Wikipedia:Calon rencana pilihan/September 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Poster filem Munafik 2016

Munafik merupakan sebuah filem seram ghaib Malaysia 2016 arahan Syamsul Yusof dan menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali. Ia merupakan filem kesembilan arahan Syamsul dan filem seram keduanya selepas filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011). Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Februari 2016 di Malaysia dan pada 5 Oktober 2016 di Indonesia.

Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 17.04 juta, menjadikan Munafik sebagai filem Malaysia paling laris 2016. Filem ini telah memenangi lima dari sembilan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (termasuk Pengarah Terbaik). Kesinambungannya, Munafik 2 telah ditayangkan pada 30 Ogos 2018. (Rencana penuh...)