Wikipedia:Calon rencana pilihan/Februari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bekantan jantan

Bekantan, monyet belanda atau bayau (Nama saintifik: Nasalis larvatus) merupakan sejenis monyet yang mendiami pokok dan endemik di pulau Borneo. Monyet spesies ini hidup di samping orang utan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Nasalis, biarpun langur Pulau Pagai juga pernah dikatakan serumpun dalam genus tersebut. Spesies monyet ini mudah dicam kerana hidungnya yang begitu besar. Bekantan tergolong dalam subfamili Colobinae di bawah rumpun monyet Dunia Lama. Terdapat dua subspesiesnya, iaitu N. l. larvatus (Wurmb, 1787) yang menduduki seluruh taburan spesiesnya dan N. l. orientalis (Chasen, 1940) yang terhad di Kalimantan barat laut. Walau bagaimanapun, perbezaan antara dua subspesies ini halus sekali.

Nama timangan bagi monyet ini adalah "monyet belanda" ataupun "orang belanda" kerana ia disamakan oleh orang tempatan dengan penjajah Belanda yang demikian besar perut dan hidungnya.

Rencana pilihan sebelum ini: