Wikipedia:Calon rencana pilihan/Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019/arkib1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019[sunting sumber]

Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019 (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Hanamanteo (bincang · sumbangan · log) 08:46, 5 Februari 2021 (UTC)[balas]
Hospital Sultan Ismail

Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019 ialah kejadian pencemaran air yang berlaku pada 7 Mac 2019, berpunca daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Beberapa pelajar dan pekerja kantin dari dua sekolah berhampiran sungai mula jatuh sakit dan mengadu kesukaran bernafas, sehingga mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail (gambar). Gelombang keracunan air kedua berkuat kuasa pada 11 Mac dengan 106–207 lagi mangsa telah dimasukkan ke hospital sebelum meningkat kepada lebih daripada 1,000 mangsa. Pembuangan secara haram itu mengeluarkan asap toksik, menjejaskan 6,000 orang dan 2,775 menerima rawatan. Kebanyakan mangsa ialah pelajar sekolah—110 sekolah kemudian ditutup di sepanjang sungai.

Melalui penyiasatan, sebuah lori tangki dipercayai telah membuang sisa kimia ke Sungai Kim Kim pada awal pagi sebelum mangsa jatuh sakit. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menangkap seorang pemilik kilang kimia di Kulai pada 10 Mac lalu diikuti dengan penangkapan lain yang melibatkan pemilik kilang sisa dan salah seorang pekerja di Taman Pasir Puteh pada hari berikutnya selepas beberapa siri penyiasatan. Pasukan penyiasat juga telah mengenal pasti bahan kimia yang dilupus secara haram sebagai minyak marin yang mengeluarkan gas metana yang mudah terbakar dan asap benzena. Beberapa gas toksik lain dikenal pasti terbebas berikutan interaksi bahan kimia yang bertindak balas dengan air dan udara termasuk akrolein, akrilonitril, etilbenzena, hidrogen klorida, D-limonena, toluena dan xilena yang boleh menyebabkan sakit kepala, loya, pengsan dan kesukaran bernafas jika disedut.

Sembilan orang lagi ditangkap oleh polis berkaitan dengan kes itu, dengan dua ditangkap di Johor Bahru manakala tujuh ditahan di luar kawasan Johor Bahru pada 17 Mac. Dua suspek utama yang dipercayai berperanan dalam mengatur pengangkutan bahan toksik telah ditangkap pada 19 Mac, menjadikan jumlah itu seramai 11 orang. Satu suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas terbukti tidak berkaitan dengan kes itu. Dua pemilik syarikat dan seorang pekerja yang berusia antara 40 hingga 50 tahun telah ditangkap kerana disyaki menjadi dalang kepada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim. Polis juga telah meminta bantuan Interpol bagi menjejaki seorang lelaki warga Singapura dalam lingkungan usia 30-an yang disyaki terlibat dengan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Boleh ditampilkan pada bulan Mac nanti. Hanamanteo (bincang) 08:46, 5 Februari 2021 (UTC)[balas]