-satunya kolej yang ditubuhkan oleh orang setempat. Kolej ini berada dalam kalangan kolej terkaya Cambridge dan juga salah satu kolej yang berjaya dari segi akademik.

Keputusan

Calon tunggal tidak diundi, maka gambar minggu lepas (Pemujaan Para Gembala (Giorgione)) diteruskan ke minggu ini. 26 Ramadan (Bincang) 07:31, 1 Januari 2017 (UTC)[balas]

Minggu 2

Undian


Calon 1

Kolej Corpus Christi di Universiti Cambridge
Kolej Corpus Christi ialah sebuah kolej konstituen bagi Universiti Cambridge di England. Merupakan kolej keenam tertua di Cambridge, ia adalah satu-satunya kolej yang ditubuhkan oleh orang setempat. Kolej ini berada dalam kalangan kolej terkaya Cambridge dan juga salah satu kolej yang berjaya dari segi akademik.Diliff

Keterangan

Pencalonan minggu lepas diteruskan ke minggu ini memandangkan ia masih belum diundi. 26 Ramadan (Bincang) 07:31, 1 Januari 2017 (UTC)[balas]

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 3

Undian


Calon 1

Angsa Kanada
Angsa Kanada (Branta canadensis) adalah satu spesies angsa liar bersaiz besar yang berasal daripada kawasan Amerika Utara. Kadang kala ia bermigrasi sehingga ke utara Eropah. Seperti kebanyakan angsa-angsa lain, angsa Kanada tergolong sebagai haiwan herbivor dan selalunya berhijrah; ia boleh ditemui di kawasan berdekatan dengan air tawar.Foto : Alan D. Wilson

Keterangan

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 4

Undian

Calon 1

Lukisan Perjanjian Westfalia di Münster
Pengesahan Perjanjian Damai Münster pada 1648, seperti yang dilukis oleh Gerard ter Borch pada tahun yang sama. Selepas tujuh tahun rundingan, perjanjian ini telah dipersetujui di mana Sepanyol mengiktiraf kemerdekaan Belanda Bersatu. Perjanjian ini menyumbang kepada Perjanjian Damai Westfalia, yang mengakhiri Perang Tiga Puluh Tahun dan Lapan Puluh Tahun.

Keputusan

Calon tunggal tidak diundi, maka gambar minggu lepas (Angsa Kanada) diteruskan ke minggu ini. – 26 Ramadan (b-s) 06:28, 22 Januari 2017 (UTC)[balas]

Minggu 5

Undian

Calon 1

Pencalonan minggu lepas (Perjanjian Damai Münster) diteruskan ke minggu ini memandangkan ia masih belum diundi. – 26 Ramadan (b-s) 06:28, 22 Januari 2017 (UTC)[balas]

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 6

Undian


Calon 1

Seekor Trochilus polytmus betina yang difotokan di Bukit Strawberry, Jamaica
Trochilus polytmus juga dikenali sebagai burung doktor, ekor gunting atau burung madu ekor gunting merupakan satu spesies burung madu yang berasal daripada Jamaica. Burung ini pernah muncul dalam siri buku cerita pendek James Bond karya Ian Fleming yang bertajuk For Your Eyes Only.Charlesjsharp

Keterangan

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 7

Undian


Calon 1

Sebuah LCAC-55 milik Tentera Marin Amerika Syarikatsedang dikendalikan untuk memasuki kapal penyerang amfibia USS Kearsarge (LHD-3).
LCAC adalah sejenis kenderaan kusyen udara (hovercraft) yang digunakan sebagai kapal pendarat oleh Unit Kapal Serbuan, Tentera Laut Amerika Syarikat dan Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun. Ia mampu mengangkut sistem persenjataan, peralatan, kargo dan anggota tentera daripada pasukan serbuan marin daripada kapal ke pantai dan darat.Sarah E. Ard

Keterangan

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 8

Undian


Calon 1

Peta Americae Sive Quartae Orbis Partis Nova Et Exactissima Descriptio
Americae Sive Quartae Orbis Partis Nova Et Exactissima Descriptio ialah peta geografi hiasan benua Amerika yang dihasilkan pada 1562 oleh jurupeta Sepanyol Diego Gutiérrez dan pelukis Flanders Hieronymus Cock. Ia merangkumi pantai timur Amerika Utara, keseluruhan Amerika Tengah dan Selatan serta bahagian pantai barat Eropah dan Afrika. Peta ini merupakan peta dinding skala terawal bagi Dunia Baru dan yang pertama menggunakan nama "California". Hanya dua salinan yang masih diketahui sehingga hari ini.

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 9

Undian


Calon 1

Topeng Emas Tutankhamun di Muzium Mesir
Tutankhamun (/ˌttənkɑːˈmn/; atau Tutenkh-, -amen, -amon) adalah firaun Mesir dari dinasti ke-18. Makam beliau telah dijumpai oleh Howard Carter dan Lord Carnarvon pada tahun 1922. Penemuan makam beliau yang mendapat liputan meluas telah mencetuskan minat orang awam akan tamadun Mesir Purba di seluruh dunia.Carsten Frenzl

Keterangan

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 12

Undian


Calon 1

Tolok skru mikrometer
Tolok skru mikrometer (juga dipanggil mikrometer) adalah satu alat yang digunakan untuk mengukur panjang atau tebal jasad yang kecil dengan kepersisan yang tinggi. Tolok skru mikrometer ini mempunyai kepersisan yang lebih tinggi daripada angkup vernier. Mikrometer biasanya terdapat dalam bentuk angkup.Gambar oleh: Lucasbosch

Setuju

SNN95 18:23, 12 Mac 2017 (UTC)[balas]

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 13

Undian


Calon 1

Albert Einstein
Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori".

Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.Gambar oleh: Ferdinand Schmutzer; dibaik pulih oleh: Adam Cuerden

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 14


Calon 1

Moros, Zaragoza
Moros merupakan sebuah kawasan perbandaran yang terletak di wilayah Zaragoza, Sepanyol. Terletak di banjaran gunung Sistema Ibérico, perkampungan terletak di sebuah bukit, dengan gereja dan bekas dewan bandar di bahagian atas, kediaman di tengah, dan kandang kambing di bahagian bawah. Penduduk Moros telah semakin berkurangan dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dan 478 orang pada tahun 2006.Gambar oleh: Diego Delso

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 15

Undian


Calon 1

Drift
Drift merujuk pada sejenis teknik memandu dan sukan bermotor di mana pemandunya sengaja melakukan belok lebih (oversteer), menyebabkan kehilangan cengkaman pada roda belakang semasa membelok, sambil mengekalkan kawalan kereta dan kelajuan output yang tinggi. Sebuah kereta dikatakan akan drift apabila sudut gelincir pada bahagian belakang lebih besar daripada sudut gelincir hadapan, sebelum apeks selekoh, dan roda hadapan menunjuk kepada arah yang bertentangan dengan arah belokan (misalnya jika kereta membelok ke kiri, tayar akan menunjuk ke arah kanan dan sebaliknya), dan pemandu mengawal faktor-faktor ini. Sebagai sejenis sukan bermotor, pertandingan drift profesional diadakan di seluruh dunia.Gambar oleh: Rowan Harrison

Keterangan

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 16

Undian


Calon 1

Martin Luther King, Jr.
Martin Luther King, Jr. (15 Januari 1929-14 April 1968) dilahirkan di Atlanta ialah salah seorang pemimpin hak awam terkenal dari Amerika Syarikat, khususnya melalui ucapan Saya Mempunyai Impian pada 1963. Beliau juga merupakan seorang yang giat dalam politik dan pemimpin baptis. Dr. King merupakan lelaki termuda yang dianugerahkan gelaran Hadiah Keamanan Nobel (1964) atas usahanya untuk mewujudkan keamanan dalam anti-keganasan dan hak sama rata bagi setiap kaum. Pada April 4, 1968, King telah dibunuh di Memphis, Tennessee.Adam Cuerden

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 17

Undian


Calon 1

Lebah madu
Lebah madu ialah subset lebah dalam genus Apis, dibezakan terutamanya dengan penghasilan dan simpanan madu dan pembinaan koloni sarangnya yang sempurna daripada lilin lebah. Hanya lebah madu merupakan ahli yang masih hidup dalam puak Apini, semua dalam genus Apis. Sekarang ini, terdapat hanya tujuh spesies lebah madu dikenalpasti dengan jumlah 44 subspesies, walaupun sejarahnya, kira-kira daripada enam hingga sebelas spesies telah dikenalpasti. Lebah madu mewakili hanya pecahan kecil daripada kira-kira 20,000 spesies lebah yang dikenali. Beberapa jenis lebah bersaudara menghasilkan dan menyimpan madu, namun hanya ahli dalam genus Apis merupakan lebah madu sebenar.Muhammad Mahdi Karim

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 18

Undian


Calon 1

Elliðaey
Elliðaey (kadangkala dipanggil sebagai Ellirey) merupakan pulau ketiga terbesar dalam kepulauan Vestmannaeyjar yang terletak di selatan negara Iceland. Dengan keluasan 0.45 kilometer persegi (0.17 bt2), pulau ini dimiliki oleh Persatuan Pemburuan Elliðaey dan ia juga berada dalam kawasan Pemuliharaan Kebangsaan kerana pulau ini menempatkan beberapa koloni burung laut yang unik dan signifikan.Diego Delso

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 19

Undian


Calon 1

Masjid Larabanga
Masjid Larabanga merupakan sebuah masjid yang terdapat di negara Ghana. Masjid ini terletak di kampung Larabanga, sebuah petempatan yang berada di kawasan utara. Seni bina bangunan ini dipengaruhi oleh gaya seni bina Sudan dan ia berukuran 8 meter persegi. Ia juga terdiri daripada 4 buah pintu masuk dan terdapat sebuah menara di bahagian sudut barat laut bangunan.Sathyan Velumani

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 20

Undian


Calon 1

Mieke Wijaya
Mieke Wijaya, merupakan salah seorang pelakon veteran Indonesia, pada sekitar tahun 1960. Beliau telah muncul dalam 70 buah filem dan telah memenagi tiga anugerah Festival Filem Indonesia. Beliau merupakan isteri dari pelakon senior Indonesia, Dicky Zulkarnaen. Pasangan ini dikurniakan anak yang juga seorang pelakon iaitu Nia Zulkarnaen.Gambar oleh: Tati Photo Studio, Mangga Dua, Jakarta

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 21

Undian


Calon 1

{{{texttitle}}}
Taurus–Littrow adalah sebuah lembah Bulan yang terletak di sisi dekat di koordinat 20°00′N 31°00′E / 20.0°N 31.0°E / 20.0; 31.0. Ia berkhidmat sebagai tapak pendaratan untuk misi Apollo 17 Amerika pada bulan Disember 1972, misi bermanusia terakhir ke Bulan setakat ini.Gambar oleh: NASA

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 22

Undian


Calon 1

Nebula Carina
Nebula Carina ialah sebuah nebula cerah yang mengelilingi beberapa bintang gugusan terbuka. Dua daripada bintang terbesar galaksi kita, Eta Carinae and HD 93129A, terangkum dalam nebula ini. Nebula Carina dianggarkan terletak antara 6,500 dan 10,000 tahun cahaya dari Bumi. Ia kelihatan di dalam buruj Carina, dan terletak pada Lengan Carina–Sagittarius. Nebula ini mengandungi berbilang bintang jenis-O. Nebula Carina merupakan satu daripada nebula resap yang kelihatan di langit. Walaupun ia lebih kurang empat kali ganda lebih besar dan lebih cerah daripada Nebula Orion, nebula ini kurang terkenal kerana kedudukannya di Hemisfera Selatan. Ia ditemui dari Tanjung Harapan oleh Nicolas Louis de Lacaille pada tahun 1751–52.Gambar: Balai Cerap Selatan Eropah/T. Preibisch

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 23

Undian


Calon 1

Masjid Taj Mahal
Sebuah masjid di kompleks Taj Mahal di Agra, India. Bangunan batu pasir merah, di sebelah barat kompleks, menhadap sebelah barat makam. Di barisan hadapan ialah howz, bermaksud kawasan wuduk. Di sebelah timur kompleks adalah jawab ("jawapan"), imej cermin masjid, melainkan mihrab yang hilang dan corak lantai yang berbeza; ini jawab ini terutamanya bertujuan untuk keseimbangan seni bina. Kedua-duanya telah dibina pada tahun 1643.Gambar: Muhammad Mahdi Karim

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 24

Undian


Calon 1

Sebuah iklan pertambahan berat badan tahun 1895
Sebuah iklan menggesa pembaca untuk "GET FAT", di mana seorang wanita yang digambarkan membuat kenyitan mata konspirasi kerana dia berkongsi rahsia untuk kecantikannya.Iklan: The Gribler Bank Note Co. daripada gambar Bakers Art Gallery
Pemulihan: Lise Broer

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 25

Undian


Calon 1

LH 95
LH 95 ialah tapak semaian najam bersaiz sederhana di Awan Magellan Besar yang mengorbit dalam Bima Sakti.Gambar: NASA/ESA

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 26

Undian


Calon 1

Manorina melanocephala
Manorina melanocephala adalah burung penghisap madu dalam keluarga endemik dari timur dan tenggara Australia dan makanan burung ini kebanyakannya madu, buah-buahan dan serangga. Spesies yang sangat bingit mempunyai pelbagai jenis lagu, panggilan, herdikan dan amaran, hidup dalam kumpulan yang besar, dan bersifat kewilayahan. Habitat telah berkembang di pelbagai tempat di sepanjang julat habitat mereka, dan oleh itu kini dikatakan terlalu banyak.Gambar: JJ Harrison

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 27

Undian


Calon 1

Lutetium
Kepingan lutetium yang didendrit pemejalwapankan, begitu juga dengan arka argon dicairkan menjadi kiub 1 cm3 sebagai perbandingan. Lutetium adalah logam nadir bumi yang sangat keras dan putih keperakan yang telah ditemui sebagai bendasing dalam mineral yterbia. Ia jarang dijumpai dan mahal, dan mempunyai beberapa kegunaan tertentu.Gambar: Alchemist-hp

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 28

Undian


Calon 1

Stesen Angkasa Antarabangsa
Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) seperti yang dilihat dari Bolak-balik Angkasa Lepas Endeavour. Zarya, modul pertama ISS yang dilancarkan pada tahun 1998, dilihat di latar depan. Sejak itu, dua puluh enam penerbangan bolak-balik angkasa lepas telah berlabuh di ISS untuk memasang pelbagai modul dan komponen lain, termasuk empat pasang susunan suria dilihat di setiap sisi.Gambar: NASA

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 29

Undian


Calon 1

Impala
Beberapa ekor impala betina sedang meminum di sebuah pinggiran air. Impala ialah seekor binatang yang mempunyai dimorfisme seks. Berat impala betina boleh mencecah 10 hingga 25 kilogram (22 hingga 55 lb), kurang sedikit daripada jantan yang mempunyai tanduk.Gambar: Alchemist-hp

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 30

Undian


Calon 1

Sempadan Mexico–Amerika Syarikat
Sebahagian daripada sempadan Mexico–Amerika Syarikat, menunjukkan pagar kecil yang memisahkan Tijuana, Mexico yang padat penduduknya. Bahagian kanan, dari Amerika Syarikat di Peronda Sempadan Sektor San Diego. Lintasan San Diego–Tijuana adalah lintasan sempadan tersibuk di dunia.Gambar: Gordon Hyde

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 31

Undian


Calon 1

Jaguar
Seekor jaguar (Panthera onca) jantan yang liar berdekatan dengan Rio Negro di Pantanal, Brazil. Jaguars daripada Pantanal adalah spesies terbesar mereka, kira-kira 2.7 m (8 ka 10 in) panjang, dengan berat purata kira-kira 100 kg (220 lb), dan sebilangan yang seberat lebih daripada 135 kg (298 lb). Jaguar merah adalah maskot bagi Sukan Olimpik Mexico 1968 di Mexico City, dan ketika Sukan Olimpik Musim Panas 2016, seekor jaguar dalam warna hijau dan kuning kebangsaan adalah maskot pasukan Brazil.Gambar: Charles J. Sharp

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 32

Undian


Calon 1

Daun
Struktur skala halus daun yang memaparkan tisu utama; epitelium atas dan bawah (dan kutikel yang berkaitan), palisad serta mesofil span sel kawal daripada stoma. Tisu vaskular (urat) tidak ditunjukkan. Organel sel tumbuhan yang utama (dinding sel, nukleus, kloroplas, vakuol dan sitoplasma juga ditunjukkan.Richard Wheeler

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 33

Undian


Calon 1

Gelang Zuhal
Dua pandangan gelang Zuhal: separuh bahagian atas imej menunjukkan sisi cahaya yang diterangi (menghadap matahari) dari gelang dalam cahaya tampak seperti yang dilihat oleh kuar Cassini, dan bahagian bawah adalah imej simulasi yang dibina daripada data penghijaban radio. Warna pada imej bawah digunakan untuk mewakili maklumat mengenai saiz zarah gelang, seperti berikut: isyarat radio pada panjang gelombang 0.94, 3.6 dan 13 cm dihantar serentak dari Cassini melalui gelang ke Bumi. Pelemahan setiap isyarat mencerminkan banyaknya zarah gelang saiz yang serupa dengan panjang gelombang dan lebih besar. Warna ungu, dalam banyak gelang pertengahan (B) dan bahagian dalam gelang luar (A), menunjukkan beberapa zarah yang lebih kecil daripada 5 cm hadir, iaitu, pelemahan serupa untuk semua isyarat. Hijau dan biru, di dalam gelang dalam (C) dan bahagian luar gelang A, menunjukkan zarah yang lebih kecil daripada 5 cm dan 1 cm, masing-masing adalah biasa. Kawasan putih gelang B adalah yang terpadat dan menghantar terlalu sedikit isyarat untuk anggaran saiz.Gambar: NASA/JPL/SSI

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 34

Undian


Calon 1

jakal berbelakang hitam
Seekor jakal berbelakang hitam (Canis mesomelas) sedang memakan bangkai springbok di Taman Negara Etosha, Namibia. Spesies jakal ini, yang terdapat di selatan dan timur Afrika, adalah diantara paling tulen daripada anjing. Ia disenaraikan oleh IUCN sebagai kebimbangan paling rendah, disebabkan oleh jangkauan dan kebolehsesuaiannya yang luas, walaupun terus diburu.

Setiap jakal berukuran 38-48 cm (15-19 inci) dari bawah hingga ke bahu dan panjang badan berukuran 67.3-81.2 cm (26.5-32.0 inci) dan ia merupakan omnivor walaupun boleh sesuaikan dengan baik untuk makan daging. Mereka hidup dalam pasangan monogami, mempertahankan wilayah mereka bersama-bersama.Gambar: Yathin S Krishnappa

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 35

Undian


Calon 1

Hablur bismut buatan
Sebuah hablur bismut buatan, menggambarkan struktur kristal langkah tangga, dengan logam bismut 1 cm padu sebagai perbandingan. Permukaan berkilauan di sini ialah lapisan pengoksidaan yang sangat nipis.Gambar: Heinrich Pniok

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 36

Undian


Calon 1

Panorama Auckland
Pandangan panorama Auckland, bandar terbesar dan paling ramai penduduk di New Zealand. Di bahagian paling kiri ialah Jambatan Pelabuhan Auckland; di tengah-tengah gambar adalah Sky Tower dan daerah pusat perniagaan (CBD) yang masing-masing sangat terkenal, yang juga merupakan salah satu kawasan yang paling membangun di negara ini.Gambar: Christian Mehlführer

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 37

Undian


Calon 1

Masjid Ferhat Pasha
Masjid Ferhat Pasha (juga dikenali sebagai Masjid Ferhadija) adalah sebuah masjid yang terletak di bandar Banja Luka. Masjid yang menjadi pencapaian terbaik senibina Islam Uthmaniyyah di Bosnia dan Herzegovina pada kurun ke-16 di Eropah. Masjid ini telah dimusnahkan semasa Perang Bosnia pada tahun 1993 di atas arahan pihak berkuasa Republika Srpska, tetapi kemudian telah dibina semula dan dibuka pada 7 Mei 2016.Gambar: Samirzahirovic

Keterangan

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 38

Undian


Calon 1

Brownie coklat
Brownie coklat adalah pencuci mulut yang dibakar bertekstur diantara kek dan biskut. Dibangunkan di Amerika Syarikat pada penghujung abad ke-19, resipi itu dipopularkan pada separuh pertama abad ke-20. Walaupun brownie boleh dibuat tanpa bahan tambahan, tetapi biasanya ditambah kacang (biasanya walnut) dan cip coklat untuk menjadikannya lebih besar. Mereka biasanya dimakan dengan tangan, sering diiringi oleh susu, disajikan dengan panas dengan ais krim (à la mode), dihiasi dengan krim putar, atau ditaburi dengan gula tepung dan fudge. Mereka adalah hidangan makanan ruji tengah hari, dan juga popular di restoran dan kedai kopi.Gambar:

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 39

Undian


Calon 1

Pulau Jeju
Pulau Jeju adalah pulau terbesar di luar pantai Semenanjung Korea, dan pulau utama Wilayah Jeju dari Korea Selatan. Pulau ini terletak di Selat Korea, selatan dari Wilayah Selatan Jeolla. Ia mengandungi Tapak Warisan Dunia alam semula jadi, iaitu Pulau Vulkanik Jeju dan Tiub Lava. Jeju mempunyai iklim sederhana; walaupun pada musim sejuk, suhu jarang jatuh di bawah 0 °C (32 °F).Gambar: Robert Simmon

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 40

Undian


Calon 1

Hafnium
Hafnium merupakan unsur kimia bersimbolkan Hf dan bernombor atom 72. Hafnium adalah logam peralihan tetravalens yang berkilau keperakan, dan sifat kimianya seakan zirkonium serta dijumpai dalam kebanyakan mineral-mineral zirkonium. Kewujudan unsur ini diramalkan oleh Dmitri Mendeleev pada tahun 1869, walaupun ia tidak dikenalpasti sehingga tahun 1923, oleh Dr Alexander Scott, menjadikannya unsur stabil yang akan ditemui. Hafnium dinamakan sempena Hafnia , nama Latin untuk Copenhagen, di mana ia ditemui.Gambar: Heinrich Pniok

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 41

Undian


Calon 1

Thomas Müller
Thomas Müller (lahir 1989) adalah pemain bola sepak Jerman yang bermain untuk Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Jerman. Müller bermain sebagai Pemain tengah atau Penyerang, dan telah digunakan dalam pelbagai peranan-sebagai penyerang antaranya pemain tengah menyerang, penyerang kedua, dan sama ada pemain sayap. Beliau telah dipuji kerana kedudukan beliau, bekerja berpasukan dan stamina, dan telah menunjukkan konsistensi dalam jaringan dan mewujudkan gol. Produk daripada Bayern sistem belia, dia membuat perintisan skuad utamanya dalam musim 2009-10 selepas Louis van Gaal telah dilantik sebagai jurulatih utama; dia bermain hampir setiap perlawanan kelab itu memenangi Liga dan piala berganda dan sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.Gambar: Michael Kranewitter

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 42

Undian


The Shard
The Shard adalah pencakar langit yang mempunyai 95 tingkat di Southwark, London, yang membentuk pembangunan London Bridge Quarter. Berdiri setinggi 309.7 m (1,016 ka), The Shard adalah bangunan tertinggi di United Kingdom. Direka oleh Renzo Piano dan dibina antara 2009 dan 2012, ia mempunyai 72 tingkat yang boleh dihuni, dengan sebuah pameran galeri dan dek pemerhatian terbuka di tingkat 72.Gambar: Colin

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 43

Undian


Calon 1

Perakam kaset RadioShack
Sebuah perakam kaset, dihasilkan dan dijual oleh RadioShack. Perakam pita mudah alih tersebut menggunakan Kaset Padat untuk merakam audio menggunakan mikrofon terbina dalamnya. Audio ini kemudiannya dimainkan semula di mana-mana dek kaset.Gambar: Evan Amos

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 44

Undian


Calon 1

Echidna catenata
Echidna catenata, dikenali sebagai chain moray di perairan barat, merupakan sejenis malung yang terdapat di bahagian cetek di Lautan Atlantik barat dan Caribbean. Ia kadang-kadang dijadikan perdagangan akuarium. Ia membesar sehingga panjang maksimum 165 cm (65 in) tetapi panjang yang lebih biasa adalah kira-kira 40 cm (16 in).Gambar: Betty Wills

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 45

Undian


Calon 1

Citah betina
Citah betina (Acinonyx jubatus) di Phinda Private Game Reserve, Kwa-Zulu Natal, Afrika Selatan. Citah boleh memecut sehingga 0 hingga 60 miles per jam (0 hingga 97 km/j) dalam masa kurang dari 3 saat dan purata 40 bpj (64 km/j) semasa pengejaran. Spesies ini diklasifikasikan sebagai terjejas, dengan hanya 7,000 sahaja yang tinggal di dalam hutan.Gambar: Charles J. Sharp

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 46

Undian


Calon 1

Safron
Safron merupakan rempah yang diambil daripada bunga Crocus sativus, biasanya dikenali sebagai "crocus safron". Stigma dan gaya yang dipanggil benang, dikumpulkan dan dikeringkan untuk digunakan terutamanya sebagai perasa dan agen pewarna dalam makanan. Safron, di antara rempah-rempah yang paling mahal dan lama di dunia dengan hanya menggunakan berat, mungkin pertama ditanam di atau berhampiran Greece. Hari ini Iran menyumbang lebih kurang 90% daripada pengeluaran global.Gambar: Hubertl

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 47

Undian


Calon 1

Agfa Optima 1a
Agfa Optima 1a ialah kamera yang dihasilkan oleh pengeluar Jerman Agfa yang bermula pada tahun 1962. Salah satu filem automatik 35mm kamera, ia mengambil kuasa yang diperlukan untuk membaca tahap cahaya untuk pengiraan automatik apertur dan kelajuan pengatup daripada sel selenium.Gambar: Uwe Aranas

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 48

Undian


Calon 1

Pampus
Pampus ialah pulau buatan dan benteng laut akhir abad ke-19 yang terletak di IJmeer berhampiran Amsterdam. Bersama dengan pasukan meriam di pulau rumah api berhampiran Durgerdam dan meriam di benteng laut Diemer, Pampus melindungi pintu masuk ke IJ Bay dan pelabuhan Amsterdam. Pampus kini dimiliki oleh perbandaran Gooise Meren dan dibuka kepada pelawat.Gambar: Johan Bakker

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 49

Undian


Calon 1

Unjuran Robinson
Unjuran Robinson adalah unjuran peta dari sebuah peta dunia yang menunjukkan seluruh dunia sekaligus. Unjuran Robinson yang telah direka oleh Arthur Robinson pada tahun 1963 dalam respon untuk rayuan dari syarikat Rand McNally, yang telah menggunakan unjuran ini dalam dalam usaha untuk mencari kompromi yang baik untuk masalah mudah menunjukkan seluruh dunia sebagai imej rata. Syarikat tersebut dan National Geographic Society mula menggunakan unjuran Robinson untuk tujuan umum peta dunia pada tahun 1988 hingga 1998.Peta: Strebe, menggunakan Geocart

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 50

Undian


Calon 1

Orthetrum coerulescens
Orthetrum coerulescens adalah sejenis spesies pepatung Eropah. Ia biasanya dijumpai di tanah yang berasid berasaskan, di mana ia sering dilihat bersama cordulegaster boltonii.Gambar: Andreas Eichler

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 51

Undian


Calon 1

Angklung
Salah satu nada tunggal angklung daripada Bandung, Indonesia. Angklung merupakan sebuah alat muzik diperbuat daripada pelbagai tiub buluh yang dilekatkan pada bingkai buluh. Asas rangka dipegang dalam satu tangan, sementara tangan yang lain goncangkan alat itu. Ini menyebabkan nota berulang berbunyi. Tiub yang diukir mempunyai nada resonan apabila digoncang dan ditala kepada oktaf. Apabila angklung tunggal seperti ini digunakan dalam beberapa susunan angklung, setiap pemain memainkan hanya satu nota atau lebih, tetapi bersama-sama lalu menghasilkan melodi lengkap.Gambar: Chris Woodrich

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi

Minggu 52

Undian


Calon 1

Kumbang harimau
Kumbang harimau adalah kumpulan besar kumbang yang dikenali kerana tabiat pemangsa mereka yang agresif dan kelajuan bergerak. Spesies kumbang harimau yang paling cepat boleh bergerak pada kelajuan 9 km/j (5.6 bsj), atau kira-kira 125 panjang badan sesaat. Pada tahun 2005, kira-kira 2,600 spesies dan subspesies diketahui, dengan kepelbagaian terkaya di alam Indomalayan, diikuti oleh Neotropik.Gambar: Muhammad Mahdi Karim

Setuju

Tidak setuju

Keputusan

Versi boleh ubahVersi dilindungi