Wikipedia:Contoh permohonan izin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk maklumat lanjut dan nasihat permohonan izin, rujuk Wikipedia:Permohonan izin hak cipta
Rencana ini merupakan sebahagian
daripada siri hak cipta Wikipedia.

Laman ini dimaksudkan sebagai teks dandang untuk permohonan izin untuk mengguna semula bahan-bahan milik orang lain di Wikipedia. Untuk berbuat demikian, mereka mesti melesenkannya semula di bawah Creative Commons Attribution-Sharealike 3.0 Unported License (CC-BY-SA) atau lesen yang serasi dengan CC-BY-SAe. Untuk maklumat lanjut, baca Wikipedia:Hak cipta. (Terdapat lesen lain yang dibenarkan untuk imej; rujuk pula Wikipedia:Tag hak cipta fail.) Bahan-bahan juga boleh dilesenkan bersama di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL) (tanpa versi, tanpa bahagian invarian, teks kulit depan, atau teks kulit belakang), tetapi ini tidak diperlukan untuk bahan-bahan yang diimport dari laman web yang dikarang oleh orang lain. Ia tidak boleh dilesenkan di bawah GFDL sahaja.

Jika anda ada surat yang berkesan untuk memohon izin, sila isikannya dalam halaman ini, atau bubuh teks yang anda rasa berkesan ke dalam surat yang sedia ada.

Contoh surat permohonan[sunting]

Contoh 1[sunting]

<PENGARANG | WEBMASTER>,

Saya menulis surat ini kepada tuan/puan untuk memohon kebenaran tuan/puan untuk menggunakan <BAHAN> milik tuan/puan dalam <RENCANA> dalam projek Wikipedia Bahasa Melayu. Untuk makluman tuan/puan Wikipedia (http://www.wikipedia.org) ialah sebuah ensiklopedia bebas yang disunting oleh para sukarelawan dari merata dunia.

Saya ingin mengisikan bahan-bahan tuan/puan dalam rencana yang memiliki URL berikut: http://en.wikipedia.org/wiki/<LAMAN_WIKIPEDIA_YANG_BERKENAAN>, dengan tujuan menjelaskan isi kandungan teks rencana tersebut dalam bentuk pengenalpastian/ulasan kritis yang dianjurkan oleh subjek-subjek yang disebut dalam rencana ini.

Kami di Wikipedia hanya akan menggunakan bahan-bahan tuan/puan jika tuan/puan sudi mengizinkannya di bawah terma-terma Creative Commons Attribution-Sharealike 3.0 Unported License, yang bermaksud sesiapa ada hak untuk berkongsi dan mengemaskini bahan-bahan tuan/puan jika perlu. Sila meneliti lesen ini sepenuhnya di:
http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Text_of_Creative_Commons_Attribution-ShareAlike_3.0_Unported_License

Lesen ini jelas melindungi para pengarang "daripada dianggap bertanggungjawab atas pengubahsuaian yang dilakukan oleh orang lain" sambil menjamin bahawa para pengarang dihargai atas hasil kerja mereka. Sila baca maklumat lanjut mengenai dasar hak cipta kami di:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Hak_cipta

Sekiranya tuan/puan setuju, kami akan menghargai tuan/puan atas hasil kerja tuan/puan dalam bahagian rujukan rencana berkenaan dengan menyatakan bahawa bahan-bahan berkenaan adalah berdasarkan hasil kerja tuan/puan dan digunakan dengan izin anda, serta menyatakan pautan web kembali ke:
<URL SUMBER>

Semoga tuan/puan merestui permohonan kami yang ikhlas ini.

Yang benar,
<PENGARANG WIKIPEDIA>