Wikipedia:Calon rencana pilihan/Mei 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Potret Hasan al-Kharrat

Hasan al-Kharrat (1861–1925) ialah seorang komander pemberontak dalam Pemberontakan Syria Besar yang menentang Mandat Perancis, beroperasi terutamanya di kawasan Damsyik dan perkampungan Ghouta. Sebagai seorang qabaday (ketua belia tempatan) bagi kawasan al-Shaghour di Damsyik, beliau mempunyai hubungan dengan Nasib al-Bakri, seorang pejuang kebangsaan daripada keluarga paling berpengaruh di kawasan itu. Dengan undangan al-Bakri, beliau menyertai pemberontakan pada Ogos 1925 dan membentuk sekumpulan pejuang dari dan kawasan sekeliling al-Shaghour.

Beliau mengetuai serangan terhadap Damsyik, merampas kediaman Pesuruhjaya Tinggi Perancis Maurice Sarrail, sebelum menarik diri setelah pengeboman dilakukan oleh pihak Perancis. Hubungan antara al-Kharrat dengan ketua-ketua pemberontak lain semakin tegang terutamanya dengan Sa'id al-'As dan Ramadan al-Shallash. Al-Kharrat terus memimpin serbuan di Ghouta, di mana beliau akhirnya dibunuh oleh serangan hendap daripada pihak Perancis. Pemberontakan tersebut melesap pada 1927, tetapi beliau memperoleh reputasi sebagai seorang syahid penentangan Syria terhadap pemerintahan Perancis. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini: